5 Feb 2012

Hassan Ali Sangat Jauh Terpelanting, Sanggup Hina Ulamak & Berjuang Ikut Nafsu

Usah ikut nafsu, Dewan Ulama nasihat Hasan Ali

KUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengingatkan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengkritik parti itu.

Walaupun kenyataan Hasan dikatakan langsung tidak memberi kesan ke atas Pas, namun Nik Zawawi menggesa Hasan supaya tidak sesekali mengikut hawa nafsu.

Nik Zawawi turut meminta bekas pemimpin Pas itu berjuang demi kepentingan agama sebagaimana yang pernah diperjuangkannya ketika berada dalam parti itu.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

“Dia bebas berkata apa sahaja kerana dia bukan lagi ahli Pas tetapi kita harap supaya dia berfikir dengan baik. Jangan ikut nafsu tetapi bergeraklah demi kepentingan dan perjuangan Islam,” katanya.

Hasan terus mengkritik beberapa pemimpin Pas dan mendakwa, selain pemimpin DAP dan PKR, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad penghalang utama kerja beliau sewaktu menjadi Exco Agama Kerajaan Negeri, sebelum ini.

Khalid merupakan ahli jawatankuasa kerja pusat Pas dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah alam serta Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Menurutnya, beliau memahami bantahan dibuat oleh DAP dan PKR kerana pemimpin tersebut terdiri daripada orang bukan Islam.

Sementara itu, berhubung kenyataan Hasan bahawa beliau akan menubuhkan Jati iaitu sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan, Nik Zawawi berkata, Hasan boleh berbuat apa sahaja kerana sudah tidak lagi terikat dengan Pas.

Pertubuhan itu yang didakwa Hasan sebagai kuasa ketiga dalam politik negara juga dilihat tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada Pas.

Dalam kenyataan Hasan, beliau menegaskan Jati akan menjadi kuasa ketiga dalam arena politik negara, namun belum memutuskan sama ada ia akan menyokong parti memerintah atau sebaliknya.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu tidak bimbang dengan kenyataan itu yang menggambarkan cita-cita besar Hasan dalam Jati.

“Ia tidak membabitkan Pas dan ahli-ahli Pas juga tidak terpesong. Itu hanya pandangan individu. Tidak menjejaskan apa-apa pun dan itu hak dialah,” katanya. -SH

PAS: Hasan Ali hina ulamak

JOHOR BARU: Dewan Ulamak PAS menolak dakwaan PAS dipimpin oleh golongan sekular sebagaimana dinyatakan oleh bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali.

“PAS dipandu oleh majlis syura ulama yang menjadi penentu kepada hala tuju parti. Majlis itu berkuasa sepenuhnya terhadap parti.

“PAS bukan ditentukan oleh individu baik muryidul am, presiden atau ketua ulama,” kata Naib Ketua Dewan Ulamak, Datuk Mahfodz Mohamad.

Beliau mengulas kenyataan Dr Hasan yang mendakwa parti Islam itu dikuasai 72 peratus golongan sekular manakala 28 peratus lagi golongan ulamak yang mengikut telunjuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Hasan membuat dakwaan itu dalam satu ceramah di Johor malam tadi.

Pakar motivasi

“Dalam Pemuda ada ulamak, dalam Muslimah ada ulamak. Kita ada Dewan Ulamak. Datuk Nik Aziz Nik Mat ulamak, Datuk Seri Hadi Awang ulamak, Datuk Haron Din ulamak, Datuk Harun Taib ulamak.

“Saya anggap kenyataan Dr Hasan itu menghina ulamak,” tambah Mahfodz yang juga pesuruhjaya PAS Johor.

Mahfodz kenyataan Dr Hasan itu semata-mata untuk meraih sokongan kepada bekas exco agama kerajaan negeri Selangor.

Katanya, Dr Hasan pakar motivasi jadi dia memang pandai dalam membuat kenyataan untuk menagih sokongan.


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak tahu la apa nak jadi dgn hasan .kalau disimpan dlm parti blh jadi rosak dibuatnya.

1 Malaysia berkata...

Lagi dibiar lagi naik tocang. Nak buat camana, dia dok rasa dia hebat. Kalau dia betul-betul orang yang beriman seperti kenyataan Dr Tang, dia sudah tentu tak akan berbuat sedemikian. Kalau dia betul-betul dah tak suka dengan PAS, tak payah lagi sebut pasal PAS. Ini dok jaja pasal PAS tapi mulut dok cakap dah tak minat dengan PAS. Dah jadi gila talak, mulut cakap tak nak tapi hati dok masih sayang kot.
Makin lama makin jelas keMelayuan dalam dirinya. Nur Islam dah pudar dari mukanya, kan muka munafikun. Mlm tadi lihat muka dia dalam TV3, sebiji macam muka makhluk yang kena baling kat kawasan masjid tempoh hari.

Tanpa Nama berkata...

اللهم من أراد بالإسلام والمسلمين خيرا فوفقه إلى كل خير وانصره واجعلنا ممن يآزره وينصره ومن أراد بالإسلام والمسلمين شرا أو سوءا فخذه أخذ عزيز مقتدر واجعلنا ممن يخذله ويجاهده لا إله إلا أنت

hassan alu berkata...

hassan anak ali,..asyik merapu aje siang malam..macam mercun tahun baru cina..bunyi aje kuat tapi hasilnya hampeh..maaf ye...

neonazi berkata...

kalau marah sangat sekali pon...tak payah ler bukak aib orang,untuk nak cover aib kita.

banana berkata...

dia hendak menipu ALLAH dan orang-orang yang beriman, padahal dia hanya menipu diri sendiri sedang dia tidak sedar -

Putra IJ80 berkata...

sya jahil agama.,tpi sya teringat surah Al nisa 149 klu x salah.

Jgn kamu membuka keaipan org.kerana Allah x suka dgn nya...

Itu sya yg.baru belajar...pun agak faham maksud nya.

Apa lagi Dato'Hassan Ali yg.pernah mengimamkan Qiamullay.,dgn sya bersama staff lain ketika di Summer Camp.,Sungai Lui satu ketika dulu.

Sdy....sya.sgt sdy.

Tanpa Nama berkata...

Wahai hasan.anda layak danugerah Bapa Parasit krn bnyak songel.

Tanpa Nama berkata...

ini lah sifat parasit yang sebenar.Sebenarnya Hasan Ali tidak boleh lagi mengkritik PAS sebab dia bukan lagi ahli PAS tapi disebabkan dia tak sedar diri sebab itu lah dia asyik komen dan mengkritik PAS sebenarnya Hasan Ali dan rakan2 seangkatan dengannya gila talak terhadap PAS. Kesian mereka ini sudah tidak laku lagi dalam PAS. Bye,,Bye..Bye

Tanpa Nama berkata...

mulut hasan ali kartun ni memang mulut celupar......diamlah mulut celupar.....sial betul orang ni.....nasib baik sudah keluar dari PAS.....

Ammyhassan berkata...

Salam all, dulu saya sangat menghormati Dr. Hassan Ali kerana dia seorang pejuang walaupun dari dulu lagi saya tidak gemar cara dia bercakap yang suka meninggikan suara seperti keldai (dari hadith!) tapi bila dia "mufarakah" saya kata haa elokla lebih baik engkau jadi keldai...

Tanpa Nama berkata...

Knp Ustaz Harun Taib (ketua dwn ulama) membisu dlm hal ni? Dulu bkn main syok nk jaga Hasan Ali. Sama2 geng UG la katakan..

Lps kes Hasan Ali ni, Hadi Awang pun dh x brapa selera nk urus kepimpinan tertinggi parti, nk jd nelayan.. Mgkin dh rasa malu (geng UG buat hal, lbh2 lg stopa ali lwn hasan ali) atau strategi UG dh x bleh pakai atau dh x larat nk brlari politik.

lijitra berkata...

apa dah jadi dgn hasan ni.nak mampuih agaknya.tu yang cakap merapu ni.

beejeanne berkata...

Pakar motivasi memang pandai berkata-kata......saya dah serik ngan pakar2 motivasi ni....kebanyakannya cakap tak serupa bikin...... bermodalkan air liur, bayaran beribu-ribu....maafkan saya jika ada yg terasa ya...sbb itu adalah drpd pengalaman saya.

neonazi berkata...

semoga hassan ali dikurniakan hidayah & taufiq.

Tanpa Nama berkata...

Dijangka DHA akan membuka rahsia yang mengegarkan. Mungkin sesuatu berkenaan TGHA dan orang2nya, andaian kenapa tiba2 TG nak lepas semua jawatan. Cuma belum tiba masanya.

Tanpa Nama berkata...

Road show yang dijalankan oleh Hassan Ali tidak menjadi apa-apa hasil dan sia-sia kerana orang sudah nampak tembelang dia. Yang dia dapat hanyalah buang masa, tenaga dan wang. Dan hilang terus di persada politik.

Tanpa Nama berkata...

setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya... inilah yg menunjukan selama hari ini Hassan Ali tidak betul2 memperjuangkan Islam itu sebenarnya... mungkin juga beliau ada agendanya tersendiri.. SESUNGGOHNYA INI ADALAH APA YG TELAH ALLAH TUNJUKKAN KEPADA KITA....

Tanpa Nama berkata...

Apabila syaitan telah menguaisai pak hassan...