27 Mei 2012

[VIDEO] Serangan Samseng UMNO Lembah Pantai: Rakaman Video Bukti Terbaik

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu.

"Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa.

"Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu.

Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu.

"Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya.

Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu.

Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".

Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat.

Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya.

"Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi.

Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara.

Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian.

Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha.

‘Anwar tak buat provokasi, kami ada bukti’

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menolak dakwaan Umno bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan provokasi ketika ceramah PKR di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, Lembah Pantai, Khamis lalu.

Menurutnya, beberapa wartawan yang membuat liputan ceramah tersebut mempunyai bukti melalui rakaman video berhubung insiden yang berlaku.

"Masyarakat boleh menonton rakaman video itu dilaman Youtube. Orang ramai yang hadir semasa ceramah di pangsapuri itu dilaporkan dilempar dengan batu, telur dan botol air," katanya.

Menurutnya, sebanyak empat laporan polis dibuat berhubung kejadian yang berlaku itu.

Beliau membuat kenyataan itu ketika menemani mangsa, Raja Ismail Raja Din, 60, yang terkena balingan objek keras membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai, hari ini.

Sementara itu, Raja Ismail mendakwa dia dilastik dengan objek dipercayai bebola gegalas pada malam kejadian.

"Sebelum pengsan, saya berlari ke arah Nurul Izzah di pentas ceramah untuk menyelamatkan diri dengan menutup kesan cedera di kepala," katanya.
-SH







Ulasan GB

Menurut Ketua Pemuda Umno bahagian Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".

Tetapi jangan lupa: sebelum dari itu pun sudah ada provokasi dimana hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai menghalang jalan utama menghala ke ceramah KeADILan dan membawa sepanduk bertulis "Anwar punca keganasan di negara ini" dan pelbagai kata nista lain terhadap Anwar sebelum Anwar tiba lagi ke tempat ceramah:


Jadi siapa sebenarnya yang memprovokasi?


11 ulasan:

kampong lad berkata...

orang melayu ni keras tak kena tempat, lembut pun tak kena tempat. bila melayu berperang sama melayu, yg menang jadi arang & yg kalah jadi abu........masih beremosi..ada akai tak pakai.

Tanpa Nama berkata...

SELAGI TAK BUNGKUS KEPALA GANGSTER...

bangsawan gendut berkata...

berperang kerana kebenaran, kalau tak buat ape Rasulullah SAW berperang sesama arab/

Tanpa Nama berkata...

betina ubn yg melalak pd mlm kejadian berdarah itu;adalah lebik hina drpd anjing&babi(dia pakai tudung atas kepala,tetapi dia munafik&fasik)

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan,

Saya rasa pihak PR semacam selalu di pihak defensif. Kena fitnahlah, kena ejeklah. Ini perkara biasa dalam perjuangan.

Bak kata Cek Det, hanya org pandai saja yang masuk PR atau PAS, yang bodoh masuk UMNO.

Saya rasa why not pihak yang bijak dalam PR buat sesuatu yang lebih praktikal, seperti adakan kelas tuisyen contoh matematik, kelas memasak kepada umum. Atau seminar mengenai kerjaya. Atau pertandingan puisi, Pak Samad Said jadi jurinya. Ini lebih menarik perhatian rakyat.

Kalau setakat ceramah AI yang isinya serang Najib, kena belasah di penjara, jumpa Pm Turki dll, maka ianya tidak banyak membantu, bahkan agak membosankan.

Mungkin cari lebih banyak aktiviti kemasyarakatan yang lebih strategik dan lebih praktikal.

Hanya pandangan penyokong PR.

Tanpa Nama berkata...

Salam...kalau nk bagi pandangan pun,bagi yg ikhlas dan bernas,klu x baik diam jer...x nampak bijak langsung.Kita patut menyokong mereka yang berjuang utk kita bukan memperlekeh.

Tanpa Nama berkata...

saya stuju dng tuan.PR perlu menganjurkan program unt remaja ppuan terutama di kg2 yg masih ktinggalan dlm mengisi masa.Bila habis exam asyik chatting. dating.Why not anjurkan Jom Masak?

Tanpa Nama berkata...

kepada pakcik Raja Ismail Raja Din (mangsa balingan batu)bersabar ya pakcik dan bersama-samalah kita semua berdoa agar sipelaku itu mendapat balasan dari ALLAH,jangan sesekali berputus asa untuk terus berdoa...

Tanpa Nama berkata...

apa susah. ini tandanya,
bn/umno akan dibatunisankan.
buatlah apa pun.
kalau allah kata, bn/umno
akan kecundang di pru13 nanti.
akan kecundanglah ia.
teruskan perjuangan.
berkorbanlah pr/keadilan,
demi mencari kebenaran.
allah tetap merestui
mereka yang benar.
insyallah.

Devon berkata...

Pertama kali dlm sejarah tengok parti tu dalam ketakutan yg amat sangat....membuat provokasi agar berlaku pergaduhan dan akan timbul procedure2 baru dan undang2 dan hukum2 baru agar ceramah2 di kurangkan supaya maklumat/semangat tidak sampai kepada rakyat.......dah paham sgt lengok politik depa....

Tanpa Nama berkata...

Kata perjuang melayu dan umat islam, tetapi kenapa serang orang melayu hingga cedera??