29 Jan 2012

Skandal NFC: Kenapa Muhyiddin Takut Untuk Tubuh Suruhanjaya Diraja?

NFC: Mengapa Muhyiddin takut, soal Pas

PADANG BESAR - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak cadangan pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) mendedahkan sikap sebenar pemimpin itu yang dilihat enggan bertanggungjawab terhadapnya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Muhyiddin yang seharusnya dipertanggungjawabkan untuk menjawab isu itu memandangkan projek itu dilaksanakan sewaktu beliau memegang portfolio sebagai Menteri Pertanian.

"Mengapa Muhyiddin perlu takut? Sepatutnya beliau harus bersikap lebih terbuka sekiranya NFC benar-benar tidak berlaku penyelewengan.

"Pakatan Rakyat akan memastikan usaha menutup kegagalan NFC tidak akan berjaya dengan pelbagai siri pembongkaran isu itu yang akan dilakukan secara berperingkat terhadap umum," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian pada program perasmian Sambutan Jubli Perak Pasti Nurul Hayah, Santan di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, pembentukan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek NFC tidak diperlukan memandangkan langkah-langkah sedang diambil kerajaan melalui beberapa agensi penguatkuasaan sudah memadai.

Kata beliau, selain penjelasan dan laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung isu itu, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terperinci.

"Saya fikir langkah-langkah yang diambil juruadit negara ataupun Ketua Audit Negara dengan penjelasan itu memadai. Lagipun dalam peringkat yang sama beberapa agensi penguatkuasaan iaitu Polis Diraja Malaysia dan SPRM pun buat siasatan mereka. Kita harap hasil siasatannya dapat disiapkan dengan segera, bagi kita mengetahui kedudukan sebenarnya," katanya.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang mahukan rakyat mendesak kerajaan supaya membentuk sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu NFC yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Timbalan Perdana Menteri akur beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan projek itu berjaya dan berdaya maju.

Dalam satu kenyatan Rabu lepas, Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan. -SH

Muhyiddin: Tak perlu tubuh s'jaya diraja siasat NFC

Tidak ada keperluan untuk memenuhi tuntutan pembangkang supaya suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ini kerana siasatan kerajaan terhadap NFC adalah mencukupi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

"Mungkin pembangkang mahu melihat program ini gagal, supaya ia boleh mendakwa, ia betul," kata Muhyiddin dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Muhyiddin mengulas tuntutan pembangkang supaya RCI ditubuhkan untuk menyiasat syarikat kontroversi tersebut yang dimiliki dan dikendalikan oleh anggota menteri pusat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Syarikat tersebut menjadi sasaran cemuhan awam dan kecaman pembangkang selepas PKR membangkitkan beberapa perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan NFC berhubung pembelian kondominium, tanah dan lawatan ke luar negara oleh anggota keluarga Shahrizat.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berkata kelemahan yang dilaporkan dalam laporan audit 2010 ialah di Pusat Fidlot Kebangsaan dan bukan NFC, yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab untuk operasi dan bertanggungjawab terhadap projek yang dibiayai oleh dana awam.
-mk


6 ulasan:

hairan berkata...

manusia nih masa jadi mb johor habis nak dijual semua harta benda pada org singapura.. sampaikan masa tuh kita orang buat lawak 'kalo boleh muhyiddin nak jual semua bulu2 orang melayu yg masih ada kat johor nih pd singapura' hahahaha...

memang patut tak layak jd pm

batu pelangi berkata...

Inilah sikap pemimpin UMNOYAHUDI
yang dibanggakan oleh ahlix UMNO
yang bengong.Tidak perlu mengistiharkan harta dan tidak perlu
tubuhkan s'jaya diraja.Pemimpinx
yang tidak ikhlas untuk mentadbir
negara tapi hanya untuk mengaut
keuntungan untuk anakcucu.Jahanam
Negaraku sekiranya puakx ini terus
memerintah!!!

Tanpa Nama berkata...

TPM telah menjadi barua NFC serta meyokong penyelewengan wang cukai rakyat untuk kayakan kroni UMNO sahaja.
Askar pencen dan polis pencen tak dapat apa apa dan kena tipu siang dan malam oleh PEMIMPIN POLITIK UMNO yang rasuah lagi hina.

kekayaan NEGARA milik rakyat bukan milik UMNO.

Tanpa Nama berkata...

apa pasal banyak soal.
tau sama tau, sudahlah.
bukankah duit rakyat tu,
mak bapak mereka punya.

Tanpa Nama berkata...

Muhyiddin macam arwah Ghafar Baba.
Tak ada apa yang boleh di harap

Tanpa Nama berkata...

pengkianat besau tu.. antara perompak negara yg disanjungi sangat2.. oleh orang bebal kat pagoh.. otak slow level.. bakal PM kalo bn terus menang.. hancuslah tanah air ku...