30 Apr 2012

[Dedah] Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka?

Pemotong kawat duri macam profesional

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD



Ulasan GB

kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YANG BENAR TETAP BENAR..
YANG BAIK AKAN MENGATASI KEJAHATAN AKHIRNYA... NAK TIPU TU BIAR PRO' KATA ORANG YG BENAR TETAP BENAR.

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulannya org yg potong pagar dan naik lompat atas kereta memeng terlatih dan bertujuan mengelirukan.

Tanpa Nama berkata...

kalau btul tangkap yg buat, pdrm kan 10 terbaik di dunia! tak kan kes potong kawat & lompat atas kreta tak leh settle.tapi apa pengalaman & seingat aku dari zaman reformasi 1998-2012 ini polis menuduh puak2 pembangkang merosakan harta awam & bakar motorsikal sampai sekarang tak ada dakwaan & tangkapan dibuat pasal yg buat probokasi ialh..jeng2..tst

opisboi berkata...

kalau bersih 3.0 berjalan dengan tanpa2 insiden yg buruk maka bn tiada alasan lagi utk berkata tidak utk pembangkang utk menganjurkan demo..jika sebaliknya berlaku mereka akan memliwatkan pemikiran rakayat terutamanya org melayu yg totok pemikirannya yg tidak akan percaya selain dari berita / media umnok & nampak gaya blogger anti bn pon ada yg dah termakan & diliwat pemikiran mrk krna semua nampak lojik baik di pihak kerajaan maupun pihak bersih. yg penting kenapa yg umnok tak nak kasi datran siap letak barb wire mcm mana polis yahudi buat pada rakyat palestin. kepada blogger anti bn yg diliwat dek umnok fikir2lah..klau probokasi dibuat sambil lewa nampak mcm tak lojik mesti org akan gelak tapi perancangan allah s.w.t mengatasi rancangan manusia.

Tanpa Nama berkata...

Cuba perhatikan orang-orang yang terlibat dalam memotong kawat itu, datang bersedia dengan sarong tangan dan alat memotong kawat? Peserta Bersih datang dengan tujuan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dan bukan untuk memotong kawat. Ini jelas membuktikan orang yang memotong kawat itu adalah polis dan beliau memotong kawat itu untuk memerangkap peserta Bersih dan mencemarkan nama Bersih..

Tanpa Nama berkata...

Patut la pihak berkuasa beria-ria berkasar dengan wartawan dan jurufoto yang hadir dalam bersih ,,,sudah tentu pihak berkuasa bimbang lakonan mereka dapat dirakam dan akan terbongkar

Tanpa Nama berkata...

Yg peliknya, ada satu jenis gas pemedih mata yg dilepaskan hari ini. kita x lihat apa2 asap, tapi tiba2 mata rasa pedih & tekak rasa perit. Ini jenis gas yg amat sofistikated. x boleh lihat, x dpt bau/kesan, tetapi boleh rasa pedih dimata. Apakah ini satu lagi episod utk menyeksa rakyat yg sanggup dtg utk menjayakan himpunan Bersih 3.0?? Hisham kena jwb, x boleh lepas tgn. Pendek citer, tumbangkan umno/bn dlm PRU13 utk menyelamatkan sgala bentuk kezaliman & salahlaku terhadap rakyat!...

Tanpa Nama berkata...

Nak suruh Polis siasat buat apa? Macam minta penyamun buat laporan kepada Ketua Penyamun,tak munkin akan disiasat.Ini kerja dan permintaan bangang.Lain kali kena rancang strategi yang lebih canggih untuk tangkap penyamun tu.Bila dapat tangkap......

Tanpa Nama berkata...

Buat laporan rasmi ke Human Right International dan PBB! Tu saja bleh dapat laporan yg betul!Polis nak siasat Polis..biar betul!!

Tanpa Nama berkata...

tubuhkan OMBUDSMAN untuk menyiasat apa yang telah terjadi.

Tanpa Nama berkata...

SALAM SATU MALAYSIA SEMUA,

bosan dengan karenah org yg suka menyalahkan sesama mereka.. Kami jadi takut dgn segala yg berlaku.. Wat warga malaysia yg beragama islam, dr kita mengikuti perhimpunan ini kan lebih bagus kita wat solat hajat beramai2 untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan MALAYSIA..

Saya tak mahu hidup melarat gara2 perang yg tiada penghujungnya..

YA ALLAH, KAU BUKAKAN LA PINTU HATI MEREKA INI SUPAYA TERUS MENYINTAI AGAMAMU.. AMIN

Tanpa Nama berkata...

Bagus lah anoy yg kat atas ....doa yg bwh tu mmg kami amin kan tp!wei lu pikir lah anoy?kami xmau perang2 nie...kami mau himpunan yg aman..yg huruhara kan keadaan tu POLIS...buta ke mata kau? kau ni suka dgr apa tv3 cakap..pekak tp ada telinga..celik tp buta?......yg nak perang tu pakjibur dan mat leleh tu..nie semua angkara plan A..silap ni Plan B pun lagi silap......fitnah fitnah....