27 Feb 2012

Sikap NFCorp Pertikai Syor Polis Diselar

NFCorp dibidas kerana pertikai syor polis

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membidas pihak pengurusan National Feedlot Corporation (NFCorp) kerana mempertikai kenyataan polis berhubung siasatan skandal syarikat berkenaan.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesyorkan supaya pengarah syarikat itu, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas kesalahan pecah amanah.

Bagaimanapun, NFCorp dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan motif kenyataan itu dibuat dan menyifatkan kononnya pihak polis bertindak di luar bidang kuasa mereka.

Selain menyatakan rasa ‘terkejut dan keliru’, NFCorp hari ini menyifatkan kenyataan Bukit Aman ‘terlalu awal’ kerana polis masih menjalankan siasatan.

“NFC secara jelas melanggar syarat perjanjian dengan menggunakan dana untuk tujuan lain seperti membeli tanah, kondominium, kereta mewah dan perkara yang bukan-bukan,” tegas Surendran.

“Perkara ini merupakan jenayah pecah amanah, jadi kenapa mereka tiba-tiba keliru dengan kenyataan Bukit Aman yang mahu Mohamed Salleh didakwa atas jenayah pecah amanah,” kata Surendran ketika dihubungi KeadilanDaily.

Dengan nada sinis Surendran berkata, pihak NFC sepatutnya mencari peguam untuk membela syarikat itu sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah nanti.

Sementara itu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mahu kerajaan membekukan semua aset Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) sama ada di Malaysia atau luar negara.
Menurut beliau pembekuan aset itu perlu dilakukan memandangkan kesemua aset itu terletak di bawah nama pengarah NFC.

“Kebanyakan aset sama ada secara langsung atau tidak dibuat di bawah nama pengarah NFC. Ini termasuk aset di Malaysia dan Singapura, serta syarikat-syarikat di Singapura seperti MeatWorks (Singapura) Pte Ltd.

“Untuk memastikan aset-aset ini tidak dihapuskan melalui perbelanjaan daripada pinjaman mudah RM250 juta, polis mesti memulakan tindakan ke atas semua aset dan membekukan semua aset NFC,” katanya. -KD

>NFC, tak perlu takut kalau tak salah, kata ahli Umno

Syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak sepatutnya mencampuri urusan polis dan tidak perlu takut dengan siasatan polis sekiranya mereka tidak bersalah, kata Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Oleh sebab itu, katanya adalah tidak munasabah apabila pihak pengurusan NFC menafikan berlaku pecah amanah atau penyelewengan berhubung isu NFC kerana beliau percaya bahawa polis telus dalam menjalankan siasatan.

"Serahkan kepada polis dan Peguam Negara (untuk) dakwa mereka yang terbabit. Kalau tak bersalah, pihak NFC tak perlu takut," katanya dalam blog Umno Cheras.

Semalam, polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah.

Walau bagaimanapun atas nasihat peguamnya, Shafee Abdullah, NFC semalam mengeluarkan kenyataan mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan polis berkenaan, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Mengulas perkara itu, Syed Ali berkata kesungguhan polis menjalankan siasatan berhubung isu kontroversi berkenaan juga membuktikan tiada keistimewaan dalam mana-mana kes walaupun ia melibatkan individu berpengaruh.

"Mengapa pihak pengurusan NFC takut dan seperti ada sesuatu sehingga membuat kenyataan penafian (petang semalam)," katanya.

Sehubungan itu, menurut Syed Ali beliau mengalukan-alukan ketegasan polis dan memuji jabatan berkenaan kerana prihatin terhadap pandangan dan kehendak rakyat supaya siasatan dijalankan ke atas NFC. -mk


NFC terkejut cadangan tuduhan pecah amanah

Syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) hari ini melahirkan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya pengerusinya, Datuk Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT), menegaskan kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

"NFC terkejut dan bingung bahawa pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma perunding perhubungan awamnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas nasihat peguamnya Shafee Abdullah.

Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Semalam, Syed Ismail berkata, polis mencadangkan supaya Mohamed Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didakwa bagi pertuduhan pecah amanah.

Beliau berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lalu bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi.

Isu NFC, yang diterajui Mohamed Salleh sebagai pengerusi eksekutif mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.
- Bernama


Ulasan GB

Mengapa agaknya NFCorp terkejut beruk dengan cadangan pegawai polis Bukit Aman berkenaan supaya pengerusinya, Datuk Mohamed Salleh Ismail didakwa atas tuduhan pecah amanah (CBT)?

Apakah kerana mereka melihat "segala usaha" untuk "menyelamatkan diri" sudah gagal dan kini terpaksa juga berdepan dengan tuduhan pecah amanah ?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan sekalipun mereka benci dan takut kerana bakal dikhirtoyokan.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




3 ulasan:

hairan berkata...

Harap2 keadilan dapat ditegakkan. Tapi aku masih sangsi dengan manusia2 mangkuk nih, rasanya kalo kita kasi bn menang pru nnti harus bahan bukti tiba2 hilang dan mereka nih dibebaskan sebab tak cukup bukti.

Dah selalu sangat nampak lakonan2 macam nih menjelang pilihanraya!! 1 cara aje untuk memastikan keadilan betul2 boleh ditegakan ialah dengan menukar kerajaan korup kepada kerajaan yang bersih dan adil kepada semua rakyat.

Jangan takut untuk cuba berubah, takde dalam al Quran yang kata umno mesti perintah malaysia selama2nya pun! Nak kata umno lebih islam, rasanya buat malu aje, bini pm pun nampak rambut bersanggul! nak kata geng2 umno semua sayang orang islam lagi laaa teruk si MCA tuh siap hina2 lagi islam!

Kalo besok2 kerajaan baru yang kita pilih tuh mangkuk gak, KITA tukar lagi kerajaan lain! apa susah! apa nak takut?!

Tanpa Nama berkata...

jgan takut kak jat, ini semua fitnah aja,biar la diaorang nak bawa ke mahkamah ka mana ka asalkan kakjat di pihak yg bnr, tp yg kakjat nampak gelabah satu macam aja apasal. kakjat belakon la sikit tunjuk berani, sinting lengan baju ka bagi dia orang takut. mesti jadi punya,

Tanpa Nama berkata...

NFC terkejut beruk macam tak buat salah jer...buat line clear..selagi perut tu x buncit,selagi tu la rakus membaham...mana pegi agama mereka ya???