5 Dis 2011

Shahrizat Kena Pilih Salah Satu: Letak Jawatan Atau Terus 'Dibogelkan'

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur

Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur. -mk

Tegur demi parti

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berharap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan menteri dan Ketua Wanita Umno yang disandangnya.

Menurutnya, tindakan itu penting bagi menyelamatkan maruah Umno dan kerajaan yang terjejas sejak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dikaitkan d-ngan isu National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan anggota keluar­ganya.

“Isu ini beri kesan tidak baik kepada pemerintah. Bagi saya, menunggu atau mendengar hasil siasatan polis, tidak perlu. Rakyat tidak berminat untuk tahu atau cari siapa yang bersalah.

“Apa yang lebih besar ialah isu ini melibatkan moral dan maruah beliau sebagai pe­mimpin. Itu mesej saya dan ia cukup jelas,” katanya.

Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, maruah dan moral pemimpin perlu diutamakan berbanding kepentingan diri.

“Saya percaya, jika beliau meletak jawatan, maruah parti dan kementeriannya serta kerajaan akan dapat dibersihkan di mata rakyat,” katanya.

Menurutnya, gesaan itu bukan bermakna beliau menyokong atau bersetuju de­ngan pembangkang, tetapi perlu menegur demi keutuhan parti, terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Terserahlah kepada orang ramai untuk membuat penilaian. Lagipun selama menjadi Ahli Parlimen, semua orang saya tegur, bukan Shahrizat sahaja. Tidak bermakna, berbuat demikian seolah-olah menyokong pihak lawan.

“Saya mahu semak dan imbang dalam Parlimen dan kalau boleh saya mahu jadi pembangkang kerajaan. Itu sudah lama saya suarakan. Jika ini direalisasikan, andainya kerajaan menang semua kerusi, kita tidak perlu pembangkang luar (PKR, DAP dan Pas) lagi sebab saya sudah ada,” kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC) itu.

Mengulas lanjut, Bung Mokhtar berkata, sekiranya berada di tempat itu, beliau bersedia melepaskan jawa­tannya. -SH


Ulasan GB

Apa lagi Shahrizat. Tunjukkanlah batang lengan kamu tu kepada Ketua UMNO Bahagian Cheras & Bung Mukhtar kalau benar nak tunjuk kamu wanita besi! Sebelum ini, segala kritikan dan teguran orang lain kamu tak mahu dengar. Kamu cuba nak sorokkan bangkai gajah dengan nyiru. 1Malaysia sudah kenal kamu sebagai mak lembu. Salah siapa?

Sudah banyak ulasan GB mengenai isu lembu Fidlot ini. Diantaranya, petikan:

Singsing lengan depan orangramai...Sudah buang tabiatkah? Marah sehingga sanggup tunjukkan aurat di khalayak ramai!

Hanya untuk menutup isu, untuk menutup dimalukan dengan isu lembu, berlagak gagah bersinsing lengan.... aparaahhh....

Nanti betul-betul Allah tanggalkan baju dan tanggalkan kain baru tahu...


Satu Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat NFC sepertimana yang di cadangkan oleh PAC.

Jika Najib enggan mendengar tuntutan penubuhan Suruhanjaya itu, ia bererti satu petanda bahawa Putrajaya akan bertukar tangan. Hukum "kebenaran dan keadilan" akan mengambil tempatnya dimana UMNO BN sudah tidak layak untuk menduduki Putrajaya dan akan digantikan dengan parti lain.

Kami peringatkan: Jangan main-main dengan Tuhan!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




8 ulasan:

Amuraria berkata...

KUTURUNAN 'ALHABSHEE' INI JUGA LAH YANG NAK SELEWENG TANAH WAKAF TN HJ KASSIM KG MAKAM DI JALAN DATUK KERAMAT PULAU PINANG ,SYED ABAS AL HABSHEE SEMASA JADI PENGERUSI DEWAN PERNIAGAAN MELAYU PULAU PINAG BERPAKAT DENGAN MAIPP UNTUK SELEWENG TANAH WAKAF ITU YANG BERNILAI JUTAAN RINGGIT DI TENGAH-TENGAH GEORGE TOWN TAPI BERKAT TENTANGAN ALLAHYARHAM PAK SALIM HASHIM DAN SAHABAT-SAHABAT TERBANTUT KES ITU ,MANGKUK NI NAK TUNJUK BAIK TAPI PENYAMUN TARBUSH SEBENARNYA ,HANYA MAU NAMA DAN GILA PANGKAT !

Tanpa Nama berkata...

Dari awal-awal lagi dia ni tak sepatutnya diberi jawatan. Ingatkan Kuala Kangsar dulu tu teruk sangat, rupa-rupa emak Mami ini lagi HANTU.

Tanpa Nama berkata...

Dibogel nanti lembu pula lari.

AMENO ChaCha Marba berkata...

Emak Mamee "Beetlejuice" ni memang boleh menjatuhkan UMNO/BN dalam PRU 13 nanti.Macam mana Rakyat nak percaya.??Dia ni patut tolong orang orang yang miskin dan tak berupaya melalui Kementrian Kebajikan Masyarakat,tapi sebaliknya dia terpalit dan skandal lembu rm 250 Juta!!!

PODAH CHEAT!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah mamak ni memang kaki licik, pembelit dan penipu. Melayu UMNO sampai skrg tak sedar-sedar walaupun Geng Mamak ni buat kerja kotor semenjak zaman negeri Melaka lagi. Merekalah yang sebenarnya menghancurkan UMNO. Mereka lebih berkuasa didalam UMNO sekarang berbanding orang Melayu semenjak sekor mamak kutik diberi peluang jadi PM dulu.

Wahai orang-orang Melayu dalam UMNO....
Tinggalkanlah UMNO...biarkan UMNO hanya utk geng mamak je, sampai bila korang sanggup jadi lembu pada penyamar Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Aku heran tullah..
Ramai sangat orang berwajah mirip INDIA dalam UMNO. Peliknya mereka dibarisan kepimpinan pulak tuh.

Kata UMNO memperjuangkan orang melayu. Mana orang melayunya. Kahabarnya leluhur Najib juga dari indon.

Jadi yang melayunya jadi HAMBA dan PECACAI sahaja dalam UMNO.

Searlah wahai pecacai sekelian. Muliakanlah diri dengan cara keluar daripada grombolan parti warisan penjajah itu dengan memberikan sokongan kepada parti yang sebenarnya memartabatkan agama dan bangsa anda sama ada PAS atau PKR. Paling tidak anda tidak terpalit dengan fahaman asobiah grombolah UMNO dengan memeberikan sokongan kepada Pkatan Rakyat.

Ingat pesan Nabi saw bahawa pengamal fahaman asobiah (dasar grombolan UMNO)bukan pengikutnya.

Jadikan PRU-13 nanti saat membetulkan semula aqidah dan menyelarikan amalan hidup dan perjuangan dengan syariat yang Allah swt telah tetapkan.

Aku tidak menuduh sesiapa. Aku hanya nak kita sama-sama bermuhasabah. Kebenaran dan kepalsuan semuanya dalam tangan anda. Pilihan dan penentuan adalah hak anda.

Pernahkan para penceramah daripada ilmuwan pecacai UMNO menjelaskan persoalan sedemikian kepada hadirinnya..? Tidak salah jika kita berasakan mereka sedang menipu kita dengan lebel keilmuannya sedang mereka adalah sama iaitu sama-sama merebut laba yang ada dalam genggaman parti pemerintah itu dengan bertopengkan imej keagamaannya.

Buktinya..? Suluhlah kehidupan mereka dengan hati nurani anda.

Membantu Pakatan Rakyat mungkin tak sebaik mana tetapi ia lebih murni dan bermoral daripada mengekalkan kepimpinan UMNO/BN dengan rekod negatif yang semakin terserlah.

Sekarang mereka hanya mekonkan watak baik dan warak semata-mata untuk mengekalkan dan meneruskan hegomoni mereka.

Mana mungkin pemimpin UMNO berkata agama dan bangsa mahu digalas sedang masa yang sama agama dan bangsa itulah juga yang mereka perdagangkan. Jika anda belum nak sedar itu juga pilihan anda. Wallahu'aklam.

Tanpa Nama berkata...

UMNO ni memang silap besar ambil orang ini jd menteri. dah kalah dlm PRU lepas kutip balik kononnya blh jd tangkal kekuatan jentera UMNO. sekarang? org yg ko kutip meludah kemuka sendiri. kalau arang diconteng boleh dipadam, tapi kalau kerja tidak amanah dibuat sampai bila2 org akan ingat

Tanpa Nama berkata...

MUDAH-MUDAHAN UMNO KALAH TERUK DALAM PRU13 AKAN DATANG ...AMIN.