Shah Alam: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan blogger pro Umno Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa terdapat amalan rasuah dan pemberian duit ‘bawah meja’ dalam pentadbirannya hanya fitnah kerana tiada sebarang bukti dikemukakan.
“Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk memerangi rasuah dan memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah ditangkap dan didakwa.
“Ini penting kerana hendak tentukan tujuan tercapai dan kita mahu kurangkan fitnah sebab orang cakap ada rasuah tapi tidak dapat buktikan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan RPK bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal membawa perubahan di Selangor.
Pada masa sama ketika ditanya sama ada beliau akan menemui sendiri RPK bagi meminta penjelasan mengenai dakwaan tersebut, Abdul Khalid menjelaskan perkara itu tidak perlu dilakukan.
Pada Ahad lalu, RPK berkata maklum balas daripada ahli perniagaan mendakwa tahap rasuah di Selangor masih sama selain masih ada yang membayar duit ‘bawah meja’.
RPK turut menyifatkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.
Imbuhan
Sementara itu, Abdul Khalid percaya wujud elemen khianat dalam isu pengutipan sampah untuk menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal melaksanakan tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh Alam Flora Sdn Bhd.
“Kami mencadangkan kepada PBT untuk memberi imbuhan kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pihak tidak bertanggungjawab ini.
“Kita juga ada pelan kecemasan dengan menggunakan khidmat syarikat Hebat Abadi yang dimiliki oleh Kumpulan Darul Ehsan jika timbulnya masalah membabitkan kontraktor.
“Ada empat PBT yang berdepan masalah ini iaitu Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Subang Jaya. Kita juga sudah minta Datuk Bandar
Shah Alam keluarkan tender Jumaat ini dan panggil mereka yang hendak sertai dan keputusan akan dibuat dalam tempoh dua bulan,” jelas beliau.
Ujarnya, kerajaan negeri turut mengwujudkan talian bebas tol yang beroperasi selama 24 jam bagi membolehkan aduan tersebut dibuat. -FMT

MB : Tanpa Bukti Dakwaan RPK Hanya Fitnah
SHAH ALAM, 4 DIS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyangkal dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkenaan rasuah yang melibatkan usahawan Cina di Selangor sambil menyifatkannya sebagai fitnah yang tiada bukti.
Abdul Khalid berkata RPK seharusnya memberikan maklumat berhubung dakwaannya memandangkan Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Selangor.
"Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk memerangi rasuah dan memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah ditangkap dan diberkas.
Tujuannya adalah untuk menentukan hasrat kita tercapai dalam usaha mengurangkan gejala rasuah selain mengurangkan fitnah yang mengatakan Selangor mengamalkan rasuah tetapi tidak mempunyai bukti yang jelas," jelasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan RPK sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal membawa perubahan di Selangor.
Pada Ahad lalu, RPK berkata maklum balas daripada ahli perniagaan mendakwa tahap rasuah di Selangor masih sama selain masih ada yang membayar duit ‘bawah meja'.
RPK turut menyifatkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas dengan berkesan. -tvsnews
7 ulasan:
Hassan Ali larang Pemuda Berhimpun 901..sedangkan Presiden dh nk beri Komitmen Hadir..kahkahkah..bila PAS nak sepak keluar ni?
Hassan Ali dah merepek semula....dia memang nak suruh PAS cepat tendang dia...org munafik mcm Hasan ali patut dah lama di tendang keluar...
RPK mcm ulaq salin kulit. desperate nak balik kampong. kena ayer kencing brahim ali.
Setan nie biarkan dia dlm Pas dulu...pas PRK13...baru pecat dia. selama dlm Pas jgn kasi apa2 lagi dia kuasa. biarkan setan Ali jadi pencuci tandas di Gombak.
Hasan Ali dah tahu masa depan dia lepas PRU ni...so dia terpaksa kembali kpd profession asal dia lah sebagai pakau motiBASI..Dia pun mula lah Marketing nasihat kan Mahasiswa belajar jgn sibuk Politik..Jadik lah Sang MahasiTUA nak menasihat kan Mahasiswa yg jauh lebih Hebat dsan Berani berbanding dia..Agak2 PERKASA nak lantik dia apa ha lepaih ni?hihi
RPK nak cari sponsor lah tu. Kerja tak ada tapi perlu makan minum. Jangan ikut RPK cara cari makan kerana berbohong dan dusta kepada pihak lain.
RPK ni jenis ludah kelangit... asalnya menentang kezaliman kemudian membela kemungkaran. tidak perlu diberi muka individu2 seperti ini dimuka bumi ini.
Catat Ulasan