26 Jun 2012

[BERGAMBAR] Penyokong Royalti Dipukul Semasa Berhimpun Di Pejabat SUK -updated

Suasana tegang di hadapan pejabat SUK

KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya. -HD


















9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

caya sama lu aduka

Tanpa Nama berkata...

Tetap PEACE...

Tanpa Nama berkata...

amun kada wani, kada aduka taruna

Tanpa Nama berkata...

kenapa kau orang tak gocoh balik. Dalam PAS tak ada yang GEDEBE ke? jangan lah dibagi muka kepada samseng UMNO ni....kishhhh menyirap darah aku......

Waris berkata...

Steady warigh... sompek posing laie tu. Poyo tol ekau ni.

Macam ni rupa nak bersatu padu dengan umno? Melayu mintak hak mereka kemudian kena belasah balik oleh melayu@yahudi.

Ustaz fathul bari dan ridhuan tee kena jawab tentang budaya umno ni. Jangan duduk dalam umno sekadar untuk jadi benteng untuk umno terus menerus buat kezaliman pada rakyat.

Pak Long berkata...

Salam ... teruskan berjuang
saya dari negeri Perak sokong rakyat Kelantan tuntut Royalti

Tanpa Nama berkata...

Sabar bro, nanti suatu hari tak lama dah, darah engkau yang keluar tu akan digantikan dengan minyak !

Tanpa Nama berkata...

Orang Kelantan yang tak mahu sokong dapatkan royalti minyak adalah orang yang amat bodoh.

din rela berkata...

Dah laa bodoh, bangang pulak, lama-lama tolol !