2 Dis 2011

Isu Lembu Fidlot: Perwakilan Pahang Minta Pemimpin UMNO Jangan Cetus Kontroversi

Jangan buat kontroversi, susah kami nanti’

KUALA LUMPUR: Pemimpin atasan Umno diingatkan supaya mengelakkan diri daripada dibelenggu pelbagai kontroversi.

Perwakilan Umno Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata keadaan itu akan menyusahkan pemimpin di peringkat Bahagian sepertinya untuk menjelaskan perkara sebenar kepada ahli bawahan yang lain.

Katanya, ini termasuk skandal projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kepada pemimpin tolong jangan buat kontroversi. Kami yang dibawah ni payah nak jawab. Salah satunya isu NFC…..sudah cukuplah sampai sini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Selain itu, beliau berpendapat Umno kini perlu menggunakan media baru sepenuhnya termasuk laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan dakyah politik. Umno kini tidak lagi perlu terlalu bergantung kepada akhbar cetak untuk memainkan peranannya.

Wan Amizan turut menyentuh isu Felda dengan membidas pembangkang yang memanipulasi isu nasib peneroka.

Katanya, peneroka perlu bersyukur kerana dengan bantuan mantan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang berjaya tingkatkan taraf hidup orang Melayu melalui Felda.

Katanya, melalui kerajaan Umno-Barisan Nasional peneroka mampu mendapat keuntungan sehingga mencecah RM10,000 sebulan berbanding pada zaman 70-an yang hanya RM69.90.

“Sekarang ni tanyalah di mana-mana, di setiap rumah peneroka sekurang-kurangnya lima daripada anak mereka memiliki Ijazah,” katanya. -FMT

Skandal NFC masih hantui Wanita, dakwa Shahrizat liabiliti Umno

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.

Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”

Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.

“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.

“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.

Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.

Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.

“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.

Ketika berucap merasmikan persidangan tahunan pergerakannya kelmarin, Shahrizat berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu NFC.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencabar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.

“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

“Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu,” kata perwakilan dari Perak.

Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.

“Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?” katanya.

Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.

“Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya lagi.

“Ada yang terlalu risau,” katanya.-TMI


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang ini pandai sikit...sekurang kurangnya sebahagian rakyat merasakan inilah yang sebenarnya berada di minda rakyat. wail ni telah mewakili mereka untuk meluahkan perasaan yang sama...baguslah kalau sedar dan berani bercakap benar ..'bukan sokong yang bawa rebah' nampak ada maruah wanita melayu...tapi jangan lupa 'berjuanglah menegakkan keadilan' bukan 'baling batu sembunyi tangan'..mulakan gerakan secara berhemah dari dalam....teruskan..berkata benar..

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan kontroversi tapi kronism.RM250 juta tu jika diageh-agehkan kepada seluruh rakyat Malaysia,tanpa mengira bangsa,agama dan umur,setiap rakyat akan menerima hampir RM8 juta seorang.Malangnya RM250 juta disedekahkan kepada keluarga Shahrizat Jalil untuk kesejahteraan dan kesenangan sekeluarganya.Yang lain tinggal melopong,sekadar dapat air liur aje.Ini "orang UMNO" tak faham dan tidak akan faham,dulu,sekarang dan selama-lamanya.

Tanpa Nama berkata...

Sharizat menggunakan wanita Umno melindunginya dari serangan pembangkang sedangkan isu NPC bukan ditimbulkan oleh pembangkang. Ini dari laporan Jabatan odit.
Maklumat terbaru yang kita maklum. JPA boleh melantik Pegawai dari swasta diserapkan sebagai Pegawai Jusa mengetuai Jabatan2 Kerajaan, ertinya termasuk di Jabatan odit.
Persoalannya kenapa cadangan ini ditimbulkan selepas isu NPC dibangkitkan oleh pembangkang dan menjadi topik debat rakyat.

tidakkah ini satu lagi rancangan yang akan menghancurkan intigriti Jabatan odit yang menjalankan tugas mengikut etika mengodit.

tidak mustahil selepas ini pegawai jusa lantikan politik akan dicucuk hidungnya mengikut arahtuju presiden Umno. Inilah agenda Umno nak menjadikan bumi Malaysia milik mak bapak mereka atas nama presiden Umno yang terdahulu. Apakah ini satu lesen untuk mereka menjadikan bumi Malaysia ini milik keluarga mereka turun temurun. Mana akai oghang melayu yang sekolahnya tinggi2 tapi bodonya berlapis lapis..

Lang berkata...

baguihlah perwakilan ni... tp hanya berani sebut nfc... cincin tak sebut pulak... sbb takut kena tendang dengan perwakilan kot... atau sebab asal dari pahang...

pasal felda... dia ni org felda ke? yg bangun berjuang sbb ada penindasan dlm felda bukan ke anak felda sendiri? dia ni ckp apa?

horahora berkata...

250juta tu.. kalau beli lembu baka cross KK lebih kurang harga 2000 sekor.. bole dpt 125,000 ekor lembu. 125,000 ekor lembu ni kalau bagi2 same 12,500 ekor penternak lembu tulen kat seluruh msia ni (sorang penternak dpt 5psg lembu jantan betina).. dlm masa 6 tahun Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor anggarkan harga jualan lembu jantan akan tinggal RM700 sekor dan lembu betina rm500 sekor.. sekarang lembu jantan rm1700 sekor.. jangan jadi bodo kate nnt penternak rugi.. penternak untung sbb volume jualan tinggi.. kali dgn harga 700 sekor tetap lebih untung daripada sekarang..

Tanpa Nama berkata...

Hoik! Mana lembu utk aku.Tak kan taik lembu pun tarak?!
-Ahli UMNO kecik.

Tanpa Nama berkata...

hahaha..
wei ahli umno kecik, mana da pa...semua depa sapu abeh...lincin piangg..

PRU13 kita ajaq 'lembu2' ni bgi cerdik sikit..

*from ahli umno yg belot..
hahahaha...lntak la pa nk jadi...
dh busaannnnn ngn plitik mesia.