19 Feb 2012

Siapa Yang Mula-mula Buat Kenyataan Najib Gadai Akidah?

Lawatan Najib ke Thaipusam tidak gadai akidah

KUALA LUMPUR –Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menempelak pihak yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggadaikan akidah kerana melawat Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves semasa perayaan Thaipusam lalu.

Beliau berkata, perkara itu sengaja dibangkitkan bagi menimbulkan kebencian terhadap Najib sebagai pemimpin Islam dan beliau kecewa kerana ia dilakukan oleh umat Islam sendiri.

Menurutnya, perkara ini tidak timbul kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memberi garis panduan mengenai hukum ketika beliau berada di kawasan berkenaan.

“Najib tidak terlibat dalam upacara keagamaan dan acara yang dianjurkan, justeru, tidak timbul soal akidahnya. Beliau (Najib) telah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Beliau tahu mana yang boleh dan mana yang tidak.

“Ini yang merosakkan agama (Islam) apabila umatnya sendiri sanggup menuduh dan membuat pelbagai dakwaan berniat jahat semata-mata tidak sehaluan dengan pemimpin negara,” katanya semasa memberi ucapan dalam Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.

Menurut Jamil Khir, Najib telah mengikut nasihat pakar dan ulama melalui susun atur perjalanan majlis dengan berada di dalam dewan untuk menerangkan program kerajaan kepada masyarakat India beragama Hindu.

Menjawab mengenai pakaian 'purta' yang dipakai Najib, beliau berkata, ia adalah kostum kebudayaan orang India dan bukan ‘pakaian agama Hindu’.

“Kalau lelaki India pakai baju Melayu dalam majlis, itu tidak bererti mereka telah masuk Islam dan menjadi orang Melayu. Sama juga yang berlaku pada Najib, beliau tetap orang Islam,” katanya.

Sekiranya yang dilakukan Najib boleh dianggap menggadaikan akidah, kata Jamil Khir, perkara yang sama perlu diajukan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila bertemu dengan penganut agama lain di kuil dan pada masa yang sama menghulurkan sumbangan wang.

“Tidak pula kita kata pemimpin itu (Nik Aziz) gadai akidah kerana berada di kuil. Pokok utamanya, perkara ini menjelaskan mengenai kelemahan umat Islam apabila bercakap mengenai perpaduan. Saya sedih apabila ada pemimpin Islam diberi ugutan kerana cuba membawa konsep perpaduan dan lebih suka melihat sesama kita terus berpecah-belah.

“Begitu juga apabila umat Islam mementingkan agenda politik untuk menawan Putrajaya daripada menyelesaikan masalah akidah, perpaduan, Islam dan apa yang berlaku di Palestin,” katanya.

Menurut Jamil Khir, umat Islam lemah perlu mengetepikan pendapat, sebaliknya merujuk kepada pakar dan ulama serta tidak menjadikan laman sesawang sebagai hukum-hakam untuk kehidupan seharian. -SH

Ulasan GB

Siapa yang sebenarnya memulakan "serangan" ke atas Najib dengan perkataan "gadai akidah" sebelum ini jika bukan mufti dari Perak?

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Najib itu adalah syirik, dan beliau sendiri telah mengakui bahawa beliau telah "menasihatkan" PM setiap tahun tetapi tidak diindahkan.

Malah beliau meminta menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
-petikan TMI


Hanya selepas beberapa hari selepas kenyataan itu dibuat, mufti berkenaan membuat pusingan U dengan menyatakan menghadirkan diri di majlis Thaipusam itu tidak salah.

Sekarang masing-masing boleh jawab; siapa yang membuat tuduhan dan kenyataan tanpa usul periksa?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Husani hang pusana hang pu sini

zax berkata...

biasa la..menteri , duit zakat pun sapu.. setan bertopengkan muka melayu

Tanpa Nama berkata...

Amboih amboih bukan main garang lagi si Jamil Khiag Tuih nie membela boss dia. Siap mata terbeliak lagi. komen la sikit pasai duit zakat tu.....

Tanpa Nama berkata...

Kita selalu baca kisah2 perselisihan pendapat di zaman khalifah2 selepas zaman para sahabat, termasuk lah zaman imam2 besar, sekarang ni kita mengalami sendiri perselisihin2 pendapat di kalangan ilmuan agamawan..

Kita & rakyat naik pening, apalagi pemikiran kita/rakyat akan mempengaruhi sapa nak kita undi nanti.

So kita kena le tumpukan pergantungan kita pada Allah mana nak ikut, . Caranya ialah dapatkan ilmu samada dari pembacaan, ceramah, serta niat yg betul kerana Allah & buat solat hajat. Oh ye, not to forget.. be a good Muslim & ikut sunnah nabi saw.

Mana yg hati kita condong, itu lah yg kita pegang.

Tanpa Nama berkata...

Mangkuk ni berfikir setaraf dgn ayahanda pekida yg bodoh sampai tua. Dia rasa dia sdg bercakap di depan puak puak melayu hutan.

Waris berkata...

Mangkuk ni berfikir setaraf dgn ayahanda pekida yg bodoh sampai tua. Dia rasa dia sdg bercakap di depan puak puak melayu hutan.

Tanpa Nama berkata...

Harusani harus dipecat!! dia lah punca umat islam bergaduh.. dia buat kenyataan, org lain yg kena marah.. persetan harusani..

wonder why berkata...

Kalau kenyataan Husaini salah, kita minta Majlis Fatwa Kebangsaan, keluarkan kenyataan.Bukan Menteri UMporNO, yang betopengkan Syiatan.Jijij betul kenyataan Menteri yang salah guna duit Zakat dan Tabong TAKWA Wilayah Persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

Menteri Agama UMNO ni dah tak boleh pakai.Selagi soal salah guna wang zakat tu belum selesai,dia tak ada kredibiliti nak buat mana-mana komen tentang agama Islam.Nak jadi saksi nikah-kahwin pun belum tentu sah apa tah lagi nak membela bossnya yang sudah "dihukum" oleh Mufti Perak.