19 Jan 2012

Penyamun Sempat Berbual & Ucapkan Terima Kasih Selepas Menyamun Kedai Runcit

Kuala Lumpur: Dua penyamun mengucapkan terima kasih kepada pemilik sebuah kedai runcit selepas menyamun premis itu di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa yang juga wanita yang sarat mengandung berseorangan sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki berpakaian serba hitam.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Puven, 38, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah di tingkat dua blok pangsapuri di kawasan sama untuk mandi dan ketika hendak turun semula ke kedai, dia menerima panggilan daripada isteri yang memaklumkan kedai mereka disamun dua lelaki bersenjatakan parang.

Beliau berkata, dua lelaki itu memasuki kedainya dengan berpura-pura membeli rokok sebelum seorang daripada mereka bercakap dengan isterinya mengenai pelbagai barangan yang dijual di kedainya.

Katanya, seorang lagi yang memakai topi keledar pula berkawal di luar kedai dan menghalang pelanggan lain masuk ke kedai itu dengan menyatakan tuan kedai keluar makan.

“Selepas bercakap dengan isteri saya, tiba-tiba lelaki itu meminta dia mengeluarkan semua wang yang disimpan dalam peti simpanan dan apabila enggan berbuat demikian, lelaki itu mendekatinya sebelum meletakkan pisau di perutnya.

“Akibat panik, isteri menyerahkan semua wang tunai dan kad sim prabayar bernilai RM1,500 kepada lelaki terbabit. Mereka tidak segera meninggalkan kedai sebaliknya terus berbual dengan isteri lebih 10 minit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit menyatakan sekiranya isterinya enggan menyerahkan wang tunai itu secara ‘percuma’, suspek sanggup meminjam wang itu dengan isterinya dan membayar semula pada hari lain.

“Selain itu, lelaki terbabit mengucapkan terima kasih kerana isteri saya menyerahkan wang kepadanya sebelum beredar.

“Sebelum memasuki kawasan perumahan yang dikawal pengawal keselamatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai mengugut pengawal terbabit dengan menyatakan akan memecahkan kepala pengawal itu jika enggan membenarkan mereka masuk, malah mereka dipercayai tinggal di kawasan berdekatan,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya dan sudah menyerahkan rakaman berkenaan kepada polis ketika membuat laporan di Balai Polis Petaling, semalam. -hm

4 ulasan:

din berendoi berkata...

Pertama : apakah tindakan pengawal keselamatan tersebut bila perompak telah melepasi kawalannya ?
Kedua : Kerjasama polis dengan pihak komunikasi pra bayar, tentu boleh mengesan lokasi kad2 tersebut bila telah diaktifkan ?
Ketiga : Penyamun itu masih ada perikemanusiaan.
Keempat : Kita semua perlu sentiasa berhati-hati, walau di mana dan pada bila2 masa jua !

Tanpa Nama berkata...

pengawal keselamatan tu yg patut disalahkan sgt2, sebab dah tau org jahat masuk kawasan tu, tak buat apa2, patutnya bila dia diugut macam tu, bertindaklah, apa guna jadi pengawal keselamatan tapi tak sensitif dgn hal2 keselamatan dlm kawasan sendiri pulak tu. dah ada isyarat bahaya tu.

tak semestinya dia bertindak bersendirian, mungkin dia boleh alert rukun tetangga di situ, boleh intip pergerakan perompak tu, boleh hubungi polis.

Tanpa Nama berkata...

nampak gayanya pengawal keselamatan tu akan di buang kerja la,..yg peliknya takkan pengawal keselamatan tu tidak di berikan latihan,apa yang harus dia lakukan jika berlaku setuasi begitu...majikan kepada pengawal keselamatan itu sepatutnya memberikan latihan kepada pekerjanya..

Tanpa Nama berkata...

Yang dalam pita nih dah dapat pree ribu ...hmm. Kalau dapat banyak lagi yang lain boleh ....hmmm. Kasi sama kita buat kerja .....hmmmmm. Kamu diam2 tunggu kiata buat kerja...hmmmmmmm. Kena percaya pada kita buat kerja ...hmmmmmmm. Boleh kasi rokok 5 kartun... hmmmmmmmmm. Kredit habis boleh kasi 5 keping ....hmmmmmmmmmm.

Kena rompak cari perompak siasat saper rompak mana barang rompak semua boleh rompak asal jangan ditangkap perompak dahlah susah kena rompak lagi buang masa harapkan perompak.