10 laporan polis, desak siasatan terperinci
KUALA LUMPUR - Sebanyak sepuluh laporan polis dibuat bagi memastikan siasatan terperinci dilaksanakan pihak berkuasa berkenaan kes penemuan kepala babi di Masjid Al Hidayah, Sentul.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, beberapa aktivis daripada pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan dua individu tampil di Balai Polis Sentul semalam bagi membuat laporan ke atas kejadian tersebut.
Tian Chua menyifatkan kejadian tersebut bermotifkan politik dan mahu mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
Menurutnya, kejadian itu seperti sengaja dilakukan untuk menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan mencetuskan provokasi menjejaskan hubungan antara kaum dalam negara ini.
“Kita mahukan pihak berkuasa menjalankan siasatan teliti dan menjelaskan hasil siasatan supaya ia orang ramai tahu hasil penyelesaikan yang dilaksanakan pihak berkuasa.
“Ini adalah kali pertama berlaku di parlimen ini dan di sini, kita terdiri daripada pelbagai kaum yang menghormati di antara satu sama lain,” katanya ketika di temui media di Balai Polis Sentul, semalam.
Menurutnya, tidak mahu kejadian tersebut mengugat keamanan di antara pelbagai kaum dalam kawasan tersebut dan negara terutamanya.
Koordinator Aktivis 901, Azura Aziz berkata, laporan polis dibuat supaya tindakan meletakkan kepala babi ini tidak merebak ke kawasan lain.
Menurutnya, kejadian ini dilihat sebagai trend kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan perlu dibanteras sebelum ia menjadi lebih teruk.
“Kita merasakan tempoh dua minggu untuk menjalankan siasatan mencukupi dengan bukti yang ada. Kita mahukan penjelasan daripada pihak berkuasa hasil penyiasatan mereka supaya kita tidak tertanya-tanya dengan kejadian ini serta tidak tergantung begitu sahaja,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya dan beberapa NGO juga turut menunaikan solat hajat bagi mendoakan kejadian yang sama tidak berulang dan memohon keamanan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum ini.
Pada 2 Febuari lalu, Sinar Harian ada melaporkan penemuan kepala babi di Masjid Al-Hidayah, Sentul dan sebelum ini kejadian yang sama berlaku di Masjid Nurul Iman di Rawang. -SH

2 ulasan:
umno tak buat solat hajat ker?
ibrahim ali dan PERKASA tak istihar jihad ker?
hassan ali tak tau lagi ke?
pekida belum bangun tidur lagi ker?
geng kepala lembu tajaan kerismuddin punya orang sudah terdesak.....untuk menjatuhkan kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat dengan peristiwa 513 nampaknya.....syaitan betul geng mereka ni......
Catat Ulasan