13 Dis 2011

Kereta Terjun Kolam, Wanita Maut Terbelit Tali Pinggang Keledar

Terkulai dibelit tali keledar

KUALA PILAH: “Sebaik terjun dan menyelam ke dasar kolam, saya melihat seorang wanita terkulai di tempat duduk penumpang belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan badan terbelit tali pinggang keledar,” kata seorang saksi kemalangan maut di Kilometer 24, Jalan Seremban-Kuala Pilah di Kampung Gedang, di sini, semalam.

Saksi berkenaan, Mikail Malik, 15, berkata dia dan rakannya, Mohd Izzat Mohd Nizar, 16, yang berada di tempat kejadian terjun ke dalam kolam memancing itu bagi menyelamatkan mangsa sejurus kemalangan.

MIKAIL...cuba bantu keluarkan mangsa. Gambar kecil, Suzimah.

“Ketika kejadian, saya bersama Izzat dalam perjalanan ke Ampangan, Seremban, sebelum ternampak sebuah kereta menjunam laju ke dalam kolam berkenaan. “Saya cuba membantu mengeluarkan mangsa, namun gagal kerana badan wanita itu tersekat pada tali pinggang keledar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Suzimah Shuhaimi, 28, dari Batu Caves, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas selepas badannya terbelit tali pinggang keledar.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menghala Seremban cuba memotong treler di depannya, namun gagal selepas tiba-tiba sebuah bas henti-henti berada di laluan bertentangan.

Suzimah cuba masuk semula ke laluannya, namun kenderaannya bergesel dengan treler yang cuba dipotong menyebabkan keretanya terbalik beberapa kali sebelum terjunam dalam kolam berkenaan yang terletak di kiri jalan.

Menurut Mikail, dia meminta bantuan pemandu lori yang melalui kawasan itu untuk menarik kereta berkenaan, namun gagal kerana kereta itu terbenam dalam lumpur.

“Saya terkilan kerana lambat terjun dalam kolam itu untuk menyelamatkannya, jika tidak mungkin wanita itu masih hidup,” katanya. -hm

ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Kuala Pilah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan kes di atas, timbul persoalan, adakah tali pinggang keselamatan untuk penumpang sebelah belakang benar-benar selamat. belumpun dikuat kuasakan ia sudah pun menjadi punca kematian..
Oleh itu kepada pihak berkuasa..., pertimbangkan semula penguatkuasaan peraturan tersebut

linda berkata...

ini bukan persoalan tali pinggang tu yang tak selamat.. persoalan betul ker cara pengunaannyer dan/atau impak semasa kejadian. Macam pakai helmet - kalau takat letak jer atas kepala - tak selamat jugak. Kalau pakai dengan betul tapi kena impak yang kuat, boleh jugak menyebabkan sesuatu alat keselamatan tu jadi tak selamat but that shud not be the reason not to enforce it.
Another example - car air bag. it is only safe with use of seat belt, otherwise it is equally lethal. Worse it could be the reason of a death in a car accident instead of the accident itself.

Istiqomah berkata...

Jalan Kuala Pilah bila-bila pun jam.Kereta banyak dan peniaga buah-buahan ditepi jalan banyak. Kereta menjadi perlahan kerana nak meninjau-ninjau apa yang perlu dibeli.

Kerajaan Negeri Sembilan kena usahakan peniaga ni dikumpulkan pada kawasan-kawasan tertentu untuk mengelak kesesakan lalulintas. Jalan hendaklah dilebarkan atau buat jalan baru.

quz quz berkata...

Linda kes mcm ni bukan baru belaku bnyk kali dah belaku... X ada report.. Bnyk kes bila kemalangan penumpang panic mula la x tahu buka talipinggang tu.. Sepnjang pegalaman aku jd pnyelamat memg maut la jawabnya penumpang blakang tu..