Kuala Lumpur 18 Jan : Pengakuan bekas menteri kerajaan Barisan Nasional bahawa Umno menggunakan wang untuk membeli undi, membuktikan reformasi pilihan raya perlu dilaksanakan segera di negara ini.
Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, kenyataan Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir itu perlu dipandang serius kerana ia menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), masih gagal menjalankan peranannya dengan baik.
“Ini adalah bagus kerana beliau (Abdul Kadir) beritahu kita dan ini pun jelas menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum laksana tugas mereka. SPRM pun perlu siasat perkara ini,”
“(Justeru), adalah penting sistem pilihan raya direformasikan dan dibersihkan sebelum PRU-13,” katanya kepada keadilandaily.
Semalam, Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengaku mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.
Menurut Maria, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyiasat pendedahan tersebut dan segera melaksanakan reformasi pilihan raya sebagaimana lapan tuntutan Bersih.
“Selagi reformasi tidak berlaku, pilihan raya tidak boleh diadakan. Lagi pun Perdana Menteri pun telah mengatakan janji beliau (untuk melakukan pembaharuan sebelum pilihan raya),” katanya merujuk jaminan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Dalam pada itu, Maria Chin turut menyeru pengundi agar keluar beramai- ramai pada pilihan raya akan datang bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
“Sebab itu Bersih 2.0 juga laksanakan Kempen Jom 100, supaya semua pengundi perlu keluar dan memberikan perubahan kepada negara,” tegasnya.
Pada 9 Julai tahun lalu, Bersih 2.0 melancarkan perhimpunan di sekitar ibu negara, bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya bebas dan adil.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya ditubuhkan bagi mengkaji keperluan mengadakan pembaharuan dalam sistem pilihan raya.
Lapan tuntutan Bersih ialah penggunaan dakwat kekal, membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, kempen minima 21 hari, akses media yang adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan politik kotor dan rasuah.
Semalam, Bersih memberi amaran sekiranya kerajaan masih berdegil untuk melaksanakan tuntutan tersebut, himpunan Bersih kali ketiga akan diadakan untuk terus memberi desakan kepada kerajaan. - KD
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Terima kasih Kadir dedah rasuah ‘bom’ Umno
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mantan menteri yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang mendedahkan kegiatan rasuah Umno ketika pilihan raya yang lalu.
Selama ini Umno menafikan yang mereka mengamalkan rasuah atau membeli undi dengan memberikan wang ringgit dan barangan ketika pilihanraya.
Abdul Kadir yang dipetik oleh The Malaysian Insider menegaskan bahawa perkara itu memang berlaku dan disebut sebagai taktik “bom”.
“Ternyata Umno belum insaf dan baru-baru ini presiden dan seluruh pemimpin Umno turun ke serata negeri bagi mengagihkan dana 'bom' RM100 untuk pelajar sekolah, RM500 untuk isi rumah berpendapatan rendah dan RM200 untuk pelajar universiti,” kata Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.
Katanya, agihan yang sepatutnya dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dibuat atas kapasiti Umno BN bagi memastikan rakyat mengundi mereka dalam PRU13.
Tambahnya, DPPWP juga kesal kerana Kementerian Penerangan, Felda, Felcra, Unit Cawangan Khas (SB) dan agensi lain yang tidak disebut Abdul Kadir secara jelas dipergunakan oleh Umno bagi memenangkan Umno dalam pilihan raya.
Katanya, kenyataan Abd Kadir itu jelas menyokong pendedahan Tan Sri Abdul Rashid, mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini yang mendedahkan bahawa ada pihak berkepentingan yang menghalang mereka melaksanakan penggunaan dakwat dalam PRU12 yang lalu bagi memastikan kemenangan Umno BN.
Beliau berkata, campur tangan Umno dalam urusan pentadbiran kerajaan begitu kuat, sebab itulah Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan supaya ada caretaker goverment selepas parlimen dibubarkan yang bukan kalangan ahli politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Ujarnya lagi, DPPWP setuju dengan Abdul Kadir "Umno tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan. Jika anda (Umno) kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia”.
“Rakyat harus buka mata, seorang demi seorang yang pernah bekerja untuk Umno kini sudah tampil membuat pengakuan.
“Begitu liciknya politik Umno BN bagi memastikan mereka terus berkuasa, walaupun hingga terpaksa mengunakan cara yang keji dan tidak bermaruah,” ujarnya lagi.
Demi tembolok kekuasaan mereka, apa pun sanggup mereka lakukan, katanya. Hakikatnya, kata beliau segala duit yang diberikan adalah dari dana awam, milik rakyat bukan duit Umno, bak kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, "Umno bagi duit ambil, tapi undi, bagi kat PAS". -HD
klik untuk baca
10 ulasan:
Ambil tindakan undangx terhadap semua
pemimpin BN yang memerintah sekarang
ini seperti yang terjadi di Filipina!
Selama ini BN memerintah negara secara HARAM kerana penipuan dalam
Pilihanraya.
SEDIKIT DEMI SEDIKIT KERJA TAIK UMNO-BN TERKANTOI !
SEDIKIT DEMI SEDIKIT TAIK UMNO-BN TERKANTOI !
agaknya terasa perbuatan dulu salah sgt dan terlalu menyesal kerana mendapatkan kekayaan yg ada itu menyebabkan beliau membukakan pekong umno ini wpun ramai yg terpalit...mudah2an beliau terus sedar wpun dah terlewat ..
A.B.U
KALAU PAKATAN RAKYAT BERANI LANCAR BERSIH 3 SEBULAN SEKALI, KAMI PERKASA NAK BERHIMPUN SEMINGGU SEKALI
PERKASA berhimpun untuk makan nasi lemak dan nasi belauk saja.
Ternyata Perhimpunan Bersih 1 dan 2 memang ada asas dan jastifikasinya.Dengan pendedahan oleh Kadir Sheikh Fadil itu,SPM wajar dibubarkan kerana sudah gagal melaksanakan tugas dan diganti dengan satu badan lain yang lebih telus,bertanggung-jawab kepada Parlimen.Hampir 60 tahun Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang haram,penipu dan korup.
perkasam...sampah
perkasam sampah..
Catat Ulasan