2 Jan 2012

Tragedi UPSI: Safwan Semakin Pulih, Polis Minta Beliau Mengaku Terjatuh

Demo UPSI: 17 tahanan dibebaskan, Safwan semakin pulih

Kesemua tahanan termasuk Adam Adli yang ditangkap awal pagi tadi dalam satu perhimpunan yang berlangsung di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dibebaskan, pada kira-kira jam 4 petang tadi. Malah, Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang yang dikejarkan ke hospital kerana kecederaan yang parah, kini semakin pulih, menurut sumber.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Razab mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa 17 orang tahanan termasuk Adam Adli dan rakan-rakannya telah dibebaskan dari IPD Slim River tadi. Menurutnya, kira-kira 300 orang berada di luar balai polis berhimpun menuntut pembebasan tahanan siswa/i. Malah, sesetengah warga Facebook telah menyeru agar rakyat menelefon ke Balai Polis untuk mendesak agar tahanan dibebaskan mereka, sejak pagi tadi.

Menurut Syukri, mereka tidak didakwa di bawah apa-apa akta, bagaimanapun, tahanan dikehendaki melaporkan diri di Mahkamah Majistret Tanjung Malim pada 20 Januari 2012. Beliau menambah, dirinya berasa gembira kerana solidariti siswa/i yang membebaskan mereka.

Menurut sumber dari laman We Are All Safwan Anang, yang ditubuhkan pagi tadi, Muhammad Safwan Anang yang dikejar ke hospital lantaran kecederaan parah kini semakin pulih keadaannya.

MPMUM kutuk tindakan polis

Di samping itu, dalam satu kenyataan tadi, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang menggunakan kekerasan terhadap para mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris malam tadi.

Sekumpulan mahasiswa mengadakan perhimpunan secara aman di depan UPSI malam tadi untuk menuntut pihak UPSI supaya menggugurkan kes Adam Adli yang menghadapi tindakan disiplin serta menyeru kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengekang kebebasan akademik pensyarah dan mahasiswa.

Awal pagi tadi, kira-kira 100 mahasiswa yang mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan UPSI telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa mahasiswa cedera parah. Dalam insiden ini juga berlakunya satu kemalangan yang tidak diingini yakni Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang Taib telah ditumbuk dan patah rusuknya dan keadaan beliau masih kurang stabil kini.

Sehingga kini, 17 mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Najib, Adam Adli. Antara mahasiswa yang telah ditangkap polis ialah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Haziq Abdullah (Presiden KAMI), Syukri Razab (Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia), Shukri Kamaruddin, dan beberapa mahasiswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.

MPMUM menyatakan rasa kesal terhadap tragedi berdarah yang berlaku kerana sekumpulan mahasiswa yang berhimpun secara aman tidak mengakibatkan sebarang kesusahan dan kegugatan kepada orang awam ataupun polis dan MPMUM tidak bersetuju dengan tindakan polis dan FRU yang menggunakan kekasaran melampau terhadap para mahasiswa yang tidak memegang sebarang senjata.

MPMUM menuntut agar pihak polis tidak mengamalkan sikap "double standard" dalam menguruskan insiden sedemikian kerana pihak polis langsung tidak mengadakan sebarang sekatan terhadap tindakan Pro-Aspirasi yang mengadakan perhimpunan awam di Putrajaya baru-baru ini. MPMUM berharap agar pihak polis memainkan peranannya untuk melindungi keselamatan rakyat jelata dan tidak menjadi alat kerajaan untuk mengekang kebebasan mahasiswa dan menindas mahasiswa dengan zalim.

Sesungguhnya tindakan mahasiswa yang menuntut supaya AUKU dimansuhkan ataupun berhimpun secara aman merupakan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, tindakan polis dan FRU yang menzalimi mahasiswa malam tadi telah menjadikan janji Perdana Menteri, Najib yang ingin memberikan ruang yang lebih besar kepada mahasiswa sebagai komestik politik.

MPMUM menyeru pihak kerajaan memansuhkanAUKU yang mengekang kebebasan mahasiswa supaya prinsip demokrasi kampus dapat dihidupkan semula. -MR

Tragedi UPSI : Polis minta pelajar MENGAKU TERJATUH

Pelajar yang cedera parah dibelasah Polis dalam tragedi UPSI, Safwan Anang mendakwa polis memintanya mengaku bahawa kecederaan beliau adalah kerana terjatuh bukannya dibelasah polis.

Malaysiakini melaporkan bahawa Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu berkata dia diminta menandatangani satu dokumen selepas Jurugambar Polis mengambil gambarnya di hospital.

Inilah antara modus operandi pihak Polis bagi menutup kekejaman dan kebiadapan mereka membelasah rakyat.Ketua Polis Perak, Shukri Dahalan sendiri menafikan bahawa Polis bertindak keras sedangkan klip video dan gambar-gambar yang dimuat turun dalam internet menjadi bukti kekerasan dan kekasaran melampau pihak Polis.




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malunya saya terhadap tindakan tidak profesional polis Malaysia yang dikatakan memiliki sifat terpuji dan terpandang; Betul dan Profsional. Hishamudin Tun Hussein yang bertanggungjawaw penuh tehadap agensi ini wajar buka mulut dan mata. Mengapa membisu pula?

Tanpa Nama berkata...

we are all safwan anang..

Yong berkata...

Profesor kangkung akan terus jadi kangkung kah?

Tanpa Nama berkata...

nanti yg kuar cerita dlm laporan polis, Anang juga macam Mat Sabu bukan dilanggar oleh Pajero tapi jatuh sendiri. Anang tidak dibelasah polis tapi terjatuh dan terlanggar pintu cermin.
Ustaz Ibrahim libya mati tidak ditembak polis tapi tertembak diri sendiri. Polis Malaysia bukan polis Israel cuma perangai saja macam polis Yahudi Israel...

batu pelangi/BZ berkata...

Bangkit Mahasiwa/i!!!Lihat apa ANJINGx ini telah lakukan kepada
rakanx kalian.Era takut untuk bersuara sudah menjadi sejarah.
Ingat!Matalmat utama UMNO ialah
untuk menjadikan Mahasiwa/i seperti
ahlix UMNO yang meRELAkan diri
diperLEMBUkan supaya dapat terus
mengekalkan kuasa.HIDPU MAHASIWA/I!!!

Tanpa Nama berkata...

Polis nak nafi apa lagi.
Lepas ni pelajar berkenaan saman saja PDRM.

Amuraria berkata...

ADAKAH INI SALAH SATU NASIHAT APCO ZIONIS ?

Tanpa Nama berkata...

kami doakan safwan cepat kembali pulih spt biasa, org yg zalim mudah2an Allah jatuhkan hukuman di dunia lagi, zalim sungguh manusia2 pulis tu dgn suara kasar, jgn ingat kamu ada kuasa (sejemput kuasa dah besar kepala) selamanya, Allah maha berkuasa dan Allah mendengar doa org yg dizalimi.

Tanpa Nama berkata...

Mana logik sampai patah tulang, berdarah hidung sbb jatuh sendiri. Cari alasan lain la bai...

balak berkata...

aku hairan, semua bukti dah ada, kenapa ada lagi orang malaysia masih sokong umno ni? sial lah mereka. kan bagus kalau kena kat keuarga mereka sendiri. aku doakan mahasiswa semuga cekal dan kami mendoakan kamu