18 Mei 2012

Yang Terlibat & Yang Pukul Semasa BERSIH Polis Muda, Yang Dipanggil Kawatcam Polis Tua

Pemberita: Polis dalam kawat cam 'terlalu tua'

Pemberita yang mendakwa dipukul polis semasa perhimpunan BERSIH hujung bulan lalu dipanggil membuat pengecaman tetapi gagal mengenalpasti penyerangnya.

Selepas meluangkan setengah jam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Radzi Razak daripada theSun berkata, seramai 20 anggota polis yang dibariskan untuk kawat cam itu terlalu tua.

Radzi berkata, ini berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini bahawa polis yang memukulnya semua "muda".

Menurutnya lagi, beliau juga sebelum ini meminta polis mencari suspek berusia bawah 30 tahun.

"Saya harap semua ini akan berakhir segera kerana sudah lama pemberita diganggu oleh pihak berkuasa. Kita tahu polis cuma melakukan tugas, tetapi pemberita juga melakukan tugas mereka," kata Radzi.

Radzi berkata, beliau akan dipanggil untuk sesi pengecaman berikutnya pada Jumaat minggu depan.

Ulasan GB

Hairan, cuba lihat polis-polis yang terlibat di bawah.

Polis yang ramai dan yang mengganas di perhimpunan BERSIH 3.0 tempohari kebanyakannya muda-muda (polis pelatih dari PULAPOL, buktinya, tiada sebarang "paku" di bahu), yang rata-rata umur mereka di dalam lingkungan 20an, tetapi yang dipanggil untuk kawad cam ialah yang tua bangka.

Apa maksud polis bertindak demikian?

Supaya tiada polis yang yang dapat dicam bagi mempastikan pesalah di kalangan anggota polis tidak dapat dikesan?

Kedua, apa yang boleh dipertikaikan sekarang, mengapa pelatih PULAPOL dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja polis sekalipun mereka belum ditetapkan di dalam jawatan mereka?

Apakah pembelasahan di BERSIH 3.0 adalah medan bagi polis pelatih ini untuk mendapat penetapan jawatan dan kenaikan pangkat?

Berbagai hal boleh terbongkar, tetpai kebenaran dari Ilahi akan mencerahkan segala-galanya.











7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dasar *****..... nak buat macam mana? jilat najis je la...


AzMiR

Alias Bin Hasan berkata...

Salam semua...

Polis yang berugas pada hari tu bukan dr KL je, tah mana2 tempat pun mai.

Tanpa Nama berkata...

Betol juga kata GB.
Yg belajar agama, praktikalnya dgn mengajar & mempraktikalkan agama.

Yg belajaor doktor , praktikalnya dgn rawat org sakit ke,org nak beranak ke dll , nasib le klu tengah beranak, ramai doktor pelatih sdg kerumun..

Yg belajor polis lak, salah satu praktikalnya, membelasah, menendang org masa perhimpunan Bersih. Untung juga ada perhimpunan Bersih ni, tak payah tendang patong, pokok ke. Lepas gian nak tendang org betul.

Yg dah berumur tu masa muda2 dulu, mereka dah buat juga, sekarang giliran ko yg muda2 pulak. Kalau tanya yg tua2 skrg ni, kbnyakannya tak kuasa dah pukul2 ni klu tak betul2 perlu (melainkan yg ganas giler), lagi pun mereka dah matang sikit & ada yg dah dalami agama, tapi utk rezeki anak2 & keluarga, apa nak buat.

Tapi klu yg biasa terima rasuah tu, hati memang dah karat le. Yg biasa buat, taubat le, yg tak buat , salute kat u. Tak perlu terasa. Lapang dada.

Pencen nanti kita pulak join BERSIh... yahooooooo kita bentras penyelewengan, tak amanah dll

BaDiN berkata...

Gangster berlesen selayaknya gelaran bagi mereka.
Dalam dirinya tiada Takwa pada Allah yg ada hanya takwa kepada Kerajaan BN.

Tanpa Nama berkata...

Yang pastinya mereka tidak berani buat kalau tak ada arahan. Sispa buat arahan? Selain mereka, yang buat arahan juga patut diambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Anon 2.39, mmg betol tu.
Same le, puak mana pulak yg arahkan 2 polis tu bunuh attuntaya kan?

Tak kan saja2 suka2 bunuh kan?
Tak tau le kot2 depa sangka attuntaya pontianak sedang mengilai malam2 buta menganggu depa semasa sedang meronda.

Tanpa Nama berkata...

Yang tua2 pencen tu masa bertugas dulu tak kurang juga jadahnya tendang suspek pesalah. La ada yang kudung kaki (akibat k.Manis). Allah bayar cash. Peringatan buat polis2 muda yang ganas di Bersih 3.
Ramai diantara kamu akan terpaksa berpisah dengan kaki2 kamu tu. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Banyak cara kaki2 kamu akan hilang ...kemalangan jraya, penyakit kmanis, ceera tertembak sewaktu bertugas dll.