22 Feb 2012

Mahathir Terlupa UMNO Berbai'ah Di Perhimpunan Yang Lalu

Tak perlu bai'ah, kata Tun Mahathir

SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan langkah Pas yang mahu mewajibkan calonnya, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bekas Perdana Menteri berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin Pas juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. -SH

Hadi: Calon PAS pada pilihan raya wajib berbai'ah

Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah, kata presiden parti parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya PAS sudah menyeleweng dari dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya
.- Bernama


Ulasan GB

Kerana nak hentam PAS, Mahathir terlupa bahawa ahli-ahli UMNO di dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 telah melakukan bai'ah - sesuatu amalan yang dilihat oleh banyak pihak, meniru kaedah PAS.


Perwakilan Umno Sumpah Bai'ah Taat Setia


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 mencatat sejarah apabila semua perwakilannya bersumpah bai'ah untuk taat dan setia kepada parti.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumpah bai'ah berkenaan dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan Umno dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.

Ikrar sumpah bai'ah yang diketuai Muhyiddin berbunyi:

"Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan irihati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

"Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya nanti.

"Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihanraya nanti."

Ikrar beliau itu disambut dan dibaca oleh semua perwakilan di dalam dewan.
-mstar 3/12/2011




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mamak kuttey madet cepat sungguh LUPA. tu la akibat byk sgt buat perkara tak elok.

joranpancing berkata...

nak bt mcmne.. org tua bro.. mcm tu la keletahnye...

1 Malaysia berkata...

"Melayu Mudah Lupa", kata Che Det. Siapa dia yang lupa? Inilah satu-satunya cara untuk Che Det menguasai bangsa Melayu dengan menyatakan bahawa Melayu akan Rugi kalau tak pilih UMNO, Melayu cepat lupa, Melayu akan hilang kuasa, ... semuanya mitos yang dicipta agar dia dapat menguasai "Melayu" dalam UMNO. Kalaulah Melayu masih percaya akan anak kacukan Melayu/India ni, entahlah bila Melayu akan keluar dari kepompong. Ibarat katak bawah tempurung.

Tanpa Nama berkata...

'che det sudah lupa'...ha3...

Tanpa Nama berkata...

semua dia lupa termasuklah MATI!!!

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat Mahathir ni penipu dan pembohong.