8 Nov 2011

Selepas Lembu & Kambing, Rakyat Pula Disembelih - Tarif Elektrik Bakal Naik Lagi?

TNB hadapi masalah aliran tunai, tarif naik lagi?

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.

Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.

Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.

Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.

Sementara itu, Petronas berkata bahawa sehingga Ogos tahun ini, ia telah membayar RM143.4bil bagi perbezaan harga. Daripada jumlah itu, RM103.2bil dibayar bagi membekalkan gas kepada sektor kuasa itu.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik.

Kali terakhir, krajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik ialah pada 1 Jun lalu dengan purata 7.12 peratus. Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Bayar RM400 juta sebulan

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin juga pada Mei tahun ini pernah berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

Ini bermakna tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

The Star juga melaporkan agensi penyelidikan seperti Maybank Investment Bank (IB) Research menjangkakan aliran tunai TNB akan kehabisan pada suku ketiga atau keempat tahun kewangannya.

TNB dikatakan membayar RM400 juta sebulan bagi perbezaan harga antara menggunakan sulingan petroleum dan gas sebagai bahan api.

Pada Oktober lalu, TNB mengumumkan syarikat itu mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.

Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi. -mk



10 ulasan:

dzuandiey berkata...

tiap2 tahun rakyat kena sembelih...haishh...

http://dzuandiey.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Bil akan naik lagi dengan alasan untuk menampung kos

Amuraria berkata...

YEY BA ! TAHNIAH KERAJAAN SEKUTU APCO UMPORNO-BN PEMBELA RAKYAT ! PADAN MUKA PADA YANG MELANTIK BARUA-BARUA PENYAMUN MEMERINTAH NEGARA ,KESIAN KITA YANG ANTI PARTI SEKUTU JAHILIAH PUN KENA SAMA WAKAKAKA !

Tanpa Nama berkata...

Memang Malaysia diperintah PEROMPAK BERLESEN

Tanpa Nama berkata...

dengan meter digital pun bil dh jadi melambung...

Tanpa Nama berkata...

Please check the setting of your electric meter.

Recently I found out that eventhough I switched on only two flourescenct light each 40 watt for two hours, the meter reading changed by 2.4 units ( i.e 2400 watt/hour). Mathematically speaking, it should changed only 0.16 unit. This means that TNB have been cheating me all the while by manipulating the meter. I suppose I might not be the only one got cheated.
Plaease be aware!

Tanpa Nama berkata...

"Kere"jaan naik minyak, eletrik n sbagainya atas alasan rugi tgung kos... Tp rakyat pniaga2 dilarang plak naikkan hrga mkanan bila kos2 dah mngkat... Dia rugi xbleh, rkyat rugi bleh....
Bongokye nye org umno kerana trus mnyokong umno...

Tanpa Nama berkata...

Undilah ummo demi masa depan kerabatnya

Tanpa Nama berkata...

Jom pakat undi BN, hanya BN yg mampu perintah malaysia, org lain bodoh blaka, biar kita kaut semua. Mn lg sumber negara- mai sini kita bantai. Jgn risau rakyat tetap sokong kita - dia org bukannya reti pasal ekonomidan kekayaan negara.

Tanpa Nama berkata...

Ikan dan sayur-sayuran harga melambung tinggi sebab banjir diThailand,beras pun akan naik harga sebab banjir diThailand,Kampucia dan Vietnam.Gula dah pun naik harganya sebab Fiji dilanda taufan,minyak petrol akan naik lagi sebab konflik politik diLibya dan Syria.Tarif air akan naik sebab kena bayar gaji Tuan Besar Syabas hampir 1/4 juta setahun.Dan tarif letrik akan naik sebab menampung subsidi kepada IPP.Jelas Bujet yang baru diumumkan adalah wayang UMNO/BN semata-mata.Teruskan mengundi UMNO/BN untuk hidup melarat.