Bai’ah bukti Umno sudah tak yakin ahli sendiri, kata pemimpin PAS
Pemimpin-pemimpin PAS menyifatkan Umno sudah tidak yakin dengan ahli-ahlinya sendiri apabila sanggup mengambil sumpah bai’ah yang menurut mereka bertujuan mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli-ahli sendiri.
Selain mereka juga mendakwa Umno kini meniru kaedah-kaedah digunakan PAS tetapi dikritik oleh parti teras Barisan Nasional (BN) itu masa-masa lalu.
Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan partinya mencipta sejarah dengan melafazkan ikrar yang merupakan beliau adalah satu bai’ah bagi memperkukuhkan kedudukannya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Saya fikir Umno sudah tidak percaya dengan ahli-ahlinya sendiri,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider.
“Oleh kerana mereka sudah hilang keyakinan ke atas ahli-ahli sendiri, maka mereka terpaksa meniru apa yang dilakukan oleh PAS,” kata beliau lagi.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, ahli-ahli PAS setia bukan hanya semata-mata kerana sumpah bai’ah, tetapi telah dilatih untuk memberi sokongan kepada perjuangan parti.
“Saya sendiri, selama 30 tahun bersama dengan PAS, bukan kerana bai’ah itu sendiri, tetapi kami setia kerana kerelaan dan keikhlasan kami kepada kepada parti.
“Sumpah bai’ah ini, ada atau tidak ada, jika seseorang nampak duit berjuta-juta di depan mata mereka, mereka tetap akan keluar ... tetapi yang penting keikhlasan kepada perjuangan parti,” kata beliau sambil menambah, dalam PAS pejuangan setiap ahli adalah antara tanggungjawab ketika berada di “dunia dan akhirat.”
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md. Taib pula berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai’ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut.
“Kalau ini (sumpah bai’ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya,” kata bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah ini.
Katanya, “usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan.”
“Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan PAS.
“Oleh itu, daripada dia meniru (PAS) baik dia menyertai PAS terus,” kata beliau dipetik Harakahdaily.
Ketika berbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno semalam, perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan diadakan sumpah bai’ah dengan merujuk kepada tindakan PAS dan dipersetujui para perwakilan yang lain.
Taib yang juga bekas imam besar Masjid Negara bagaimanapun berkata, sumpah bai’ah hanya terpakai untuk perkara bertujuan kebaikan dan kebenaran, bukan untuk tujuan kebatilan.
Tegas beliau, Umno sebagai parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar tidak wajar mengadakan sumpah bai’ah.
“Bai’ah boleh berlaku di atas sesuatu perkara untuk tujuan kebenaran... kalau bai’ah untuk tujuan kebatilan, bai’ah itu menjadi satu kemungkaran dan tidak termasuk dalam erti kata bai’ah yang sebenar.
“Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai’ah itu tidak ada gunanya. Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini,” katanya.
Tambahnya, tindakan Umno itu juga menunjukkan parti itu sudah berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan apa sahaja cara untuk dijadikan ‘tongkat’ bagi meneruskan pemerintahannya. -TMI
Ulasan GB
Begitu parah krisis yang melanda UMNO. Tidak yakin dengan ahlinya sendiri sehingga perlu bersumpah baiah malah Mukhriz mencadangkan dilakukan AKUJANJI.
Di Perak contohnya, baru sahaja balik dari nPWTC dan baru saja berikrar taat setia, sudah ada gelombang untuk menukarkan Menteri Besar Perak. Diberitakan empat orang calon berentap untuk menjadi MB Perak.
Sebelum ini GB sudah mengulas. Petikan:

Mukhriz Cadang Semua Wakil Rakyat Umno Tandatangan Surat Akujanji
KODIANG: Timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno dalam sebarang keadaan.
Katanya cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 di Kuala Lumpur, Sabtu.
"Dengan cara ini mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin.
"Saya harap setiap orang (pemimpin dan wakil rakyat Umno) menandatangani akujanji bagi membuktikan mereka mengutamakan kepentingan parti, menyokong, bekerjasama dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)di Padang Sera, di sini, Ahad.
Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai ikrar taat setia perwakilan di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.
Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Mengenai pemilihan calon muda pada pilihan raya umum nanti, Mukhriz berkata aspek penting calon yang hendak diketengahkan diterima rakyat termasuk golongan profesional muda.
Katanya jika ada 'orang lama' yang disenangi golongan muda, aspek berkenaan juga perlu diberi pertimbangan.
"Dalam menonjolkan golongan profesional muda berpendidikan tinggi, mereka harus bersedia dan bersemangat untuk berkhidmat dan pandai bergaul dengan rakyat," kata Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabansga dan Industri. - BERNAMA
Ulasan GB
Begitu parah krisis yang melanda UMNO. Tidak yakin dengan ahlinya sendiri sehingga perlu bersumpah baiah malah Mukhriz mencadangkan dilakukan AKUJANJI.
Di Perak contohnya, baru sahaja balik dari nPWTC dan baru saja berikrar taat setia, sudah ada gelombang untuk menukarkan Menteri Besar Perak. Diberitakan empat orang calon berentap untuk menjadi MB Perak.
Sebelum ini GB sudah mengulas. Petikan:
Tiada ulasan lain yang dapat diberikan apabila pertama kali di dalam sejarah, UMNO terpaksa melakukan ikrar taat setia disamping menyelitkan sumpah baiah - memberikan satu petanda dan petunjuk bahawa: sungguh benar UMNO kini berada di ambang kehancuran.
Setelah satu demi satu pekung terdedah, UMNO masih dengan sindrom penafiannya disamping cuba menyalahkan pihak lain khusus Pakatan Rakyat tetapi tidak dan enggan memperbaiki kelemahan mereka. Justeru ikrar taat setia dan sumpah baiah itu dengan sendirinya senjata yang bakal memakan tuan.
6 ulasan:
paku dulang paku serpih...ngata org PAS yg lebih dahulu buat sumpah Bai'ah...
Salam. Kita rasa apa yg kita buat adalah terbaik. Tetiba ada orang yg ikut apa yg kita buat.. Jadi kita rasa ianya baik.
Sebenarnya belum tetentu kerana yg baik adalah ianya menjurus kepada Allah dan Rasul. Kalau kita banyakkan komen tentang cara kita dan mereka .. mungkin kita akan melekakan pembaca. Jadi ubah pendekatan dengan banyakkan menulis akhlak yg baik dari rasullulah atau pengajaran dan motivasi yg lebih berfaedah.
Ini akan mengurangkan cetusan kata-kata kesat, maki hamun dan celaan kerana kita telah menyakiti sebahagian dari masyarakat kita. SAMA SEPERTI ORANG LAIN.
KITA AKAN DIKURNIAKAN APA YG KITA NIATKAN ..
Ibarat lanun sesama lanun. Ada yang betul-betul melanun. Ada yang berpenampilan lebai, alim dan warak. Hakikatnya sama-sama merebut 'peti emas' yang dalam penguasaan mereka itu.
Mutakhir mereka dah mula 'perasan' macam sama dengan khalifah ar-rasyidin dan para sahabat Nabi saw. Lebih malang mereka terperasan perjuangan sama macam Nabi hingga tak segan dan malu mengambil contoh sirah perjuangan para sahabat. Berapa ramai ahli kamu yang tak solat sewaktu perhimpunan ari tuh.
Bagai mana pula 'kehambaan dan matlamat perjuangan para sahabat Nabi yang ko rang sebut nama mereka tuh...? REDA-kah mereka keatas kamu apabila golongan macam kamu cuba menggandingkan perjuangan dan peribadi dengan mereka...?
Hakikatnya negara yang mereka tadbir hari ke hari semakin 'senak perut' dengan berbagai masalah.
Yang dah sedar tak berani istihar keluar tapi diam-diam memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat demi agama, bangsa dan negara. Alhamdulillah dan terima kasih. HAKIKATNYA rakyat terus memandang hina kepada UMNO dan BN.
Selamat meroyanlah kamu wahai UMNO yang nyanyok dimakan usia. Menunggu masa untuk dirihatkan pada PRU-13 nanti.
setahu saya 70% ahli umno tak sokong umno...
Perhimpunan yang hambar dan diakhiri dengan sumpah sumpit garam belacan.
Tak ada apa2 isu pun tentang perkara ini. Mmg setiap kali Perhimpunan Agong UMNO,Bai'ah nie dibuat. Dah jadi agenda utama mereka. Org yg xtahu sejarah je pandai2 buat spekulasi & provokasi.. TQ
Catat Ulasan