27 Mei 2012

[PANAS] Haire Libas Pengkritiknya, Saya Tak Jahil Sangat Nak Anggap PAS Itu Agama

Beberapa hari yang alu blog ini ada menyiarkan mengenai tulisan seorang artis bernama Haire Othman yang membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menganggap tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Haire di dalam facebooknya menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu dan menanya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan serta mesti ikut mereka seperti lembu.

Tindakan Haire itu walau bagaimanapun tidak disenangi oleh golongan pencacai UMNO yang bernama "Adi Isa" yang menulis seperti berikut:

Artis itu sangka PAS itu agama seperti kepercayaan ahliahli PAS, rupanya politik


Namun tulisan Adi Isa berkenaan dilibas segera oleh Haire Othman dengan menyatakan beliau tidaklah jahil sangat untuk menganggap PAS itu agama, tetapi beliau menyatakan dengan tegas bahawa sekurang-kurangnya beliau tahu membezakan yang mana lebih memeperjuangkan hukum agama Islam.

Adi Isa akhirnya terkedu dengan libasan artis berkenaan, disangkanya Haire sejahil dan sejahat dirinya untuk memburukkan PAS dengan menganggap PAS itu agama, masuk PAS masuk syurga.

Seperti yang GB katakan sebelum ini bahawa banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Dan Haire merupakan salah seorang artis yang tidak mahu diperlembukan UMNO! Semoga Allah beri kekuatan dan kecekalan kepada artis ini...



Laporan sebelum ini
klik untuk baca





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adi Isa jangan ingat semua artis berfikiran macam orang UMNO/BN.
PAS ikut seruan Islam, bukan Islam ikut PAS.

Basteng berkata...

salam.... Syabas kepada pejuang keadilan & kebenaran. Sunatullah iaitu yg Benar akan melenyapkan yg Bathil! sejarah telah membuktikan pemimpin yg mengharam jadahkan rakyatnya sendiri tidak akan kekal di bumi Allah ini. HasbunAllah huwanikmal wakil ( cukuplah Allah menjadi penolong kami & Allah adalah sebaik baik pelindung)

Waris berkata...

Hanya melayu bongok je yg menganggap pas atau umno itu agama. Ada juga melayu bongok yg menganggap melayu itu agama.

Disarankan adi isa berdebat dengan karpal singh lagi bagus. Lagi bagus berdebat dengan brahim ali... bongok vs bangang.

Amuraria berkata...

hahaha cadangan waris sangat bernas ! saya cokong depa berbahas bongk lwn bangang wakakaka ,ambik katak jadi hakim ;)

RAMLI OMAR berkata...

Sebenarnya yang tak faham agama bukan Haire Othman tetapi si baghal, bahlul, bengap Adi Isa....maklumlah PECACAI UMNOngok.

Tanpa Nama berkata...

Adi Isa nie sepupu Cua sua lek kot,minda mereka seakan-akan serupa dan sepesis macam bekas KPN Hanif Omar,dok cari ayat-ayat judi dalam al_quran,sampai berpuluh tahun masih menjadi pengerusi syarikat judi terbesar diAsia Tenggara.Masih sanggup dan bersetuju menjadi badan penyiasatan keadilan Bersih 3.0.Manusia Munafik dan Jahil Murakat mana boleh diambil kira keterlibatannya kecuali didalam bidang-bidang yang maksiat dan melekakan.

Tanpa Nama berkata...

the reality n moral of the story, hanya yg xcerdik yg masuk umno...heeee

Tanpa Nama berkata...

Manusia yg pandang serong pada agama sendiri itulah jadinya. Sakit hati jika ada org, menyokong prkara yg baik.

nasa berkata...

INgat x semasa Bob Kuman mengucap syukur apabila tersedar keterlanjurannya yang banyak menyimpang dlam dunia artis...kembalilah kepada Islam. Dan setakat ini wajarlah melalui PAS, walaupun tak nahu menjadi ahli tetapi bersimpati dengan apa yang diperjuangkan.

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. ORANG KAYA bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
Nak Berjaya dunia dan akhirat WAJIB SOLAT. Kalau solat pun tak buat tak ada kehidupan.nabi MUHAMMAD beri tau orang tak solat kafir terang-terangan.

lijitra berkata...

Sebenarnya adi isa yg tak tau beza mana agama dan mana parti politik.tu la ikut umeno be end lagi.adi isa oii,agama tu ISLAM dan Pas tu parti politik.awat hang dungu sangat2 ni.