12 Mac 2012

Lakonan Hebat Najib - Shahrizat

Keputusan Shahrizat Undur Diri Tepat Dan Betul - Najib

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Perdana Menteri berkata pengunduran diri itu dilihat sebagai satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

"Walaupun setakat ini tiada bukti beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, Ahad.

Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur pada Ahad mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Ditanya kedudukan Shahrizat dalam parti, Perdana Menteri berkata jawatan dalam parti adalah sesuatu yang terpisah daripada jawatan dalam kerajaan.

"Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan," katanya.

Perdana Menteri juga menyarankan supaya anggota-anggota parti terutamanya Wanita Umno terus memberi sokongan dan kerjasama kepada Shahrizat selaku ketua pergerakan itu.

"Beliau telah memberi komitmen untuk memimpin Wanita dan menjadikan pergerakan Wanita sebagai jentera yang penting dalam pilihan raya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengganti Shahrizat dalam jawatan Kabinet itu, Perdana Menteri berkata perkara itu akan ditentukan kemudian kerana tempoh Shahrizat sebagai menteri Kabinet masih berbaki beberapa minggu lagi. - BERNAMA

Umno Cheras anggap drama 'Makcik Bollywood'

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Bung Mokhtar: Patut lebih awal

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama.



AMK: Langkah Shahrizat undur bukan remedi buat Najib

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memutuskan untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat awal bulan depan, tetapi keputusan itu bukan remedi bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengunduran Shahrizat sekali gus mengiyakan segala siri pendedahan PKR mengenai skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang terbukti gagal dijawab secara berfakta oleh Ketua Wanita Umno itu dan keluarganya.

"Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau. Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN," katanya.

Shamsul Iskandar berkata, AMK menegaskan bahawa walau apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat, ia sekali gus bukan titik noktah kepada segala pendedahan dan akauntabiliti beliau selaku pihak yang terlibat dan Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

"Budaya melafaz sumpah, meminta maaf, membuat penafian dan meletak jawatan tidak seharusnya menjadi remedi kepada Umno-BN.

Itu tidak menghalalkan segala bentuk penyelewengan yang telah berlaku melibatkan wang rakyat. Mereka yang bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan,
" katanya lagi.

Kata beliau, AMK juga percaya, ini tidak seharusnya memalitkan Shahrizat seorang sahaja.

"AMK melihat ramai lagi menteri, timbalan menteri, ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta pimpinan Umno-BN yang harus bertanggungjawab atas salah guna wang rakyat dan salah guna kuasa atas kapasiti kerajaan yang memerintah.

"Puluhan, malah ratusan pendedahan berfakta yang dibuat oleh pembangkang, yang sehingga ke hari ini gagal dijawab oleh pimpinan Umno-BN. Dan, ini membawa konotasi jelas, mereka yang terlibat dalam kes-kes ini, seharusnya juga meletak jawatan," kata beliau lagi.

Shamsul Iskandar juga berkata, AMK mendesak Najib agar bertanggungjawab secara kolektif mengenai hal ini.

"Dan, tidak keterlaluan untuk disebut, sekiranya kebertanggungjawaban ini tidak ditunjukkan oleh Umno-BN, maka kuasa undi rakyat akan dimanfaatkan dalam PRU-13 akan datang untuk memecat Umno-BN daripada mengemudi Malaysia tanpa sebarang kompromi," kata beliau lagi.
-SH




Ulasan GB

Perletakan jawatan Shahrizat dilihat sebagai satu drama bollywood yang dibintangi oleh aktor hebat bernama Najib dengan aktres Shahrizat.

Kehebatan dua pelakon handalan ini memukau para penonton, tetapi penipuan amat ketara sekalipun tidak terpapar di layar perak.

Penipuan terhadap rakyat terdedah apabila Shahrizat menyatakan perletakan jawatannya tiada kaitan dengan NFC, Najib pula kata "Ini kerana kes NFC (Perbadanan Fidlot Nasional) mencetuskan pertikaian jawatan beliau sebagai menteri dalam kerajaan."

Sementelah lagi perletakan jawatan Shahrizat hanya berlaku pada 8 April 2012 iaitu apabila jawatan senatornya tamat [pada tarikh berkenaan.

Justeru itu, tiada "perletakan jawatan" yang sebenarnya berlaku. Yang berlaku ialah jawatan menterinya telah tamat tempoh pada tarikh berkenaan

Dasyat sungguh lakonan mereka!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mari kita lawan. Sapa berani meh saya silingsing lengan. Oooo dia ingat dia suka-suka boleh malukan saya. Saya sebagai ketua wanita akan tetap menentang. Haaaa ayat2 cinta kak jat masa perhimpunan umno zionis. Skrg meletakkan jawatan. Apa celop kat jat..sambil kak jat menjawab. " BIASA BRO" dlm dialog ahmad tarmimi siregar dlm Adnan Sempit....terbukti kak jat mengaku dalam tak sedar keluarga dia makan duit rakyat. Klu betul lawan tetap lawan la kak jat oiii

Tanpa Nama berkata...

masa lantik dulu pun merupakan tindakan yg betul dan tepat....semua betul dan tepat?

yg pasti duit rakyat dah banyak lingkup...khaktuih umno!

Tanpa Nama berkata...

Tepat dan betul hanya untuk Najib dan Shahrizat dan mungkin kepada sebahagian ahli UMNO yg pakturut sahaja..tetapi bukanlah kepada rakyat Malaysia yang boleh berfikir.

Amat malang negara ini memiliki PM dan Menteri yang bermenteliti begitu rendah.

Saya amat sangsi bagaimanakah perancangan dan persediaan TDM kepada pemimpin2 pelapis didalam UMNO begi mendepani wawasan 2020.

Realiti yg bakal kita capai bukanya NEGARA MAJU bahkan akan bertukar kepada NEGARA BERHUTANG yang berkemungkinan MUFLIS.

Tanpa Nama berkata...

Dua-dua patut letak jawatan

Tanpa Nama berkata...

Maka akan berjejai-jejai airmata Wanita UMNO sambil bergolek-golek menyesali pengakhiran drama yang melarat larat sekian lama. Nah, siapalah seberani KakIjat yang sanggpu mengorbankan diri untuk UMNO,pehhhh.

Tanpa Nama berkata...

Beberapa akhbar hari ini melaporkan Najib minta rakyat memilih kerajaan yang bijak memerintah.Kalau memerintah macam main drama,yang dilakukan - agaknya rakyat sudah tahu siapa yang lebih baik memerintah.Lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah dan main drama agaknya sudah cukup.

Tanpa Nama berkata...

Ha Ha Ha memang betul lah tu? 250j dah confirm di lesapkan...so mana HAQ Kami WANITA rakyat malaysia...jgn jwb pada kami TP! Jwb di SANA nanti ya mek ijat....kami xhalalkan...