Kota Bharu – Kerajaan Negeri Kelantan menganggap perjuangan mendapatkan royalti minyak akan membuahkan kejayaan dalam tempoh paling lama enam tahun lagi apabila Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, itulah harapan seluruh rakyat Kelantan selain berusaha mendapatkan hak itu menerusi kuasa politik apabila berjaya menawan Putrajaya.
Katanya, Sultan Muhammad V yang baru dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjadi sandaran rakyat untuk mendapatkan hak royalti selepas baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong, 2016 nanti.
“Kita yakin Baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan kerana umum mengetahui Kelantan berhak mendapat royalti tersebut,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Sukarelawan Green V di Gelanggang Seni di sini, semalam.
Turut hadir, Presiden Green V, Mohd Adilan Mohd Yusof dan timbalannya, Norsham Sulaiman.
Husam berkata, dua pelantar minyak dan gas iaitu Suria dan Bumi berada betul-betul di perairan Kelantan, tidak bertindih dengan mana-mana negara dan negeri mengumpul royalti lima peratus berjumlah RM650 juta.
“Itu belum dikira pelantar minyak lain dan wang royalti itu bukan untuk saya tapi untuk rakyat Kelantan. Saya akan terus memperjuangkannya biarpun suatu masa nanti saya tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan.
“Seandainya kita mendapat hak ini sejak dari pengeluaran hasil pada 1 Januari 2005, pelajar kita tidak lagi dibebankan dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana Kerajaan Negeri Kelantan sudah semestinya bersedia menaja sepenuhnya secara percuma kemasukan pelajar ke universiti,” katanya.
Beliau menyelar pimpinan Umno yang menuduhnya memainkan isu royalti minyak untuk mencari publisiti semata-mata.
“Mereka yang menyokong Umno sepatutnya menghormati apa yang dipaparkan secara lisan bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdul Razak dalam Parlimen pada 1975.
“Tun Abdul Razak ketika itu menjelaskan bahawa tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri yang dijual Petronas, agensi atau kontraktornya,” katanya. -mk
Ulasan GB
UMNO BN tidak boleh menongkat langit dan tidak boleh berkuasa selama-lamanya. Fitrah setiap yang baru akan musnah dan berakhir, setiap yang zalim akan menerima balasan.
Doa mereka yang tertindas, yang tertekan akan tetap terangkat ke langit. Pertolongan Allah PASTI tiba.
Hal ini pernah GB ulas sebelum ini di SINI. Petikan:
Sebagai ingat memperingatkan sesama kita marilah kita yakin dengan janji Allah. FirmanNya:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada besertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. Al-Baqarah:214
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, itulah harapan seluruh rakyat Kelantan selain berusaha mendapatkan hak itu menerusi kuasa politik apabila berjaya menawan Putrajaya.
Katanya, Sultan Muhammad V yang baru dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjadi sandaran rakyat untuk mendapatkan hak royalti selepas baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong, 2016 nanti.
“Kita yakin Baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan kerana umum mengetahui Kelantan berhak mendapat royalti tersebut,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Sukarelawan Green V di Gelanggang Seni di sini, semalam.
Turut hadir, Presiden Green V, Mohd Adilan Mohd Yusof dan timbalannya, Norsham Sulaiman.
Husam berkata, dua pelantar minyak dan gas iaitu Suria dan Bumi berada betul-betul di perairan Kelantan, tidak bertindih dengan mana-mana negara dan negeri mengumpul royalti lima peratus berjumlah RM650 juta.
“Itu belum dikira pelantar minyak lain dan wang royalti itu bukan untuk saya tapi untuk rakyat Kelantan. Saya akan terus memperjuangkannya biarpun suatu masa nanti saya tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan.
“Seandainya kita mendapat hak ini sejak dari pengeluaran hasil pada 1 Januari 2005, pelajar kita tidak lagi dibebankan dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana Kerajaan Negeri Kelantan sudah semestinya bersedia menaja sepenuhnya secara percuma kemasukan pelajar ke universiti,” katanya.
Beliau menyelar pimpinan Umno yang menuduhnya memainkan isu royalti minyak untuk mencari publisiti semata-mata.
“Mereka yang menyokong Umno sepatutnya menghormati apa yang dipaparkan secara lisan bekas Perdana Menteri (PM), Tun Abdul Razak dalam Parlimen pada 1975.
“Tun Abdul Razak ketika itu menjelaskan bahawa tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri yang dijual Petronas, agensi atau kontraktornya,” katanya. -mk
Ulasan GB
UMNO BN tidak boleh menongkat langit dan tidak boleh berkuasa selama-lamanya. Fitrah setiap yang baru akan musnah dan berakhir, setiap yang zalim akan menerima balasan.
Doa mereka yang tertindas, yang tertekan akan tetap terangkat ke langit. Pertolongan Allah PASTI tiba.
Hal ini pernah GB ulas sebelum ini di SINI. Petikan:
Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat Kelantan dengan merompak hasil royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan.
Di dalam keadaan apa sekalipun, kerajaan UMNO BN tidak sewajarnya menganak-tirikan kerajaan negeri yan diperintah oleh Pakatan Rakyat, di dalam konteks Kelantan, diperintah oleh PAS.
Hukum kebenaran akan mengambil tempatnya bahawa yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan.
Pemerhatian GB: Dan Allah itu Maha Adil. Apabila orang yang dizalimi itu bersabar, Allah akan mengangkat darjatnya. Dan apabila UMNO BN tumbang, anak Kelantan jugalah yang berkemungkinan bakal menjadi orang penting di dalam kerajaan baru di Putrajaya untuk membetulkan semula semua kepincangan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN.
Sebagai ingat memperingatkan sesama kita marilah kita yakin dengan janji Allah. FirmanNya:
2 ulasan:
Husam Musa lupa agaknya DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tu adalah "Raja Berperlembagaan" - tak ada kuasa mutlak.Semua tindakan mesti rujuk kepada PM dan Kabinet.Kalau nak harapkan "bantuan" Agong,kepunanlah Kelantan.
xpe...pekanan PM pun xpe.cause masa tu PM nye PR....
Catat Ulasan