9 Nov 2011

CCTV Rakam "Lembaga Hitam" Bercumbu Dengan Anak Gadisnya

Bongkar misteri ‘lembaga hitam’

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak ‘lembaga hitam’ yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat ‘lembaga hitam’ di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.

Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat ‘lembaga hitam’ itu melintas di tingkap rumahnya. -HM

6 ulasan:

Raidenovich berkata...

berani betul bebudak sekarang ni.

Tanpa Nama berkata...

jgn marahkan jin saja...

alKhattab Batik - Classic Elegant Unique berkata...

astaghfirullah..ape nk jd la ngn remaja skang..

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan remaja tu,yang beri idea ni adalah stasion-stasion TV yang begitu banyak menayangkan drama-drama dan filem-filem seram.Inilah akibatnya.

Tanpa Nama berkata...

siapa nak d salahkan adakah ibubapa? fikir2lah sendiri

Tanpa Nama berkata...

jgn cari kesalahan je sedangkan takde sumbangan dalam cr penyelesaian..kutuk2 sini pun tak guna kalau kat rumah tak ada kawalan TV, internet dgn anak2, kalau tak ada kawalan kendiri dlm bergaul