29 Jan 2012

Bayi Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Atas Batu Di Sungai

Bayi tanpa kepala

AMPANG - Mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.

“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.

“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya. -SH

Bayi tanpa kepala

AMPANG: Seorang pekerja kontrak tergamam apabila menemui mayat bayi tanpa kepala dan kaki kanan di dalam sungai, tengah hari semalam.

Mayat bayi yang disyaki dibuang ke Sungai Hulu Klang itu dipercayai dimakan binatang, menyebabkan sebahagian cebisan tubuhnya hanyut dibawa arus.

Saksi kejadian yang juga pekerja kontraktor, Roslan Ashari, 40, berkata dia datang ke sungai itu bersendirian untuk menjala ikan seperti dilakukan setiap hujung minggu.

Dia yang turun di tebing sungai berhampiran Lorong Embun 3, Kuala Ampang, di sini, terkejut melihat objek menyerupai anak patung terdampar berhampiran batu di sungai itu.

“Mulanya saya sangka ia anak patung sebelum pergi melihatnya dengan lebih dekat.

“Saya terkejut mendapati ia mayat bayi tanpa kepala dan kaki kiri. Keadaan mayat bayi itu hitam dan membengkak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, dia segera naik ke tebing untuk memaklumkan kejadian itu kepada seorang penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.

“Saya tak pasti jantina bayi itu kerana mayatnya hampir reput. Malah, saya cuba mencari kepala bayi itu bersama anggota polis di kawasan berhampiran sungai tetapi gagal.

“Sesiapa yang tergamak membuang dan membunuh bayi yang baru dilahirkan itu ke sungai memang tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bergegas ke lokasi kejadian untuk menyiasat kejadian, selain berusaha mencari cebisan kaki dan kepala bayi berkenaan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan kini dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu.
-hm


Ulasan GB

Dasyat sungguh pekerti manusia. Sudah berzina (jika benar) membunuh pula. Dosa yang bertimpa-timpa.

Laporan berkaitan
klik untuk baca





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

makin lama biar BN perintah negara makin banyak jenayah, BN hanya tipu data jenayah menurun, kalau berani setiap laporan jenayah boleh dilihat diinternet

Tanpa Nama berkata...

Bg la kt aku nih..yg dibuang tu npe?