Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.
Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.
Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.
Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.
Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.
"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu. -mk
Ulasan GB
Mana menteri Wilayah Persekutuan yang hanya sibuk hendak merampas tanah di Kg.Baru sehingga tidak perasan kawasan ibukota mudah dilanda banjir kilat?
Mana wartawan arus perdana yang baru-baru ini sibuk menuduh kononnya berlaku pencurian pasir apabila berlaku banjir di Kajang baru-baru ini semata-mata untuk memburukkan imej Kerajaan Selangor? Ada orang curi pasirkah di tengah-tengah Jalan Tun Abdul Razak?
Foto Bernama:

7 ulasan:
Kemana Menteri WP? Jawabnya: Sibuk cari cukon nak gadaikan tanah Melayu Kampong Baru.
Menteri WP.... hampeh...
Dia tak terlibat dengan banjir tu, sebagaimana Sharizat dengan lembu2nya
Allah nak beri rasa semua org akan banjir ni.. mudah2an insaf
Apa sudah jadi dengan terowong SMART ? Habis berbilion tetapi banjir tetap juga melanda KL
Mana Menteri WP.. Apa lagi.. tidor la.. hujan2 ni syok tidor ooo...
Banjir diWP bukan tanggung-jawab Menteri WP sebab dia bukan wakil rakyat,dia tidak mewakili mana-mana kawasan pilihanraya diWP.Dia tidak dipilih oleh rakyat jadi Menteri.Apa dia peduli?
Catat Ulasan