DAP dicabar letak calon di kawasan Melayu
KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mencabar DAP meletak calon di kawasan Melayu terutama kerusi UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
Gambar: SOI LEK (kanan) menyampaikan hujahnya pada sesi perdebatan dengan Guan Eng (kiri) yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai di Kuala Lumpur semalam.
Tegas beliau, cabaran itu dibuat apabila melihat DAP yang wujud sejak 46 tahun lalu hanya berani bertanding di kawasan majoriti penduduknya adalah kaum Cina.
“Ini sama sekali tidak mencerminkan imej parti DAP yang mendakwa ia adalah parti berbilang kaum,” katanya pada sesi perdebatan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bertajuk Adakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa di sini semalam.
Beliau berkata, parti pembangkang itu mempunyai pengalaman hanya dengan mendapat sokongan daripada masyarakat Cina.
“Jika kita tinjau, masalah mereka hanya berani bertanding di tempat di mana majoritinya adalah penduduk Cina.
“Mereka beritahu orang Cina, sudah tiba masanya untuk mengajar UMNO tetapi parti pembangkang tidak berhadapan dengan UMNO sebaliknya hanya berani dengan parti-parti di kalangan masyarakat Cina,” tegasnya. -kosmo
Ulasan GB
Apa yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebenarnya satu helah untuk menghambat DAP supaya jangan bertanding di kawasan dimana ramai pengundi Cina agar MCA mempunyai peluang untuk bernafas.
Jika saya menjadi pimpinan DAP saya akan mencabar pula supaya MCA jangan bertanding di bandar tetapi bertanding di kerusi-kerusi orang Melayu dan umat Islam terutama di kawasan PAS.
Semua orang tahu bahawa masyarakat Cina sudah hilang kepercayaannya kepada MCA. Ia adalah hasil daripada kekalahan teruk parti berkenaan di dalam pilihanraya pada 2008 yang lepas.
MCA sudah hampir pupus di peta politik negara dan kini mencari jalan dan helah baru bagi menarik sokongan kepada parti itu yang telah dikuasai oleh DAP, sebuah parti komponen Pakatan Rakyat.
Lebih ramai masyarakat Cina kini telah mengerti bahawa politik perkauman yang ditunjungi oleh parti-parti komponen BN sudah tidak berupaya untuk kekal lama di pesada politik tanahair, malah BN sendiri sudah dilihat sebagai sebuah parti yang bakal pupus dan bakal dikerandakan oleh rakyat di pilihanraya akan datang.

7 ulasan:
Salam..baguslah dari semasa ke semasa debatan antara pemimpin berlainan parti diadakan.
Kita rakyat Malaysia mahu mendengar hujah2 dari mulut pemimpin2 sendiri.
Hak pemimpin2 Melayu kita bila lagi? Antara Menteri2 ke..sedap jugak nak tahu otak mereka cerdik ke tak dan boleh tak menyakinkan kita rakyat menyebelahi mereka..tak kiralah parti mana.
Kita mahu pemimpin2 yang berkaliber dan betul2 berjiwa rakyat!
Untuk orang Melayu bila lagi?
Ini debatan untuk fight for the Chinese.
pemimpin umno mana berani berdebat...semuanya berani dlm kandang aje.nmpk sgt tak jujur dgn rakyat.
Weiiii...
Si Najib tu bila la nak berdebat dgn DSAI.
Dari tahun ke tahun aku tunggu, sampai sekarang si Najib tu tak berani bukan mulut langsung utk jawap cabaran berdebat dgn DSAI.
Yang dia berani bantai DSAI hanya di luar gelanggang perdebatan.
Lepas tu nak cari helah dpd berdebat, maka, di upah la pencacai2nya kata berdebat tak elok. Berdebat bukan budaya kita dan macam2 lagi la.
Itu lah orang kata :"tangan si Najib tu dah bau taik, maka, nak elak dpd rakyat tahu maka, di sorokkan tangannya tu di dalam seluar".
Memang malang mendapat PM yang tak berani bersemuka menyatakan perkara sebenar. Serupa la macam Hassan kayu Jati. Kutuk DSAI sana sini, tapi, bila sruh bersemuka, tak berani langsng.
Ini hero s-- cakap apa haa, bikin malu company saja
MCA pun dah sama dengan UMNO, utamakan pemimpin yang tiada moral. AKU rasa orang Cina di Malaysia pun dah meluat dengan Chua Seks Lek. Depa dah pun terjemahkan dalam undi semasa pilihanraya. Orang Melayu bila lagi? India, ... entah?
La ni dah jelas MCA anti-Islam dan dia cuba jerat DAP dengan harapan DAP akan terperangkap. Kalaulah MCA dah terang-terang menyatakan pendirian depa terhadap Hukum Hudud, UMNO macamana? Satu kapal kot.
Macaman la si BN yg diketuai oleh Umno bleh dan masih lagi terima si Chow Lek ni. Dah terang buat sex atas tilam, masih boleh terima lagi jadi ketua. Jadi pemimpin komponen BN pulak tu.
Macamana la BN-umno tak hancur. Sbb pemimpin2nya kebanyakkannya dah hancur.
Yang sokong Chuak Soil Leech (CSL) hanyalah ahli Malaysian Commerce Association yg rendah moral spt tipu berniaga, tipu bini, tipu kerajaan & tipu rakyat! Org cina hanya sokong purist. Sebab itu dia tak akan berani bertanding di kawasan majoriti cina!
Catat Ulasan