19 Jan 2012

Lantik Firma Audit NFC, Langkah Muhyiddin Untuk Selamatkan Diri

NFC: Ketua Audit sahkan gagal, tak perlu firma akaun

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Jingga 13 membantah hasrat kerajaan melantik sebuah firma perunding perakaunan bagi tujuan menjalankan penelitian wajar untuk mengaudit projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti mana dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua kordinatornya, Fariz Musa berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2010 telah mengesahkan melalui pemeriksaan audit mengesahkan bahawa NFC adalah gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Katanya, Muhyiddin bukan sahaja turut terpalit dengan isu skandal NFC tersebut adalah tidak mempunyai kredibiliti dan integriti lagi untuk mengumumkan sebarang hasrat atau tindakan kerajaan yang sudah pasti menimbulkan prejudis oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Penglibatan Tan Sri Muhyiddin adalah jelas dalam skandal NFC kerana beliau ketika itu sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan projek tersebut kepada syarikat yang dimiliki oleh ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, skandal NFC semakin memuncak dan pendedahan demi pendedahan telah dilakukan terhadap pelbagai isu yang melibatkan penyelewengan dan pecah amanah dilakukan oleh ahli keluarga Shahrizat yang kini dalam siasatan pihak polis dan SPRM .

Tambahnya, Jingga 13 mendesak agar diwujudkan dengan segera sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala dakwaan kepincangan dan penyelewengan dalam projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan yang dijalankan oleh NFC.

Menurutnya, Suruhanjaya Diraja tersebut adalah mereka yang terdiri daripada yang benar-benar profesional dan berintegriti dalam menyiasat secara terperinci NFC yang melibatkan wang rakyat sejumlah RM250 juta.

Katanya, Muhyiddin seolah-olah bertindak bagi tujuan untuk menutup pekung sebenar dengan hasrat melantik firma perakaunan tersebut.

“Beliau harus bertanggungjawab terhadap perlantikan syarikat ahli keluarga Shahrizat yang ternyata tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri perternakan lembu,” ujarnya lagi. -HD

Kerajaan Lantik Firma Perunding Audit NFC

PETALING JAYA: Kerajaan akan melantik firma perunding untuk mengendalikan proses pengauditan terhadap projek ternakan lembu yang sebelum ini diuruskan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia akan melibatkan kewangan projek, penggunaan dana dan pengurusan.

“Ini untuk melindungi kepentingan Kerajaan, dan tugas ini dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Kerajaan telah memberi pinjaman sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan untuk melaksanakan projek tersebut di mana sejumlah RM181 juta telah digunakan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lalu menunjukkan bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Ia melaporkan bahawa projek RM74 juta NFC di Negeri Sembilan tidak diuruskan dengan baik dan menghasilkan 3,289 ekor lembu yang merupakan hanya 41.4 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan.
-mstar




3 ulasan:

batu pelangi/BZ berkata...

Impian untuk menjadi Perdana Menteri
HANCUSSSSSSSS......

Yong berkata...

Meh datang kat blog Yong. Ada gambor yang memerlukan kajian.

http://yongsukakuning.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Firma perunding buat apa? Boleh kawtim punya firma.Kalau berani tubuhlah Suruhjaya Bebas sebagai mana yang disyorkan oleh Lim Kit Siang.Ini bukan soal nak odit akaun aje tapi sudah salah-gunakan wang rakyat - porjek lembu dah jadi projek kondo dan restoran.