Ia mungkin disebabkan sabotaj
Sekalipun siasatan awal mendapati masalah teknikal yang menyebabkan sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London yang terpaksa berpatah balik, namun para penyiasat tidak boleh mengenepikan kemungkinan wajudnya sabotaj, kata pegawai industri penerbangan dan angkasa hari ini, demikian lapor New Straits Tumes.
Para pegawai tersebut, yang enggan menyebut nama sebenarnya, berkongsi pendapatnya berdasarkan kejadian-kejadian lepas yang melibatkan syarikat penerbangan.
Mereka berkata syarikat penerbangan telah mengalami kerugian akibat dari kakitangan yang marah dan menunjukkan kekecewaan mereka melalui kerja-kerja sabotaj.
"Ini telah menyebabkan berlakunya gangguan bahanapi, kegagalan enjin, keadaan gelap akibat masalah eletrikal dan eletronik, kesesakan kawalan penerbangan dan kebakaran yang boleh menyebabkan bencana atau kemalangan di masa lalu," kata mereka.
Beberapa contoh yang mereka berikan termasuklah insiden pesawat jet terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas pendawaian atau bahagian eletrikal telah dirosakkan.
"Selenggaraan yang lemah serta kurang kompeten adalah diantara faktor yang boleh menyebabkan kejadian tersebut. Kebakaran enjin boleh berlaku dengan cepat apabila ada kebocoran di tangki bahanapi. Bahanapi yang volatil mudah terbakar apabila tersentuh permukaan enjin yang panas," katanya sewaktu ditemui di Pameran Pertahanan Dan Sekuriti Asia 2012 di PWTC semalam.
Pada hari Selasa lepas, sebuah pesawat Boeing 747-400, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur , telah terpaksa melakukan pendaratan cemas di Sepang 90 minit kemudian, setelah satu dari enjinnya terbakar.
Dilaporkan sistem penggera kecemasan gagal berfungsi, menunjukkan ada kebakaran di enjin No.1 sebaik saja pesawat berlepas. Juruterbang mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat.
Syarikat Penerbangan itu berkata demi keselamatan penumpang, kapten pesawat memutuskan untuk berpatah balik ke KLIA dan pesawat berkenaan mendarat pada pukul 2.05 pagi ini.
Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal, dan penumpang terlibat disediakan tempat penginapan.
Ulasan GB
Pada pendapat GB tuduhan para pegawai pengurusan MAS berlaku wajudnya sabotaj oleh kakitangan adalah satu tuduhan yang agak melampau.
Tidak sepatutnya akibat tertekan dengan tuntutan kakitangan, pihak pengurusan lantas membuat tuduhan sedemikian. Ia satu bentuk penghinaan yang serius kepada kakitangan MAS, dan amat memusykilkan apabila pegawai yang menuduh itu enggan bertanggungjawab dengan kenyataannya apabila enggan mendedahkan identitinya yang sebenar.
Ini kerana ia di luar batas kemanusian untuk mana-mana kakitangan nmelakukan kerja sedemikian apatah lagi apabila ia melibatkan nyawa orangramai.
Atau apakah lemparan tuduhan ini hanya sebahagian dari usaha untuk menutup kelemahan pengurusan MAS dan helah untuk menutup syarikat MAS setelah kerugian bertahun-tahun?
Untuk rekod: MAS telah mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahun 2011.

Masalah teknikal, MAS patah balik ke Bangalore
NEW DELHI - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS), yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bengaluru hari ini kerana mengalami masalah teknikal.
Pengurus Kawasan MAS (Karnataka dan Andhra Pradesh) Hamzah Ayob berkata, pesawat MH193 itu berlepas pada pukul 12.25 tengah hari dan setelah berada kira-kira satu jam setengah di udara, sistem radar cuacanya mengalami masalah.
Pesawat jenis Boeing 737-800 itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Bengaluru dan mendarat dengan selamat, katanya kepada Bernama di sini.
Hamzah berkata kesemua 140 penumpang selamat serta diberi kemudahan penginapan di sebuah hotel dan akan menaiki pesawat lain ke Malaysia pada pukul 7 malam ini. - Bernama
Penumpang Cerita Saat-Saat Cemas Dalam Pesawat MAS
KUALA LUMPUR: Penulis blog dan bekas pengarang akhbar, Ahirudin Attan yang merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH002 yang berhadapan dengan masalah enjin ketika baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke London malam Isnin telah menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu berlaku.
Menulis di dalam ruangan blognya Rocky's Bru, Ahirudin memuji sikap tenang para pramugari dan pramugara MAS ketika salah satu daripada empat enjin pesawat Boeing 747-400 itu berhadapan dengan masalah yang memaksa mereka berpatah balik ke KLIA.
Pesawat itu yang berlepas pada jam 11.40 malam telah mendarat dengan selamat pada lebih kurang jam 2.05 pagi.
Ia berada dua jam di udara mengelilingi sekitar KLIA kerana perlu terlebih dahulu membuang bahan api sebagai langkah keselamatan sebelum mendarat.
Pesawat itu membawa 351 penumpang dan 21 anak kapal. Kesemua penumpang dan anak kapal selamat.
Menurut Ahirudin, kejadian yang menakutkan itu berlaku lebih kurang sepuluh atau 15 saat selepas pesawat berkenaan berada di udara apabila tiba-tiba satu bunyi yang sangat kuat seperti 'berdebap' kedengaran.
Kata Ahirudin lagi, bagi mereka yang berpengalaman bertahun-tahun mengembara menaiki pesawat akan dengan segera menyedari bahawa sesuatu yang tidak keruan telah berlaku.
Tulisnya, pesawat gergasi itu kemudiannya bergegar lalu kedengaran seseorang menjerit "api".
Beliau melihat pramugari berlari ke arah kabin kelas pertama dan selepas itu diikuti oleh seorang pramugara lain.
"Saya sendiri tidak melihat sebarang percikan api atau kebakaran pada mana-mana enjin pesawat walaupun saya duduk di barisan ke-16 yang membolehkan saya melihat enjin-enjin berkenaan," kata Ahirudin.
Bagaimanapun jelas Ahirudin, enjin yang bermasalah itu terletak di sebelah kiri sayap.
Pada saat itu cerita Ahirudin, fikirannya sepertimana penumpang-penumpang yang lain melayang memikirkan nasib mereka semua. -mstar
Ulasan GB
Pada pendapat GB tuduhan para pegawai pengurusan MAS berlaku wajudnya sabotaj oleh kakitangan adalah satu tuduhan yang agak melampau.
Tidak sepatutnya akibat tertekan dengan tuntutan kakitangan, pihak pengurusan lantas membuat tuduhan sedemikian. Ia satu bentuk penghinaan yang serius kepada kakitangan MAS, dan amat memusykilkan apabila pegawai yang menuduh itu enggan bertanggungjawab dengan kenyataannya apabila enggan mendedahkan identitinya yang sebenar.
Ini kerana ia di luar batas kemanusian untuk mana-mana kakitangan nmelakukan kerja sedemikian apatah lagi apabila ia melibatkan nyawa orangramai.
Atau apakah lemparan tuduhan ini hanya sebahagian dari usaha untuk menutup kelemahan pengurusan MAS dan helah untuk menutup syarikat MAS setelah kerugian bertahun-tahun?
Untuk rekod: MAS telah mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahun 2011.
2 ulasan:
Ada kemungkinan penyelenggaraan pesawat MAS sekarang berlaku penyelewengan sekarang, disebabkan antara lain kurangnya pengawasan, pemotongan budget yg melampau dsb...
Jika penyelenggaraan adalah mengikut prosidur pengeluar, mustahil kebakaran begitu boleh berlaku..
Satu masa dulu syarikat penerbangan budget Indon juga begini sehingga di senaraihitam oleh badan pengawasan antarabangsa.
assalamualaikum..
kenyataan bodoh dari pihak atasan MAS.Tahukah anda?Bukan sahaja MAS,malahan syarikat lain seperti AirAsia juga berlaku insiden lebih teruk dari itu.Cuma tidak digembar gemburkan beritanya.Kalau membuat ulasan di akhbar tanpa memberi pengenalan diri dan ulasan tidak bijak,lebih baik berambus dari MAS.
Catat Ulasan