10 Dis 2011

Ketua Pendakwa Raya Kes Liwat II Letak Jawatan Kerana Misi Telah Disempurnakan?

Ketua Pendakwa Raya Fitnah II Letak Jawatan

Kuala Lumpur: Isnin dan Selasa depan – tarikh yang ditetapkan untuk mendengar hujah perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim – dijangka merupakan penampilan terakhir Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

Difahamkan, Yusof, 56, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima. Sumber-sumber memberitahu yang Jabatan Perkhidmatan Awam telah dimaklumkan mengenainya, lapor Malaysiakini.

Yusof adalah orang yang ketiga paling kanan di Pejabat Peguam Negara selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguamcara Datuk Idrus Harun. Hari terakhir beliau bertugas dijangka sama ada pada 1 Januari atau 1 Februari depan.

Walaupun tarikh 1 Januari atau 1 Februari disebut sebagai hari terakhirnys, tetapi sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mempunyai banyak cuti tertunggak dan beliau hanya datang ke pejabat sekali-sekala.

“Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan,” tambah sumber tersebut.

“Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau,” kata sumberitu kepada Malaysiakini.

Difahamkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut.

Ulasan GB

Keputusan dan misi untuk untuk penjarakan Anwar dengan kes liwat sudah siap sehingga membuatkan Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara mengemukakan surat perletakan jawatannya? - sekurang-kurangnya itu persoalan dan persepsi dari rakyat.

Kita sama-sama tunggu keputusannya nanti

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak dilihat kebenaran lihatlah pd wajah samada berseri atau muram durja. Berseri menandakan kepuasan kerana mengandungi kebenaran. Muram bererti menyimpan khazanah kekesalan tak terhingga. Perjuangan yang sia-sia. Hasilnya untuk dibawa ke mana? Bukankah ke alam akhirat jua ? Semua akan dinilai berdasr asset yang dibawa bernilai akhirat atau dunia semata-mata. Andaikata bernilai akhirat, beruntung besarlah selama masa peluang yang diberi untuk hidup di dunia yang fanak ini. Walau bagaimana besar DOSA sesaorang akan mendapat pengampunan dari ALLAH taala andaikata bertaubat NASUHA sebelum NYAWA di kerongkongan . TEBUSLAH KESALAHAN lalu dengan membuat pendedahan sebenar agar tidak terbawa-bawa kesannya ke akhirat. Mudah-mudahan ALLAH memberi HIDAYAH serta pilihan tepat sebelum tiba saat yang pasti .

Gaya Pesona ❤ berkata...

Apa yang membuat musykil sebilangan rakyat Malaysia mengenai kes liwat II ini ialah Anwar seolah-olah berhadapan dengan kuasa kerajaan di bawah pimpinan PM Najib Razak, dan bukan berlawan dengan Saiful Bukhari. Jika pihak kerajaan berkata bahawa mereka mahu memastikan keadilan untuk mangsa (Saiful Bukhari), tetapi apakah sudah adil jika si tertuduh juga dilihat seperti dinapikan haknya untuk akses kepada keadilan...?

Tanpa Nama berkata...

kalau dikatakan memberi keadilan kepada sepol kenapa tidak memberi kepada ramai lagi mereka yg mungkin senasib sepol?

Tanpa Nama berkata...

dia akan masuk mahkamah tuhan kalau baik alhamdullilah kalau tak baik mungkin bantuan najib sangat2 di perlukan untuk menolong beliau....