13 Mei 2012

Isu Air Selangor : Khalid Selar Najib Sebagai Bukan Negarawan

Isu Air : Najib Razak Bukan Negarawan

BANTING 12 MEI : Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung isu air di Selangor membuktikan Perdana Menteri hanyalah seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan bukannya negarawan sebenar yang sepatutnya mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenyataan Najib itu juga bertentangan dengan titah DYMM Sultan Selangor yang menyeru semua pihak tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

“Kita telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan tawaran kepada syarikat konsesi termasuk menggunakan arbitari antarabangsa.

“Bagaimanapun, kita tidak menerima maklum balas malah Kerajaan Pusat berdolah-dalih untuk melaksanakan Akta Industri Perkhidmatan Air yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri menguruskan air.

“Jika Perdana Menteri negarawan sejati, beliau sepatutnya mengarahkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan dengan segera,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Visit Kuala Langat 2012 di Pantai Morib sempena Program Mesra Khas Terima Kasih Rakyat peringkat Daerah Kuala Langat.

Beliau juga berjanji kepada rakyat Selangor yang tarif air hanya akan dinaikkan pada kadar munasabah sekitar 12 peratus dan pemberian air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan diteruskan, jika selesai penstrukturan semula air.

Kadar kenaikan air mengikut pelan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) adalah melebihi 70 peratus.

“Rancangan kerajaan Selangor adalah menjaga kebajikan rakyat keseluruhan. Justeru, Perdana Menteri perlu mengotakan janji untuk mengutamakan rakyat dengan mempercepatkan penstrukturan air,” katanya.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Selangor kosisten dengan pendirian bahawa projek Langat 2 dibina selepas rundingan penstrukturan semula diselesaikan.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, laporan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang diterima setiap bulan menunjukkan bekalan air mentah di Selangor pada tahap lebih dari mencukupi.

“Masalah ialah bekalan air bersih kerana kegagalan syarikat konsesi mengguna sepenuhnya loji-loji rawatan air yang sedia ada, tidak menaiktaraf paip-paip air dan gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW),” katanya. - selangorku



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB...mmg syabas ngah menipu org kg...org selangor...depa saja bg rakyat marah ke PR...mmg ade unsur sabotaj...

kalo rajen GB p mana2 taklimat syabas..p tya...masalah air..laen pegawai..laen jawapan...contradict..

tan sri rozali...hang jgn ingat hg lepas karma dunia saja...akhirat hg jaga la...

JAKA berkata...

penyokong umno selangor adalah sebebal bebal lembu kalau pangkah bn kat selangor.

bn memang, bil air pun tiada percuma lagi, bil akan naik.

maka bersyukur lah penyokong umno kerana suka bayar bil.

umno tk berani janji bagi air percuma 21 m padu(lebih 1 meter saja) kt selangor.

ini bermakna bn memang mementingkan korporat sebab sama2 mendapat untung dengan memeras rakyat.