27 Jun 2012

TG Nik Aziz Tak Ambil Kemudahan MB - Itu Pun UMNO Dengki & Sakit Hati

Nik Aziz: 'Saya tak ambil kemudahan MB'

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Gambar: Kesederhanaan (wasatiyyah) kehidupan TG Nik Aziz. Menikmati mee celup sendirian tanpa berpengawal dirakam di sebuah warung.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

“Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.

Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.

“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.

Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.

“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.

Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan. -SH

Perbelanjaan Berhemah Punca Kelantan Bebas Rasuah

SHAH ALAM 26 JUN : Tiada pegawal peribadi, memakai hanya satu kereta rasmi, mendiami rumah sendiri dan memakai perabot yang tidak ditukar selama 20 tahun.

Ini antara langkah yang diambil Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menerapkan amalan hidup sederhana bagi memerangi rasuah selama lebih 20 tahun beliau mentadbir Kelantan.

“Selain mengamalkan cara yang dianjurkan Islam, kecekapan menguruskan wang juga penting demi memastikan setiap perbelanjaan itu tidak sia-sia.

“Wang rakyat mestilah dibelanjakan secara berhemah dan perbelanjaan perlu dilakukan secara berjimat-cermat tetapi tidak sampai dilihat seperti kedekut,” Nik Aziz berkata ketika mengulas langkah-langkah yang beliau amalkan sehingga Kelantan dinobatkan sebagai bebas rasuah.

Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media sejurus selesai ucaptama Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, bangunan SUK pagi tadi.

Dalam sidang media yang sama, beliau yang juga Mursyidul Am PAS mengkritik amalan demokrasi Malaysia yang dilihat tidak adil.

“Contohnya dalam isu royalti minyak di Kelantan, walaupun Tuanku Sultan Kelantan sendiri sudah titahkan dalam Dewan Undangan Negeri namun perkara itu langsung tidak diperdulikan Kerajaan Pusat.

“Sehingga kini, rakyat Kelantan tidak merasa walau seringgit pun hasil minyak yang diambil dari Kelantan,” luahnya dengan kecewa.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr. Halimah Ali menjelaskan program hari ini diadakan khusus untuk berkongsi pengalaman dan kecemerlangan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri Kerajaan Pakatan yang bebas rasuah.

“Kita ingin memastikan bahawa negeri-negeri Pakatan bebas rasuah dan kita serius bekerja untuk menghapuskan gejala tidak sihat ini di negeri Selangor pula.”

Beliau berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM 15 juta di bawah Geran Selangorku untuk diberi sebagai insentif kepada rakyat bagi membantu memerangi rasuah.
-selangorku




13 ulasan:

admin berkata...

"...rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri..."

Awanama berkata...

kalau laa semua pemimpin berakhlak mcm ni, alangkah berkatnya bumi malaya.

zie berkata...

tok guru 1 dalam berjuta..mengapakah ada orang masih tergamak memaki dan mencerca golongan ulamak ini.

nor berkata...

sayang tok guru

Awanama berkata...

Jadi orang-orang yang menghentam Tok Guru Nik Aziz adalah mereka yang rendah akhlak atau tak ada akhlak langsung.

1 Malaysia berkata...

AKU dah kata dah. Jenis manusia yang suka makan "taik" mana mungkin boleh suka pada manusia alim seperti TOK GURU ni.
TGNA, TGHH, .. ialah contoh umat Islam yang harus kita contohi dan dijadikan idola, bukannya Che Dte, Tok Jib, ..... dasar munafikun yang amat AKU benci. AKU sayang amat pada Tok Guru.

anak kampung berkata...

terjadi di kg saya, pemimpim umno mengutuk tok iman masjid dan mengatakan tok imam munafik, tp time sembahyang jumaat geng2 inilah jgk yg dok berdiri dibelakang imam tu

Shah Bahana berkata...

Tanggung jawab seorang pemimpin amat berat, Pemimpinlah yang akan banyak ditanya di mahkamah Masyar kelak. Tok Guru adalah pemimpin kerana dunia dan akhirat. Malang sekali individu yang menggelarnya bapak kafir kerana laknat tersebut akan kembali kepada individu tersebut. tunggulah! apa akan terjadi kepada individu tersebut selagi ia tidak mohon maaf dengan Tok Guru Nik Aziz.

karam sen berkata...

Bergenang ayer mata aku tengok gambar Tok Guru.......

Awanama berkata...

"Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami menaati pemimpin-pemimpin kami dan para pembesar kami lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar, wahai Tuhan kami berilah mereka dua kali lipat dari siksaan dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar, seandainya mereka amanah dan bertanggungjawab maka berilah mereka pahala besar' hanya kepadaMu Ya Allah aku memohon perlindungan dan permintaan...

Awanama berkata...

Di antara ciri-ciri ahli syurga ialah menyayangi ulama. Jadi, kalau dah benci ulama, kita boleh menjangkakan tempat orang-orang tu di sana nanti.

Militia Buruh berkata...

Aku terharu melihat kesederhanaan Tuan Guru Nik Aziz. Kesederhanaan beliau wajar dijadikan contoh teladan buat semua.

Awanama berkata...

Pemimpin-pemimpin UMNO dengki dan sakit hati kerana mereka tidak mampu menghayati kehidupan sepertimana yang dihayati oleh TGNA. Saya yakin nama TGNA akan harum sampai bila-bila tetapi nama pemimpin-pemimpin UMNO akan hilang ditelan zaman. Kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki,tidak mampu menimbulkan rasa kasih yang sejati di kalangan rakyat.