8 Nov 2011

Tiada Lagi Ruang Bersuara Dalam UMNO - Ku Li

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Bercakap pada sidang media mereka hari ini Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu berkata, beliau tiada ruang untuk menyuarakan pendapat bagi pihak rakyat, berbeza dengan Umno ketika dipimpin oleh tiga presiden terawal dahulu.

"Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan.

"Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," tambahnya lagi.

Turut serta pada sidang media itu dua timbalannya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, ruang tersebut ditutup kerana Umno sekarang ini hanya bergantung kepada satu idea sahaja.

Katanya, sama juga dalam perhimpunan agung Umno, di mana sesiapa ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk perkara yang hendak dibangkitkan, perlu diluluskan terlebih dahulu.

Sambil menyokong pendapat itu Abdul Kadir pula berkata, zaman dahulu sampai ketika Tun Hussin Onn pun, semua orang bebas untuk bercakap namun sekarang tidak lagi.

"Nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah.

"(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa.

Amanah dilancarkan Julai lalu dan sudah dilulus Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu.

Tambah Tengku Razaleigh juga, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil. -HD




Amanah sokong p'raya selepas tugas PSC selesai


NGO yang baru didaftarkan, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, hari ini menyokong tuntutan bagi mendesak kerajaan supaya tidak membubarkan Dewan Rakyat selagi cadangan oleh Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen PSC) belum dilaksanakan.

Amanah diterajui oleh pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan dianggota boleh beberapa beks pemimpin utama BN yang lain.

Pada sidang akhbar hari ini, Tengku Razaleigh, yang mengakui bahawa beliau dan pemimpin Amanah memang dipinggirkan oleh parti-parti masing-masing dan oleh itu perlu terus untuk menyuarakan pendapat mereka di atas platform NGO baru itu.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk membentuk PSC yang bertujuan membuat cadangan berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dan berharap pindaan undang-undang yang disyorkan jawatankuasa itu akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Kami berpendapat pilihan raya itu harus diadakan selepas jawatankuasa berkenaan selesai menjalankan kerja-kerja dan syor-syornya dilaksanakan. Jika tidak, tidak ada makna dalam penubuhan jawatankuasa ini," kata bekas menteri pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, yang merupakan seorang daripada enam timbalan presiden Amanah.

"Jika mereka adakan pilihan raya sebelum kerja-kerja PSC selesai, ia nampaknya seperti main-main dan berdrama, ini adalah tidak baik," katanya, sambil menambah perkara itu adalah pendirian dicapai oleh majlis pusat tertinggil Amanah yang bermesyuarat, hari ini. -mk





3 ulasan:

Amuraria berkata...

HERO KOLLYWOOD PUN ADA KAHKAHKAH !

Tanpa Nama berkata...

Wahai Pakatan Rakyat, jgn mudah terpedaya, dekat pilihanraya ni mcm2 timbul, mungkin dia org nak korek strategi PR

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Ampu sana.. ampu sini.. bodek membodek, puji-memuji pemimpin dengan kata2 lunak baru boleh jadi pemimpin UMNO. Itu adalah lumrah dan budaya politik UMNO.

Jika bercakap atau sekali pun teguran itu membina tapi bertentangan dengan kehendak pemimpin, mereka dianggap musuh. Hendak jadi pemimpin atau ketua mana2 bahagian sudah pasti kena jadi kaki bodek dan ampu. Paling utama 'yes men'. Jika pemimpin mereka kata kentut itu 'WANGI' nescaya semuanya bertepuk tangan dan akan menganggup-anggup. Jadilah UMNO parti 'yes men' kini dan selamanya.

Pemimpin yang berintergriti dan berwawasan semuanya diketepikan. Hanya yang tinggal pemimpin yang berjuang untuk kepentingan periuk nasi dan 'yes men'.

Semoga UMNO terus terkubur....