30 Apr 2012

Benar-benar Melampau, Pelancong Asing Pun Turut Dipukul Oleh Polis!

Membelasah orang awam sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi polis. Senario di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan wartawan (dalam dan luarnegara), peguam, pelajar malah tak kira siapa menjadi "lauk" para polis untuk dihentam dan dibelasah secukupnya.

Namun apa yang amat dkesali ialah apabila pihak polis turut memukul pelancong asing. Klip video di bawah ini memaparkan seorang pelancong asing yang berjalan tiba-tiba dilepuk oleh seorang anggota polis.

Amat keterlaluan, dan sungguh kasihan si mat salleh itu yang tak bersalah apa-apa menjadi mangsa "kerakusan" polis yang berlagak angkuh untuk menunjukkan kuasa yang sejemput terhadap seorang pelancong.

Hal ini perlu diberikan perhatian serius kerana ia amat mencemarkan nama negara dan Ketua Polis Negara perlu mengarahkan siasatan terperinci terhadap kes ini dan tindakan disiplin perlu diambil terhadap anggota polis tersebut.

KPN tidak perlu lagi berdalih dengan mengatakan anggotanya mengikut SOP tatkala melepuk pelancong asing tersebut seperti hal beliau laporkan kepada Menteri KDN terhadap indakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).

Dilaporkan sebelum ini,

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan kepadanya tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).


Kita tidak tahu SOP mana yang digunakan oleh KPN yang mengizinkan anggotanya merampas kamera dan kad memori wartawan apatah lagi untuk melepok dan memukul orang awam sesuka hati. Malah kita meminta beliau menunjukkan secara lengkap dan terperinci kandungan SOP berkenaan.

Tindakan melampau anggota polis yang sedemikian hendaklah dikenakan tindakan yang wajar atau KPN perlu bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya sesegera mungkin.




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GB pergi ke himpunan Bersih?

Pemerhati BERSIH 3.0 berkata...

Salam saudara Gb..saya pon turut dirampas kad memori setelah mengambil gambar polis memukul tahanan yg dibawa kegerombolan polis lain yg menunggu di dataran...mereka sebenarnya takut tindakan mereka di ketahui umum...saya juga turut melihat dengan mata sendiri lebih kurang pada jam sekitar 6.00pm..anggota polis diminta berkumpul didepan jalan masuk dataran melaui jalan TAR..ketua mereka memberikan arahan untuk pergi mengejar orang awam yg disyaki peserta bersih...kemudian kumpulan anggota polis tersebut bersorak dan mula bertindak mengejar orang awam yg disyaki oleh mereka dgn sesuka hati..dahsyat sungguh...org yg berjaya ditangkap..dipijak2..tanpa belas kasihan...aksi mereka tak ubah seperti anjing2 yang dilepaskan oleh tuan nya utk berburu..masyaALLAH.....itu lah antara kisah yg dapar sy kabar kan pd saudara GB.....LILLAHI TAALA sy melihat ini dgn mata kepala sy sendiri..

zairil berkata...

Luar Tajuk....

Mana KoJol dan Patriot nyer?

Wanita Bertudung Hitam berkata...

bikin malu negara..itu polis yg pukul tu patut masuk penjara..yg geng2 lakang nk tnjuk gengster sgt ke..

Tanpa Nama berkata...

Samseng berlesen

Tanpa Nama berkata...

what comes around goes around...karma Allah xkan lama..tgu saje..

rahimi berkata...

Salam saudar GB...sehingga ke saat nie sy masih berasa bersalah kerana tdk dpt mempertahankan bberapa org 'pakcik' yg dipukul oleh sekumpulan polis dlm perkarangan masjid india...ketika pukul 7 mlm,sy juga hmpir disepaknya ttp sy menjawap utk tunggu solat magrib dahulu...polis2 nie memanggil kami yg berada ddlm kwsn masjid dgn gelaran 'babi',kemudian polis2 nie memekik mengatakan mrk ingin membalas dendam kerana 2 org rkn mrk telah meninggal kerana BERSIH...ada yg ingin merakam perlakuan mrk,tp cameranya disepak...kemudian sorg makcik yg sdg menjamah mknn juga disepak mknn tersebut oleh polis2 tersebut...

Tanpa Nama berkata...

memang kata2 sehina itulah yang patut dihamburkan kepada binatang seperti itu...

Tanpa Nama berkata...

Lebih dari 300,000 demonstrator buat apa? Ini kali ke3.Masih nak sabar lagi ke? Kalau tak lawan pun depa kata kad Bersih macam-macam.Tengok apa yang tertulis dalam akhbar-akhbar yang dimiliki UMNO/BN.Polis tu pun ada anak-bini dan keluarga - kalau apa yang mereka lakukan kepada petunjuk perasaan dilakukan kepada mereka,lain kali depa serik nak bertugas.

Tanpa Nama berkata...

Jahat mmg jahat Polis2 tu, aku cadangkan kita buat Solat Hajat, minta ngn Allah di balas segera perbuatan dorang neh, Itu saja senjata yg kita ada, doa org yg di tindas n dizalimi Insyallah Allah makbulkan..