Serang Azizan Razak tidak bijak
Saya tidak mengikuti isu membabitkan MB Kedah Azizan Razak yang dikatakan menyokong Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah kesekian lama diperjuang untuk dihapuskan. Saya tidak tahu apakah 'konsekuens' isu itu di sebaliknya. Sebesar manakah atau sejauh manakah Azizan telah menyokong akta yang kini dibenci kerana dikatakan telah menyekang mahasiswa itu.
Khabarnya sampai ada protes besar-besaran dalam media massa, menerusi blog, muka buku dan sebagainya.
Ada sebab kenapa saya tidak mengikuti atau mempedulikan isu berkenaan. Kerana isu itu berlegar dalam lingkungan sesama sendiri, maka tidak wajar saya kira ia diperbesarkan. Isu itu seharusnya diselesaikan secara baik dengan diam tanpa gemercingan ke luar.
Dalam saat pilihan raya menjelma sepatutnya semua pihak mengelakkan dari bertembung sesama sendiri dan bersikap mendiamkan apa-apa yang masing-masing tidak berkenaan di antara satu sama lain. Jangan membuka banyak lubang intip untuk mengintip musuh nanti musuh akan mencuri peluang menerobos melalui lubang itu. Pembangkitan isu berkenaan boleh diibaratkan sebagai membuka lubang untuk musuh.
Mulut sesama sendiri perlu diam saat hendak melakukan serangan ke atas musuh. Kalau saat hendak ambush musuh tetapi sesama sendiri masih bercakap dan bercakaran bukan saja musuh terlepas tetapi diri sendiri akan menjadi mangsa kelak.
Apakah motif atau isu sebenarnya di sebalik serangan ke ataz Azizan Razak saya tidak tahu. Hanya hari ini apabila saya membaca laporan di sebuah portal melaporkan Abdul Aziz Bari juga mengecam Azizan Razak sampai minta Azizan Razak menyertai BN kalau hendak sokong AUKU baru saya tahu mengenai isu berkenaan. Kenyataan atau protes Aziz Bari itu saya kira agak keras dan menjadikan saya bingkas untuk mengulas.
Serangan kepada MB Kedah itu puncanya kerana Azizan menyokong tindakan Kolej Insiniah Kedah (KUIN) menggantung lima orang pelajarnya yang terlibat dalam tunjuk perasaan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Jadi mereka yang mahukan AUKU dihapuskan marah kepada sokongan Azizan itu, menterjemahkan Azizan tidak bersama mereka.
Sokongan itu diheret kepada soal ikrar dalam Buku Jingga. Kononnya dengan pendirian Azizan itu beliau telah bersikap menyanggah kandungan Buku Jingga. Tidak dinafikan dalam Buku Jingga ada dinyatakan untuk menghapuskan AUKU. Pernyataan dan janji di dalam Buku Jingga itu sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat dan sudah diterima sebahagian besar rakyat.
Memanglah dari segi prinsipnya tindakan Azizan itu bertentangan dengan aspirasi Buku Jingga. Tetapi adalah melampau kalau beliau diserang dengan berbagai cemuhan, apa lagi serangan itu sama jenis serangan ke atas Najib Razak, Sharizat Abdul Jalil atau Rosmah Mansor. Bagi saya kenyataan Abdul Aziz Bari seperti dipetik itu saya lihat tidak cermat dan agar boros. Kalaupun beliau anti kepada AUKU tetapi Aziz tidak sepatutnya begitu lancang menyerang Azizan.
Beliau kena ingat dan faham sebusuk dan seburuk mana Azizan dia masih bersama Pakatan Rakyat dan MB kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Saya kira mereka yang menyerang Azizan Razak sudah melupai adat dan terbawa-bawa dengan emosi kerana terlampau geramkan UBN. Tidak boleh juga bila kita tidak senang dengan stail dan sikap seseorang kita terus menyerang mereka bila timbul saja isu yang dibangkitkan sedangkan ia boleh dibahas atau diselesaikan secara baik.
Kalau semua faham tindakan (kenyataan sokongan) Azizan itu sebenarnya ia tidak ke mana dan mudah gelabah. Ia tidak sedikitpun pun menghalangkan cita-cita untuk menghapuskan AUKU. KUIN adalah sebahagian daripada ratusan Pusat Pengajian Tinggi (IPT) yang masih mengguna pakai akta berkenaan atau tertakluk dengan akta najis itu. Bukan KUIN sahaja yang mempraktikannya, tetapi pusat-pusat pengajian lain juga berbuat demikian.
Saya percaya Azizan juga tidak bersetuju dengan akta yang menyekat kebebasan mahasiswa bersuara itu. Apa lagi Azizan adalah pemimpin Pakatan Rakyat (oposisi) yang sangat memerlukan kepada kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa untuk mendokong Pakatan Rakyat. Kenapa beliau menyokong tindakan itu, perlu di lihat dari sudut lain yang lebih profesional dan akademik serta politik, bukan secara harfiah. Inilah kita kadang kala kerana terlalu emosi sangat tidak dapat menyelami erti di sebalik makna. Tidak dapat menyelami erti lain daripada apa yang kita difahamkan. Ada kalanya kita terbawa-bawa dengan rasa dendam kepada seseorang itu ke mana saja.
Apa yang perlu difahamkan, KUIN tidak boleh bertindak di luar mana-mana akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ia terikat dengan syarat-syarat dan undang-undang tubuhnya. Walaupun KUIN itu dibawah kerajaan negeri yang prinsip politiknya tidak suka kepada akta itu, ia tidak boleh tidak dari memperakui akta berkenaan dan tidak boleh mengabaikannya. Mana-mana ada mahasiswa yang bersalah dan perlu dihukum maka akta itu masih relevan dan digunakan.
Kalau KUIN tidak menggunapakai akta itu pasti ia bertentangan dengan akta penubuhannya yang mana kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang menghendaki menggunapakai akta berkenaan. Semua kena akui bahawa AUKU walaupun dalam proses penghapusan masa kini, tetapi ia masih belum dihapuskan, jadi ia masih valid untuk KUIN juga.
Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.
Jadi bila Azizan Razak menyokong tindakan KUIN itu tidak bermakna beliau bersetuju dengan akta itu. Begitu juga bila kita membayar tol bukan bermakna kita bersetuju dan redha dengan pengenaan tol itu. Beliau menyokong sebagai menghormati keputusan institusi berkenaan yang bertindak menggunakan undang-undang yang masih berlaku (valid). Manakala kita membayar tol dalam paksa itu juga kerana menghormati syarat-syarat yang dikenakan kepada kita. Kedudukannya sama bukan?
Kaedah atau hal-hal seperti ini perlu difahami secara mendalam. Baik mahasiswa, pemimpin pelajar dan ahli politik perlu fahami mengenai perkara ini dan kedudukan sebenarnya. Apa guna kita menyerang sesama sendiri, kalau tindakan itu akan dilihat sebagai kita berpecah belah sesama kita, tiada ada guna langsung.
Kepada saya, (maaflah) mereka yang mempertikaikan tindakan Azizan, membesar-besarkannya apa lagi menyerang termasuk sampai mengungkit perangai dan peribadinya tidak bijak dan bukan orang yang memakai minda politik sepanjang masa. Mereka tidak ada sikap tasamuh di dalam politik. Mereka hanya berfikir dengan apa yang ada di hadapan mereka saja dan tidak melihat kebenaran-kebenaran lain yang berlegar di sekeliling mereka. Maaflah...
Nasib baik dalam kes ini para pemimpin tertinggi nampaknya faham dan tidak terikut dengan nafsu amarah yang mentah itu.
Perhatikan apakah kenyataan sokongan Azizan kepada tindakan KUIN itu adakah dibangkit oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat? Bukan saja dari Pas, tetapi PKR dan DAP juga. Rasanya tidak ada. Ini menunjukkan para pemimpin lebih bersikap profesional dan tahu waktu mana hendak bergaduh dan waktu mana untuk tutup mulut. Bermain politik ibarat kita berlakibini kita kena tahu waktu mana hendak bergaduh masa mana hendak bertengkar fasal nasi hangit. Kalau waktu senja kita bergaduh ertinya sepanjang malam kita akan kerugian...
Justeru mahasiswa, bloger yang anti AUKU dan sebagainya silalah tututp mulut anda. Hasrat dan matlamat untuk hapuskan AUKU itu tidak akan terhenti dengan hanya Azizan Razak membuat kenyataan menyokong tindakan KUIN itu. Malahan cara anda menyerang Azizan itu ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan tumpuan untuk menghapuskan AUKU yang telah dimeteraikan dalam Buku Jingga itu.
Kalau anda bijaksana anda tidak ungkitkan secara terbuka kenyataan Azizan Razak itu dan menerima tindakan KUIN itu. Anda patut berjumpa dan berbincang dengan Azizan. Dalam pertemuan itu anda secara senyap mengemukakan memorandum agar Azizan campur tangan melepaskan pelajar berkenaan. Cara ini paling fatanah dan menggambarkan anda - orang-orang yang mengkritik secara terbuka adalah orang yang bijaksana dan berfikiran tenang. Saya rasa Azizan juga akan bersetuju dengan permintaan anda secara diplomasi itu.
Bijaksanalah di dalam melayani isu-isu politik dan pilihlah subjek-subjek untuk diperkatakan, jangan pakai 'rawal' semua sekali. Politik perlu bijaksana yang bijaksana. Dan Abdul Aziz Bari yang baru melangkah kaki secara rasmi dalam lautan politik itu juga saya rasa sudah mula menunjukkan sikap tidak bijaksananya. Aziz sepatutnya tidak serang Azizan seperti itu yang mana boleh melukai hati penyokong MB Kedah itu, tetapi yang afdal memberi penjelasan kenapa Azizan membuat kenyataan sokongan itu. Mendamaikan dan bukan menghuruharakan lagi minda itulah politik harmonis. -mso
Ulasan GB
Sebenarnya, pihak yang menyerang atau memburuk-burukkan MB Kedah tidak mengikuti hal sebenar apa yang berlaku.
MB Kedah sebelum ini telah membuat kenyataan bahawa "KUIN adalah di bawah tanggungjawab penuh kerajaan negeri Kedah, keputusan penggantungan dibuat pentadbiran KUIN...dan saya tidak campur tangan sangat dalam hal ini."
Yang mengambil tindakan ialah KUIN, tetapi yang diserang kini ialah MB Kedah semata-mata kerana Datuk Seri Azizan adalah pengerusi lembaga pengarah Kuin yang di bawah kerajaan negeri pimpinan PAS.
Malah serangan ke atas Azizan dilihat berlebih-lebihan pula.
Memang kita tak suka AUKU. Tapi apakah kerajaan Kedah pimpinan Azizan yang perlu dipersalahkan apabila KUIN mengambil tindakan ke atas pelajarnya yang membantah pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz?
Isunya lebih kurang sama dengan bantahan pihak tertentu terhadap Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru.
Ia tidak sama samasekali dengan perobohan surau dan masjid yangdilakukan oleh UMNO seperti di Bujal dan di Berembang dimana kedua-duanya dirobohkan di atas perasaan dengki hati dan bukan untuk membina yang baru.
Sama dengan isu Surau Salihiyah, KUIN menggunakan bangunan Tahfiz untuk Sekolah Insan Bestari. Dimana salahnya?
GB tidak menentang gerakan mahasiswa malah menyokongnya. Di dalam tahun-tahun 80an dahulu sewaktu GB pernah memimpin sebuah gerakan pelajar, GB pernah terlibat dengan satu bantahan menentang kenaikan yuran pelajar, tetapi di dalam pada itu GB terpaksa akur bahawa kami ketika itu boleh dikenakan tindakan di bawah AUKU.
Justeru, sewaktu keputusan J/K perwakilan pelajar memutuskan untuk berdemo, GB terpaksa tolak kerana GB katakan kepada mereka bahawa: AUKU ada dan kita perlu berhati-hati dengannya. Tidak boleh emosi berlebihan. Kami bukan dari kalangan pengecut, tetapi kami mengambil sikap "fatanah" (bijaksana) yang diajar nabi dengan menjadikan gerakan pelajar yang dipimpin sebagai gerakan yang matang dan mampu berdiplomasi di saat sekalian para pelajar sedang berang berapi.
Dengan hujah-hujjah yang GB utarakan ketika itu, risiko AUKU mengaum adalah tinggi dan kita tidak mampu berbuat apa-apa sekalipun (jika ada) menteri yang menyokong tuntutan kita masa itu.
(Tak lupa pada masa itu SB-SB sudah mula mengekori kami...)
Maka diputuskan oleh "Majlis Syura" bahawa kami perlu menemui pihak tertinggi IPT berkenaan dan mahasiswa diminta untuk "berdemo dengan solat hajat" agar Allah mempermudahkan segala urusan kita. Dan alhamdulillah, hujjah-hujjah kami diterima oleh pihak IPT dan kenaikan yuran dimansuhkan waktu itu.
Oleh itu, di dalam kes ini, AUKU yang sepatutnya ditentang bukan MB Kedah yang sepatutnya dijadikan sasaran.

17 ulasan:
Setuju ngan GB,
Bila Tim Menteri KPT sokong hapuskan AUKU,tak bermakna dia perlu join PR atau bermakna dia sokong PR,apa punya lojik Aziz Bari ni..sama je pemikiran cam blogger puak sana heheheeh..jgn orang panggil kangkong nanti dah le
ya saya setuju dgn tulisan Gb. Ustz azizan tak cepat melatah...kena tempias kat org lain..
Aziz Bari pon jangan nanti di panggil kangkong .. kerja Ahli akedemik tak sama dengan Ahli Politik ...
Pendekatan Ustaz Azizan mtidak masuk campor dalam kes ini adalah tepat jika tidak dia pon sama macam UMNO dengan UITM
harap jgn byk cari alasan...kotakan janji anda...ustaz azizan sendiri boleh pilih utk guna AUKU atau x..xde siapa boleh nafikan benda ni..
tapi kenapa dia masih guna AUKU yg brtentangan dgn janji PR?kenapa mesti ada ciri2 munafik di sini..
org muda zaman skrang akan menilai stiap perbuatan n tindakan pemimpin x kira dari parti mana..
skang zaman internet dihujung jari...bkn zman ikut membuta tuli....
senyap tak bermakna kami tak tahu..
Setuju dengan semua di atas tp xsetuju bab insan bestari....xboleh bandingkan dengan madrasah salihiyah sbb madrasah tu dpt pampasan..sedangkan pelajar tahfiz terabai di bangunan sndiri..kalau kata nnt pindah ke kuala ketil..bg siap dulu baru cakap
itulah maksudnya parasit .
yang patut ditentang AUKU bukan MB. Tapi kalau parasit tu dia akan cantas jer sesiapa yang tak sehaluan.
anon 10:36
sejak bila pelajar terabai?
bangunan tu pelajar tu punyakah?
anda saja tokok tambah.
anon 10:08 menulis
"harap jgn byk cari alasan...kotakan janji anda...ustaz azizan sendiri boleh pilih utk guna AUKU atau x..xde siapa boleh nafikan benda ni..
tapi kenapa dia masih guna AUKU yg brtentangan dgn janji PR?kenapa mesti ada ciri2 munafik di sini..
org muda zaman skrang akan menilai stiap perbuatan n tindakan pemimpin x kira dari parti mana..
skang zaman internet dihujung jari...bkn zman ikut membuta tuli....
senyap tak bermakna kami tak tahu.."
UMNO yang tulis begitu.
Saya suka ayat ini:
"Contohnya begini, kita tidak suka dengan tol yang dikenakan oleh pihak menguruskan lebuh raya sekarang ini kerana ia membebankan. Malahan kita berjanji untuk menghapuskannya kalau kita memerintah. Tetapi selagi kita belum memerintah, lebuh raya itu tetap terikat dengan perjanjian kerajaan, kita wajib membayarnya. Tidak membayar bermakna kita melakukan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan."
hujjah2 mso dan GB memang mantap.
sebenarnya untuk makluman sejak awal lagi pelajar2 itu sudah menjadi budak suruhan UMNO supaya berdemo burukkan kerajaan pas kedah.
yg bebal di kalangan pr akan sokongnya.
wah nk kaitkan auku dgn tol plak..baik kite truskan perbandingan sebegitu..lim guan eng bile nk ke parlimen dr pinang, kalo x naik flight die akan gune plus dan terpaksa bayar tol..bile smpai di parlimen, die tetap keluarkan fakta2 yg mnyokong agar tol dihapuskan atau konsesi dibatalkan..tp tol bile balik pinang die tetap bayar..x prnah plak kat media die kata" hangpa nk wat apa?..bayaq je la.."
berbalik pada azizan, mmg benar sume ipta/ipts tertakluk bwah kementerian pengajian tinggi dimana kementerian ni menyokong penuh AUKU, org boyan n sakai pun tahu fakta tersebut..yg jd masalhnya, sebagai MB besar, sebagai ketua kerajaan negeri yg bertanggungjawab penuh terhadap KUIN, kalo benar skali pun tndakan AUKU terpaksa dibuat trhadap mahasiswa, ape bebal sgt smpai x bole mnyuarakan bntahan langsung?..kau tu mb la bangang, bile ko bersuara seolah2 mcm nk lepaskan tgn isu AUKU, org ramai membaca tndakan ko sbg mnyokong AUKU..bodoh x bole diajar,pandai x bole diikut!!!
ape dah hebat sgt taraf ko , hebat sgt sejarah silam ko smpai org x bole tegur? smpai org x bole kondem?//smpai sume org yg benci atas tindakan bijak tu abis digelar dgn gelaran mcm2?..nape x tanye dgn rakan sejawatan ko mb khalid bgaimana die tangani isu unisel?..ape unisel x tertakluk bawah kementerian pengajian tggi ke?..
aku x suke umno, smpai mati aku bersumpah x akan sokong/undi umno, adakah jika mngutuk tndakan ulama azizan ni, aku dikira penyokong umno?..mcm sial je komen2 kat atas..
anon 12:16 di atas komain hentam MB Kedah.
Tiba-tiba pekungnya terdedah bila dia kahiriti tulisan dgn
mcm sial je komen2 kat atas..
membuktikan bahawa beliau BUKAN ahli jemaah kerana seorang ahli jemaah tidak akan mengeluarkan perkataan sedemikian.
Nampak jelas pengkritik MB kedah itulah yang sgt perlu ditarbiyahkan.
masa Dr Aziz Bari dihalang oleh MAIS dari membentangkan kertas kerja dalam satu seminar yg sepatutnya dianjurkan oleh KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) sekitar Novemver 2011..kenapa Dr Aziz Bari tak serang MB Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim yang jugak pada masa yang sama adalah Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS sedangkan Dato' Setia Azib (Pengerusi MAIS) hanyalah ahli lembaga pengarah KUIS di bawah Tan Sri Khalid sedangkan tidnakan itu dilihat bertentangan dengan bahagian 2 perkara 10 perlembagaan persekutuan..?
MB kedah sepatutnya berkata bahawa beliau tak setuju/ tak suka AUKU tapi kerajaan negeri tak mampu untuk menghalangnya...baru la nampak pendirian seorang menteri besar dan orang x berkata-kata kat luar sana
Setuju dgn Anon Jan 27, 2:49 pm. Memang benar Anon Jan 27, 12:16 pm bukan ahli jemaah tapi Ahli UMNO munafikun yang bebal dan bodoh. Depa ni memang berniat jahat dengan bertopengkan ahli PR tapi sebenarnya UMNO/BN piang.
Contoh-contoh dan perbandingan yang diberi itu jelas. Adakah kita nak ikut rentak UMNO supaya KUIN dikenakan tindakan yang membawa implikasi penutupan KUIN? Lebih baik bagi kita dengan menggunakan akta yang masih sah kerana dengan keengakaran kita berbuat sedemikian memberi peluang kepada puak UMNO berbuat kejahatan kepada kita. Adakah ini menguntungkan pelajar KUIN seandainya KUIN dikenakan tindakan yang memungkinkan ianya tidak dapat beroperasi? Adakah pada waktu itu, kita juga akan menyalahkan PAS dalam hal ini?
Falasafah yang diambil dari anon 12:16 yang bodoh iaitu "bodoh x bole diajar,pandai x bole diikut!!!". Dia ni bukan saja tidak pandai malahan bodoh. Dia ingat dia boleh memperbodohkan kita. Next Change le.
to anon 10:36
tak tokok tambah aihh...
Suka dgn hujah2 dan entry blog ini.... First time baca entry blogger yg citer pasal politik dan blh menegur pemimpin sndr.... Xspt sesetgh politic blogger yg cenderung dan taksub pd sesetgh pemimpin smpikn sanggup butakn mata dgn keburukn yg dilakukan oleh pemimpin parti tu sndr tp klu pihak lwn punya citer bkn main digembar gemburkn wpun citet tu xbetul.....
Catat Ulasan