Baling - “Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat,” kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.
Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain.
Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan.
“Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.
“Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin.
Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis.
Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa.
“Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.
“Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri,” katanya.
Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini.
Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang.
“Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu,” katanya.
Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam.
“Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut,” kata Yana.
Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya. -SH

6 ulasan:
Aku rasa Pakistan Karpet ni pernah dapat habuan sebab tu dia ingat budak ni pun dia boleh dapat. Aku harap nanti Polis tekan Si Barua Celaka ni, mesti dia bagitau sesapa yang dia telah NGAP !
Kita kena beringatlah. Dalam konteks Islam, orang asing tidak dibenarkan masuk ke rumah kita jika tiada lelaki di dalam rumah atau tiada kebenaran dari tuan rumah, sekalipun pun lelaki itu kawan baik ayah atau abang atau ... Semasa bercakap dengan orang asing, pintu tak perlu dibuka dan hanya cakap melalui tingkap aja.
Apa yang terjadi wajib dijadikan pedoman bagi semua. Ini kira baik sebab masih 'terselamat'. Inilah kesannya bila ramai pendatang datang ke negara kita.
DiWilayah Persekutuan ni ramai Abang Pakistan Karpet ni berkeliaran.Tak tau sama ada depa PATI atau sudah jadi warga negara dan boleh mengundi.Nak buat macam mana,pemerintah sendiri tak kisah akan keselamatan rakyatnya.Yang penting bagi UMNO/BN - menang pilihanraya dan terus berkuasa.
Inilah tandanya Malaysia negara REZEKI aman damai. Orang luar sanggup jual tanah dan jual habis kampung halaman semata-mata kerana nak datang ke Malaysia, bumi makmur lagi sejahtera... alhamdulillah
penjual karpet/ warga asing tak kira negara mana sekalipun memang sangat2 melampau.mereka semua datang mencari rezeki kat malaysia tapi buat onar dengan penduduk tempatan terutama orang melayu. kita semua mesti bertegas dengan warga asing. jangan lagi bagi muka pada dia orang. kalau kita semua sepakat dia orang tak berani kacau.
peniaga seperti ini selalunya berniaga d kampung2 sahaja,jarang kita jumpa mereka berniaga d pangsapuri2 serta rumah2 teres KERANA mereka sudah tahu tempat yg patut dan boleh memancing pelanggan... unsur rumah2 dan persekitaran kampung juga memainkan peranan dari segi KESELAMATAN,punca mereka nekat dan berani melakukan kegiatan. OLEH itu saya shor kan bahawa pintu masuk rumah d perketatkan lagi sifat keselamatannya dengan memasang pagar besi.setiap urusan boleh dilakukan tanpa memberi mereka peluang untuk masuk kerumah... LANGKAH ASASNYA ADALAH BERMULA DARI PINTU RUMAH..renungkan!!!
Catat Ulasan