18 Mei 2012

[AWAS] Trend Gantung Patung Di Kereta Rosakkan Aqidah

Assalamualaikum....

Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta... Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.

Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati.

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang.

Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah s.w.t.

sumber: FB






9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bodoh tahu mengikut aje!50 tahun merdeka pemikiran rakyat gagal dibangunkan. contohnya, geng lembu tonggeng

Toshio (Zharfan) berkata...

Saya ingatkan sebagai ganti static strap!!

http://cdn4.explainthatstuff.com/car_static_strip.jpg

Tanpa Nama berkata...

melayu islam mudah mengikut tanpa banyak membaca dan mencari sumber rujukan -sebab dah lama di bangangkan oleh umnooooooo --rj

Tanpa Nama berkata...

1) Sebenarnya Rasullullah SAW di dalam dalil sebuah hadis ada menerangkan selain menegah patung dibawa masuk kedalam rumah orang Islam.

2) Dalil hadis juga menyebut bahawa kehadiran patung2 ini boleh menyebabkan doa seseorang tidak diqabuli kerana malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah orang Islam yang didalam rumah tersebut terdapat apa jua patung yang berbentuk makhluk bernyawa seperti haiwan atau manusia yang cukup semua sifat anggotanya seperti kepala, badan, tangan dan kaki dll.

3) Ini termasuklah lukisan yang timbul yang berbentuk haiwan dan manusia.

4) Asasnya mudah, kalau bentuk yang lengkap boleh dibuat, dimanakah patung2 ini hendak menuntut nyawa. Kan ini semuanya hak Allah jua.

5) Selain itu, makhluk halus seperti jin akan menumpang kepada patung2 ini yang akhirnya menyebabkan ianya menjadi paranormal.

Kita orang Iman wajib percaya tanpa was-was kerana ada hak yang dimiliki Allah tidak terjangkau oleh Akal pemikiran kita untuk mencapainya.

Demikianlah sedikit sebanyak untuk dikongsi bersama dan emaillah kiranya ada keraguan, Alhamdulillah jazakumullahu-khairoh.

Ikhlas dari,
matpena@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

dalam hal kebodohan, orang melayu 2x pandai!
dalam hal kepandaian, orang melayu 2x bodoh!



-wak-

Tanpa Nama berkata...

itu ceritenya... memang pernah nampak orang wat cam ni.. ingatkan diorang letak nak kotorkan patung tu...

dasar pak turut betul.

Tanpa Nama berkata...

Mmg tak de faedah, sia2 ... Duit beli patong tu lebih baik wakaf/infak /masuk tabung masjid/surau ke, wlu mungkin harga tak sampai RM10.00 (klu lebih lagi le rugi)...... sama le mcm org pompuan pakai gelang kaki, org lelaki pakai rantai, subang dll...hisap rokok .. sia-sia

Tu semua UMNO tak ajo.. UMNO ajo banyak yg sia2 tak de pekdah

Tanpa Nama berkata...

masa gi jln2 skjp td aku nmpk sebelah kasut bola tergantung di belakang van sekolah, trgantung mcm anak patung tu jgk. Aku heran ntah apa yg diorg buat ney.. sesapa ada pnjelasan?

Tanpa Nama berkata...

Yg dah buat tu tobat le.
Sbb tu kena berterusan timba ilmu.

Antara tip2 nak berhenti merokok:
Sering solat hajat minta ampun, & kekuatan pada Allah. Juga mohon maaf pada isteri, ibu bapa & anak2 & minta depa doakan.

Klu gian juga, amik alternatif (coklat ke , sbnarnya coklat ni bagus, & macam2 minuman berhasiat yg dijual, wlu mahal sikit tapi rokok tu pun pakai duit juga, lagi x faedah).

Sering2 puasa sunat, sering derma, & buat le nazar berperingkat2, misalnya, berhenti 7 hari -> puasa 1 hari, berhenti 2 minggu -> puasa 2 hari , berhenti 40 hari -> puasa 3 hari + pi attend kelas ustaz azhar ke. Dll. Amacam?

sori GB, lari dari topik.