Ana Raffali Tidak Hirau Dipersendakan Gara-Gara Bertudung
Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali tidak mahu menghiraukan cakap-cakap orang yang cuba mempersendakan penampilannya selepas tampil dengan imej bertudung.
Ana, 27, berkata, niatnya untuk melakukan perubahan dalam hidup dengan bertudung bukan untuk berfesyen tetapi melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim.
"Segelintir pihak yang mempertikaikan gaya saya bertudung adalah berfikiran cetek dan berharap mereka hentikan kata-kata buruk terhadap orang lain.
"Bagaimanapun terpulang kepada mereka yang melihat kerana saya bertudung bukan untuk berfesyen tetapi berbalik kepada asas saya sebagai wanita Islam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Ana diminta mengulas mengenai komen sesetengah pihak menerusi Internet yang mengatakan penyanyi itu gagal tampil menarik apabila memakai tudung.
Tambahnya, dia berasa selesa dengan imejnya kini dan apa yang dilakukannya adalah atas kesedaran sendiri dan bukannya paksaan sesiapa.
Ana mula bertudung pada sambutan Maulidur Rasul yang lalu dan memberitahu keputusan untuk berbuat demikian datang dengan sendiri pada hari tersebut.
Bersedia ke alam perkahwinan
Dalam perkembangan lain, Ana bakal melangsungkan perkahwinan dengan Ahmad Aznaim Abdullah atau Naim, 30, pada Sabtu ini memberitahu dia telah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Ana berkata, dia tidak perlu berasa debar atau takut kerana perkahwinan itu sendiri adalah sesuatu yang dituntut dalam agama dan berharap akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.
"Sejujurnya saya langsung tidak rasa takut atau berdebar untuk bergelar isteri kepada Naim kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang menakutkan. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar pada majlis itu nanti," ujarnya.
Dalam pada itu, Ana berkata, persiapan untuk majlis itu telah hampir siap berkat daripada pertolongan daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.
Acara pada Sabtu ini akan dimulakan dengan majlis pertunangan terlebih dahulu sekitar pukul 10.30 pagi dan upacara akad nikah sejam kemudian.
Kedua-dua pasangan itu akan dinikahkan sendiri oleh bapa Ana iaitu Mohd Raffali Mohd Nor. -mstar
Ulasan GB
Itulah jawapan yang sebenar untuk memakai tudung iaitu melunaskan apa yang wajib untuknya sebagai seorang wanita Muslim.
Bukan kerana mengikut trend, bukan untuk kelihatan lebih cantik dan ayu, bukan untuk membuat penampilan berbeza, bukan kerana nak berkahwin, bukan kerana umur dah meningkat, bukan kerana dikeranakan yang lain selain dari menunaikan perintah Allah s.w.t yang mengarahkan agar wanita-wanitah Islam menutupi aurat mereka.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

10 ulasan:
Ana, Ana, Ana, ana sokong sama ente !
Kalau tak suka perempuan Islam bertudung, duduk diam-diam, jangan perlekehkan. Menutup aurat disuruh dalam Islam, nanti tak pasal-pasal terima dosa kerana mempertikaikan hukum Islam.
berlilbab adalah wajib bagi setiap muslimat,
maka sesiapa yang berasa dia bukan muslimat...maka xpayah berjilbab....
evil..
bukan sebab sampai seru baru nak beetudung - ziana zain
syabas..akhir zaman ni buat benda baik memang susah dan bnyk halangan.Allah s.w.t maha mengetahui apa yang hambanya tidak ketahui.
terharu baca komen ana...:alhamdulilah :)
Alhamdulillah, dah bertudung jagalah pula etikanya. Jangan seperti setengah2 artis tu bertudung tapi ketat sana ketat sini, menonjol sana, berlubang sini.....
perghhh..comelnyaaa pakai tudung..anak sapo laa ni yaaaa...
lihat laa ciptaan Allah s.w.t
Dah nikah dahhhh..... selamat
bagus2...hrp2 rmai lagi artis2 pakai tudung..ni bru beberape org pakai tudung...hrpkn sokongan anda semue!
Catat Ulasan