2 Dis 2011

Umno Sebenarnya Yang Menjahanamkan Agenda Melayu

Seremban: Seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) telah menggagal dan menjahanamkan agenda Melayu dengan rasuah dan ketirisan kewangan menjangkau RM28 bilion setahun.

Sambil mengajak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berdebat tentang isu ini, naib exco AMK PKR Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, Pemuda Umno sudah tidak ada isu. Masalah rakyat tidak menjadi fokus. Yang menjadi fokus ialah sibuk menjahanamkan orang lain.

“Ini berbeza dengan semangat yang ditonjolkan ketika Kongres Nasional PKR di Pulai, Johor tempoh hari. Hak dan keadilan untuk rakyat dibahas dengan baik oleh para perwakilan, pemimpin dan anggota PKR.

“Banding sahaja tiga tahun pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dengan 54 tahun pemerintahan Umno-BN. Ternyata momentum dan dasar keprihatinan rakyat oleh Pakatan begitu cepat melonjak dan konsisten,” kata Mohd Nazree kepada FMT hari ini.

Mohd Nazree yang juga merupakan Ketua AMK Negeri Sembilan berkata Formula “6 Jahanam” Pemuda Umno nampaknya tidak menjawab cabaran AMK apakah Umno-BN berani meminda Perlembagaan agar Perdana Menteri itu dipilih daripada orang Melayu sahaja.

“Ini sekadar cabaran AMK kepada Umno kerana Umno sering mencanang bahawa mereka adalah jaguh Melayu. Hari ini andai kata Melayu mencabar mereka agar putuskan secara undang-undang bahawa Perdana Menteri perlu Melayu, apakah jawapan mereka?

“Sah….. cabaran politik ini tidak mampu dijawab oleh Pemuda Umno. PKR adalah parti berbilang kaum. Kita mendukung semangat integrasi dengan baik dan tidak cauvanis seperti Umno dan rakan sekutu,” ujar beliau.

Lalu Mohd Nazree melontar lapan persoalan untuk dijawab dan didebat oleh Khairy nanti:

* Siapakah yang menjahanamkan negara dengan rasuah selama 54 tahun?

* Siapakah yang membenarkan Singapura keluar dari Malaysia?

* Siapakah yang menyerahkan tanah di Genting Highlands selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong dan menukar hutan menjadi lubuk judi?

* Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan RM50 bilion saham Bumiputera sejak Merdeka?

* Siapakah yang menyusutkan keluasan Tanah Rezab Melayu hampir 50% sejak Merdeka?

* Siapakah yang menyerahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar kepada Singapura?

* Siapakah yang mengagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan ketirisan berbilion ringgit?

* Siapakah yang melepaskan telaga minyak yang bernilai puluhan bilion ringgit kepada Brunei? -FMT

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya betul tuu....fokus lah pd kami rakyat yg tertekan dgn harga brg naik
melampau lampau....tiada pembelaan pd kami ibu2 yg di tinggalkan....tidak mampu nak bermewah2 mcm mamak2 lembu tuu...hee tak habis2 ngancam rakyat gan story2 yg bodoh....dan murahan

Tanpa Nama berkata...

Melayu tertinggal kerana tersangat gila politik.

Tanpa Nama berkata...

Fokus utama Persidangan Agung UMNO itu adalah untuk menonjolkan diri individu-individu yang mengaut kekayaan negara untuk diri sendiri. Rakyat sebagai hamba bagi mereka, yang penting ketuanan TUAN HIPOKRIT untuk berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

GB,
Kalau nak kata UMNO jaga sangat MELAYU tu, berapa ramai yang kawin dgn bukan MELAYU? contoh anak PM yg tunang tu, dgn MELAYU ke? Dan banyak contoh lain..

Sebab tu perjuangan kita adalah ISLAM, ko jaga ISLAM, otomotik ALLAH jaga yang lain. Ni tak, yang terkinja2 kat tv, tu semua MELAYU..

Degil btol UMNO ni, & bodoh btol sapa2 yang masih nak sokong UMNO