31 Mei 2012

Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor -updated

Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan.

Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.

Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;


Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.

Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.

Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. -sozcyili



Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012


Ulasan GB

Setahu GB, sultan juga manusia., bukan dewa. Justeru bila kata ia manusia maka ia tertakluk kepada penghanbaan diri kepada Allah swt kesemuanya.

Dan di dalam Surah Al-Asr, "manusia" (tak kira raja, tak kira rakyat biasa) semuanya diseru supaya saling pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh,
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan-memesan dengan kesabaran"


Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka "pesan-memesan" yang diperintah Allah swt kepada kita semua.

Kalau menegur Sultan dianggap menghasut, dianggap satu kesalahan, pergi marah sama Tuhan yang turunkan Surah Al-Asr itu!

UMNO pula mahu tunjuk lagak pertahankan sultan/raja walhal merekalah sebenarnya perkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini.





22 ulasan:

Alias Bin Hasan berkata...

Salam semua...

Agenda penjajah... membuatkan rakyat seperti duduk dalam kotak.

a.k.a katak ditelangkop dgn tempurong.

tualang kecil berkata...

Hati-hati bermain api, DS Nizar kena mintak ampun serta bersembah sujud dgn Bayangan Allah..

Mereka bukan manusia biasa. Mereka tidak makan nasi dan minum sirap.. mereka cuma makan FREE. Tinggi martabat mereka tu dan jangan main-main.

Kalau tidak DS Nizar mati nanti tak cium bau syurga.

No WWW1 tu tinggi syafaatnya, boleh masuk syurga ekspress :)

Waris berkata...

Johor ni daripada melayu hutannya sampailah ke sultan semuanya umno belaka.

Jangan ingat dalam kubur nanti boleh bawa pistol untuk acukan ke kepala malaikat supaya tak diseksa. Malaikat peduli apa walau sultan atau presiden umno sekalipun.

Kalau patut kena belasah tak boleh nak tepis tepis lagi dah.


Tang ni aku sokong mahathir yang lebih berani daripada melayu melayu bongok yang ada kat johor tu. Mungkin sebab mahathir bukan melayu kot...

LU PIKIR LAH SENDIRI...

Tanpa Nama berkata...

Wa ingatkan semua olang ha ada itu standard maa. Macam itu kasta la. Sultan masuk sholga gelenti ma. Pi EM masuk sholga gelenti ma. Anak anak laje pon masuk sholga gelenti ma. Itu pasai ha..itu Nizar tak buleh cakap cakap tak elok sama lia olang. Dia olang ...olang sholga. Haiyaaaa. Itu pon tak tau kaa?
Sana sholga pon ha..ada itu ...Ampum Tuanku!Mesti punya maa...
Hakikatnya : Amal Makruf Nahi Mungkar akan menentukan kemana kita akan tuju.Takbirr!!

Tanpa Nama berkata...

nEGARA TONGGANG TERBALIK...HAHAHAAA

Tanpa Nama berkata...

Duli Yang Maha Mulia bermaksud duli kepada Allah Yang Maha Mulia.. Merendah diri tujuan asalnya.. Bukannya duli itu sendiri yang maha mulia..

Tanpa Nama berkata...

Sokong Nizar, GB & sapa2 yg bangkitkan isu2 seperti itu.
Sebab berani. Depa sanggup tanggung risiko.
Allah bersamamu & yg menyokongmu.

Tanpa Nama berkata...

manusia main standard.....TUHAN adil kepada semua manusia...ni bezanya

non baling berkata...

Kita semua sayangkan Raja, oleh itu janganlah diperbesar-besarkan lagi isu ini. Pengajaran dah ada melalui kisah Hang Tuah dan Hang Jebat..... Bagaimana pula dengan petikan akhbar yang GB siarkan ? Kepada yang prihatin sila buat report.....

Tanpa Nama berkata...

Aku tak nampak kat mana salahnya post DS Nizar tu. Kekadang terfikir gak kat atas dunia kaya raya, setiap bilik kat rumah ada aircond, dalam rumah ada berpuluh - puluh bilik. Siap ada guard lagi.

Kenapa bila mati tak pasang aircond dalam kubur, mana tahu boleh sejukkan kepanasan api neraka, kepada tak pasang guard untuk tahan malaikat bila nak memukul, kenapa tak bawa kereta yang paling laju supaya cepat melintas atas titian siraj.

Abdul Atan berkata...

dah nama pon freeloader...jd sume nye free la...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju sgt dgn DS Nizar. ni ada pula Melayu Bongok yg spai ancam nak pancung Nizar nii. apa ke jadahnya..bawa nama kiyai Selepang merah dsbnya. Nabi yang maksum pun bole ditegur...memang sah dari kategori melayu dari species yang bangang....Nii Dr Asri tegur, nanti pakat2 nak pancung dia pulak.....ni lah akibat jahil agama!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa kata Hang Jebat?

hairan berkata...

manusia apabila TIDAK pernah merasa kesusahan hidup sudah pasti tidak akan tahu bagaimana rasa susahnya sekarang nih dengan harga barang2 makanan yang mencanak naik macam roket! Ikan merah harga sekilo pun dah RM35 keatas! macamana tuh?

kita nih jarang berfikir bahawa bila kita mati nanti cuma berpakaian putih tak kira kita PM, president, raja, sultan, CEO, orang papa kedana, fakir miskin... sama aje

sedih tgk manusia2 kaya dan berkuasa nih...

Tanpa Nama berkata...

Raja sebagai ketua agama Islam bagi setiap negeri. Berfungsikah mereka dengan nilai dan kepercayaan rakyat kpd mereka?

hairan berkata...

bab nak pancung ke bunuh orang ke memang malaysia lah tempatnya! polis kita semua kecut telo bila sebut nama menteri dan raja! tuh pasal polis diam aje bila orang buat ugutan cara terbuka!

malaysia nih dah jadi undang2 HUTAN!!!

JAKA berkata...

dalam keadaan rakyat susah, dalam keadaan pemimpin PR bertungkus lumus berjuang utk rakyat...

tiba2 beli plet 520K..naluri pemimpin berjiwa rakyat nizar menyebabkan beliau tidak tahan lantas terpancul kata2 itu.

sama jg anwar apabila dipaksa bail out anak mahadeyy ratus2 juta dulu. jiwa pemimpin nya tidak tertahan dan tk sanggup berdiam diri terhadap pembaziran seperti itu.

bukankah dgn 52K itu boleh membeli mahligai di syurga yg lebih kekal? jika diguna dijalan Allah.

dpd beli plet keluli yg tidak berfaedah itu.

Tanpa Nama berkata...

Betul tak salah kerana menggunakan wang sendiri,tetapi jangan terlampau berlebih2 sehingga seolah 2riak dan terlalu menunjuk2pula.bukan kah pembaziran itu tidak disukai allah?,bakan kah baik wang yg berlebihan itu digunakan utk membantu rakyat yg masih ramai miskin,apatah lagi dalam keadaan ekonomi yg semakin menghimpit rakyat jelata kini,masih banyak rakyat yg tak berumah sendiri,hidup kais pagi makan pagi,bagi ramai para pemimpin mereka tidak pernah merasai jerit payah rakyat.

Tanpa Nama berkata...

antara jihd yang paling besar adalah "berkata benar pada penguasa yang zalim (salah)...alhadis,syabas ds nizar.

1 Malaysia berkata...

Puak Munafikun @ UMNO-APCO mana nak faham akan ketaatan kepada Allah swt dan kesetiaan kepada Raja.
Pertahankan Raja konon ... depa yang dok jatuhkan Raja. La ni nak tunjuk depa tu jaguh.
Apa salahnya Nizar? Disebabkan sayangnya Nizar pada Sultan Johor ni le, dia tegur. Sebab apa? Sebab dia nak Sultan Johor tak berbuat pembaziran yang boleh membawa Sultan Johor ke neraka Allah swt. Beliau sayangkan Sultan Johor le, maka dia minta Sultan Johor gunakan duit itu untuk membantu rakyat Johor dengan harapan pahala diberi Allah swt kepada baginda. Ini juga dengan harapan Allah swt akan membernarkan Sultan Johor menjejaki SYURGAnya.
AKU amat hairan dengan orang "Melayu" ni. Selalu dok kata, AKU SAYANG BANGSA AKU tapi APA YANG AKU SEDANG BUAT NI IALAH MEMBAWA KEBINASAAN KEPADA BANGSA AKU. Inikah Melayu yang benar-benar Melayu? AKU sayang akan anak bini AKU, sudah tentu AKU mahu anak bini masuk syurga Allah swt bersama-sama dengan AKU. Sudah pasti AKU tak akan menjamu anak bini AKU dengan pendapatan yang HARAM. AKU tak akan memakaikan pakaian pada badan anak bini dengan pakaian yang HARAM. .... penat nak sebut bila berbincang dengan JAGUH MELAYU yang mengaku dirinya jaguh.
AKU berharap Sultan Johor tidak melatah seperti puak UMNO piang tu. Sekiranya begitu, maka baginda akan dilihat sebagai PEMIMPIN YANG BAIK, TULUS, INTEGRITI, ... seperti Khalifah Omar.
AKU berharap POLIS DIRAJA MELAYU tidak pulak dakwa AKU atau khianat kepada NEGARA atau menfitnah RAJA-RAJA MELAYU. Yang dok fitnah kat Allah swt tu, tak mahu disoal siasatkah?

Gedung Akal berkata...

Wahai semua rakyat- yang bagi komen di sini atau pun di mana, melainkan Melayu pacal dari duli yang teramat hina kepada Raja-Raja Melayu, marilah sama2 kita niat dan azam untuk seru maaruf dan tolak kemungkaran.
Sapa yang beani pergilah berseru kepada sekalian Sultaan Melayu agar berbuat kebajikan dan jangan nak minta didaulat sahaja. Jangan duk sindir2 sja...pergilah. Aku tak berani...aku nelayu yang penakut.... nanti Amno jerkah saja aku dah terkencing...kah...kah... aku Melayu lekeh...

Tanpa Nama berkata...

kita rakyat biasa
jika ada duit lebih ....selain beramal kebajikan dgn duit tu...kalo nak belanja apa apa pun jgn ikutkan hati... beli... (baju mahal, jam mahal,kereta mahal,hand phone mahal...etc) so pakat beli murah murah je....jika ada duit lebih lagi... sedekahkan kat fakir miskin....beramal kebajikan...