29 Feb 2012

Apa Barang Hassan Ali Merepek Ni?

Tiada lagi azan berkumandang

JASIN - Tidak mustahil tiada lagi azan berkumandang sekiranya rakyat terus memilih dan menyokong parti DAP dan PKR untuk memerintah terutama di Selangor dan ­negeri yang diperintah PR ­sebelum ini.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, sedangkan usahanya mengharamkan arak di ­premis serbaneka yang pernah dilakukan sebelum ini juga mendapat tentangan dari wakil Exco ­dalam PR dan tidak sukar jika senario itu berlaku dalam ­konteks azan.

Menurutnya, lebih buruk apabila yang kedua mendapat halangan dalam kalangan orang Pas sendiri yang menyekat kemaraan untuk mene­gakkan agama Islam termasuk program mencegah murtad yang turut mendapat penghalang pihak terbabit.

“Saya dipecat kerana hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak bukannya disebabkan berkhalwat atau liwat.

“Tidak mustahil azan juga akan diharamkan bila PR terus berkuasa dan Pas menyatakan apa yang hendak dibuat me­ngenai Islam mesti rujuk dulu kepada parti komponen ­dalam PR iaitu PKR dan DAP ­sedangkan ia berhubung kait agama Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Sim­p­osium Perdana Menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Alamanda, malam kelmarin.

Hassan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, NGO perlu diperkasa dan bergerak seiring dengan merujuk kepada kemahuan serta kehendak aliran yang dibawa oleh kepimpinan tertinggi mana-mana NGO.

“Ia bagi memastikan NGO seperti Jati dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan ­lebih berkesan.

“Jati yang ditubuhkan ­bukan hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga turut dipelihara ­berdasarkan ajaran agama Islam,” katanya.

Katanya, Islam Melayu Raja (IMR) yang ­dibawa oleh Jati antara lain bertujuan menyatukan anak Melayu.

“Jati ditubuhkan bukan untuk terlibat dalam dunia politik, namun ahli dalam NGO terbabit masih lagi ­dibenarkan berpolitik selagi ­tidak membawa nama Jati,” katanya.

Difahamkan sehingga kini, lebih 1000 orang mendaftarkan diri sebagai ahli Jati sejak NGO itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah yang mewakili Ketua Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Datuk Nika Ujang. -SH

Ulasan GB

Azan tidak berkumandang lagi? Andaian yang sengaja dibuat dari bisikan syaitan untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat.

Kamu Hassan Ali dipecat dari PAS bukan kerana faktor yang kamu nyatakan iaitu "hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak" tetapi sepertimana pengumuman Presiden PAS, tindakan kamu yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Seperti yang GB ulas sebelum ini. Petikan:

Sehari demi sehari, kebenaran terdedah siapa itu Hassan Ali.

Setelah beliau "meludah" muka TG Nik Aziz dengan penafian memohon maaf di Kelantan sebelum ini, kini beliau meludah pula Presiden PAS sendiri.

Beliau lansung tidak layak untuk berada di dalam jemaah PAS.

Itu sebab GB katakan semakin dia dibiarkan, Hassan Ali semakin melampau.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak sabar nak tengok nasib hasan ali lepas p/raya, kepala otak BTN. elok benor dah tak duduk dlm jemaah pas.

Tanpa Nama berkata...

manusia talak kuasa..macam talak bini...sasau..pakar motobasi da.

Tanpa Nama berkata...

sayang dh tua2 begini jdi jahat plak hatiny. Ooo.. nk jaga akidah & syariah. Kenapa tk betulkn pemimpin Umno tu yg bekerjasama dgn zionist Israel??

Nasib baik bukan PAS yg menang besar kerusi d Selangor. Klu tak Selangor pun akan tumbang mcm Perak. Niat Hassan Ali nk jdi MB tk kesampaian..

Tanpa Nama berkata...

ape yang asang ali faham tentang akidah???.. dengan memfitnah,mengata,mengutuk orang itu yang dikatakan mempunyai AKIDAH.. fikir-fikirkan la

generasi bundle berkata...

biar la asang akidah ni meroyan.aku cuma nak tengok sapa yang berjaya dilatih untuk menyambung perjuangan jati ni.sbb sekarang ni dia aja yg memekak. mcm islam hadari la lepas pak lah blah dah tak berbunyi dah.najib campak ke laut.

Tanpa Nama berkata...

Orang nyanyuk ni cakap entah apa-apa.Agaknya selama ni sebelum ada Hasan Ali, sebelum ada JATI.Azan tak ada le di Malaysia ni.Cakap kata ceramah kerana nk jaga akidah umat islam tapi yang di perkatakan dalam ceramah tu hanyalah POLITIK dan SOAL PERIBADI beliau semata-mata.Cakap lain buat lain, Pepat di luar rencong di dalam.

Tanpa Nama berkata...

Hassang Ali nampaknya kau sudah lari juah dari tajuk dan dah tergelincir masuk longkang kerana tajuk asal hendak perbetul 'Aqidah , Islam melayu dan Raja ,tapi mu pergi dok cerita pasal party untuk apa ,kami datang keceramak mu untuk dengar tentang bagaimana nak menjaga 'aqidah supaya tidak ada orang jadi murtad ,habis piteh kami datang untuk dengar ceramah mu ,tapi sedikit pun tidak ada apa yang diwar-warkan .tak guna punya dato .

1 Malaysia berkata...

Ceramah anak ali ....
Logo JATI pun sama dengan logo kumpulan setan. Tak payah kita berhujah pun, kita dah tahu isi hati perut 'manusia' yang berada di bawah atau di dalam logo JATI. Depa dah tak boleh membezakan yang mana setan dan yang mana insan? Mungkin depa ni manusia jelmaan setan atau memang depa ni setan.
Kalau nak perbetulkan aqidah, perbetulkan diri sendiri dahulu. Lepas tu, pi cakap dengan Che Det yang mengatakan hukum Allah swt (HUDUD) itu tidak adil dan hanya ciptaan ahli fekah semata-mata. Suruhlah dan nasihatilah Che Det tu bertaubat dulu. Di luar sini, tiada siapa yang mempertikaikan keadilan hukum Allah swt kecuali Che Det dan Geng UMNO.
Jadi, anak Ali, tolonglah perbetulkan aqidah Che Det agar dia tidak memesongkan aqidah anak-anak muda yang begitu 'rapuh'.

Tanpa Nama berkata...

"demi negara" dia kata ini la contoh ideal ekstremis dalam bernegara

banyak orang macam ni, terlebih2 BTNnya

demi negara semua boleh, buta akal dan jiwa kerananya

Tanpa Nama berkata...

apa yang ko merepek ni labuuu...kilang arak carlberg diselangor tu kerajaan bn yang benarkan kenapa tak cakap.. labuuu....

yusoff berkata...

suara azan makin merdu di pulau pinang @ pekerja pekerja kilang (swasta)lelaki diberi kelonggaran keluar untuk solat jumaat selepas DAP memerintah PP .(bukan masa bn memerintah)

hairan berkata...

uwekkkk... nak muntah dengo abang hasan nih cakap pasal islam!!

jangan nampak buruk pas/dap/pkr aje la bang! agaknya abg hasan kita nih anggap rasuah, salahguna kuasa/duit rakyat, bini pm kita tak pakai tudung/aurat tuh 'HALAM' kot! kalo bn/umno/mca/mic hina islam boleh dimaafkan... dah macam perangai alim ulama ala2 umno jer hahahaha

abg hasan kita nih mengamalkan ABU gak tuh... TAPI Asal Bukan Umno SEMUA SESAT

apa punya manusia nih??!! betul la kata pepatah melayu 'kerana MOLOT kita binasa...'

Tanpa Nama berkata...

kesian hasang ali.. Xsedor dah sesat jauh,jgn g jauh sgt,nanti xjumpa jalan pulang..

Tanpa Nama berkata...

minta tolong hantarkan sipolan ni ke mentol hospital dengan segera kerana makin biol otaknya.

Tanpa Nama berkata...

mamat ni g kuala terengganu minggu lepas nasib baik cikgu2 KEMAS yg dtg dgr dia dikir karut...kalu tak kerusi je le yang dgr ceramah...arahan dari pengarah kemas, cikgu2 kemas wajib g dgr ceramah mamat ni...
bengong!!!

Tanpa Nama berkata...

bertahun-tahun dalam jemaah PAS, namun tidak dapat melenturkan hati dan jiwa seseorang untuk menjadi seorang yang tunduk dan rendah diri pada Allah terutamanya dan pada sahabat-sahabat yang pernah bersama..apa yang silap?
adakah ikhlas pejuangan dia selama ini..yang ingin menumbangkan kerajaan UMNO sehingga sanggup mengutuk dan memburukkan parti yang pernah didokong selama ini...
2nd zul kulim muncul dlm politik msia..