22 Feb 2012

Ku Li Bidas Kenyataan Najib: 'Buat Malu Sahaja Kata Kelantan Termiskin'

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin.

"Saya tak nak dengar percakapan macam itu, buat malu sahaja," katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib di satu majlis Lahad Datu, baru-baru ini kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah, negeri dibawah bayu itu.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

"Kita boleh rasa seronok lah dengar berita ini, tapi takkan lah kita nak biar Kelantan menjadi negeri termiskin pulak.

"Apakah kita ini nak terus membanding satu negeri yang miskin dengan satu negeri yang lain. Sampai bila kita nak tengok negeri ini miskin," soal Ku Li lagi yang juga anak kelahiran Kelantan dan kini ahli parlimen Gua Musang.

Mengulas lanjut perkara itu Ku Li berkata, jika benar sekalipun Sabah sudah mengatasi Kelantan, seorang pemimpin negara sewajarnya memikirkan langkah penyelesaian untuk memajukan negeri yang didakwa tercorot itu, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dengan perbezaan kedua-dua negeri tersebut.

Apatah lagi katanya majoriti masyarakat di Kelantan adalah Melayu dan sewajarnya dibantu.

"Macam Kelantan pulak, yang tinggal di sana anak Melayu. Takkan kita tak nak cari jalan nak perbaiki kehidupan orang Melayu di Kelantan berbanding dengan orang-orang lain.

"Kita juga nak pejuangkan anak-anak Melayu dapat nikmat daripada minyak (royalti) dan sebagainya supaya kehidupan mereka berubah dan taraf hidup mereka meningkat naik berbanding orang lain," tegasnya yang juga kini sebagai Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Sebelum ini, beberapa pihak turut menyelar kenyataan perdana menteri itu.

Ianya termasuk Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang mendakwa kenyataan Najib itu hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Abu Hassan berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani. -HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuduhan pemimpin yang paling bangang di dunia

Kenapa jadi Pemimpin paling bangang didunia?

Sebab duit negara dah ribuan juta masuk longkang, dibayar keAPCO, FBC dan lain2 kerja haramjdah.

Kan lebih baik duit itu diberikan kepada Kelantan supaya lunas royalti minyak Kelantan.

Ammyhassan berkata...

Negeri Kelantan Darul Naim adalah negeri yang sebenarnya diberkati oleh Allah swt dan dipimpin oleh seorang ulamak yang bukan calang-calang orang. barangsiapa yang cuba menganjing2kan negeri Kelantan dan kepemimpinannya tunggu dan lihat sahajalah nanti. Bukan kita nak mendewa2kan TGNA tetapi ia adalah realiti dari sebuah program realiti Allah swt. Bukan program realiti TV3 bangang. Kita akan dapat lihat satu persatu kebenaran akan ditunjukkan oleh Allah swt terhadap golongan haprak yang menperlekihkan orang yang menyuap nasi ke mulutnya! Kita tunggu Ibrahim Ali ketika nazak nak mampus esok... Kita dah lihat Hassan Ali ditempelak oleh kudrat Ilahi menggolongkan JATI antara parti-parti Setan dengan lambang Setan Lucius!

non baling berkata...

Tengku Razali memang orang UMNO tetapi berdiri dengan kebenaran, ini yang berlaku kepada kebanyakkan pemimpin dan ahli UMNO. Ahli UMNO tetapi benci dengan perangai dan sikap UMNO sendiri......renung-renungkan !

hairan berkata...

takpe ku li, kelantan miskin tapi orang melayu sana ramai kaya... KALAU dibandingkan dengan melayu johor negeri kaya nih tapi ORANG MELAYUNYA MISKIN HAPRAK!!

hmmm sedih beb!

tak caya pergi la tgk kat kondo2, banglo2, umah2 teres 2 tingkat sapa yg ramai duduk? melayu ke cina? pas tuh tgk sapa yg duduk kat rumah murah dan umah pangsa kecik2

buat sakit ati aje!
ketuanan melayu kunun!
penipu!

din rela berkata...

Wa sokong sama lu Hairan 1102. Kah kah kah.............

Tanpa Nama berkata...

Najib juga telah memalukan anak-anaknya yang berdarah Kelantan daripada perkahwinan pertamanya dulu.

1 Malaysia berkata...

Inilah Melayu yang dok pagi, petang, malam dan ... war-war bahawa depa tu pejuang Melayu tapi sebaliknya depa nilah yang dok mempermainkan, memperbodohkan, mengkhianati, .... Melayu. Dari dulu lagi Aku tidak pernah percaya akan munafikun dari UMNO, terutama selepas Che Det menubuhkan UMNO Baru.
Melayu, yang masih berfikir bahawa tanpa UMNO, depa akan hilang kuasa adalah manusia yang daif, bodoh, ... Entahlah. Kelemahan Melayu paling ketara hari ini ialah sifat mereka yang hanya pentingkan diri sendiri. Janji poket depa masuk, negara hancur atau tidak, bukan soalnya. Negara muflis atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, keluarga depa kaya raya. Hak Istimewa Melayu dengan apa cara sekalipun, mestilah dipertahankan agar depa dapat memperkotak-katikkan rakyat Malaysia. Adil atau tidak mengikut keadilan Islam, apa depa peduli. Yang penting, "adil" bagi depa.
15 Tahun yang lepas, aku pernah bercakap dengan sahabat aku yang UMNO tegar bahawa UMNO telah menipu depa. Dengan keuntungan RM1, depa hanya beri 5 sen kepada hangpa, hangpa dah rasa depa tu Tuhan hangpa sedangkan depa dah songlap 95 sen. Hangpa lupa bahawa bumi ini Allah swt yang punya. Rezeki tu datang daripada Allah swt. Hangpa sanggup mengutamakan UMNO lebih dari segala-gala sehingga mengatasi Allah swt. Hanya bila hangpa tersepit, hangpa baru akan ingat nama Allah swt. Kalau tidak, nama Allah swt pun dah dilupai. Lepas tu, lupa pulak.
Entahlah bila Melayu akan sedar? Adakah kita harus berPMkan seorang yang pengecut, dayus, yang khianati bangsanya sendiri, ....?
Mana Tanah Perkuburan Melayu? Mana? Mana? Mana?

non canglon berkata...

MEMANG KELANTAN NEGERI MISKIN TETAPI EKONOMI ORANG MELAYU KELANTAN MANTAP,APA GUNA SEBUAH NEGERI YG KAYA ANDAI NYA EKONOMI MELAYU YG MEMALUKAN. SAYA BUKAN ORANG KLNTN TAPI SAYA SELALU K KLANTAN , SERONOK MATA MEMANDANG KALAU ADA KEDAI PERABUT YG BSR TOKE NYA MLAYU ,BOLIH KATA ORANG MELAYU KLTAN KEBANYAKAN NYA ,TOKE2 LAIN LA NEGERI SAYA , NEGERI KAYA TP ORANG MELAYU MEREMPAT,KERJA KULI ORG AJA TP SEMBANG CKP TGI . SAYA PECAYA ORG LAIN CEMBURU DGN KJYAAN ORG2 KLANTAN,