Shahrizat: Keluarga saya berhak dapat projek lembu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.
"Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya.
"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.
"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pameran Raja'ah oleh artis seni visual veteran, Dr Sulaiman Esa di Balai Seni Visual Negara di ibu negara petang ini.
Shahrizat berkata keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang.
Sebaliknya, kata beliau, keluarganya berhak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat.
"...menteri dah jawab, dan saya gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu. Saya dah lama dalam politik," tambahnya.
"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.
Dalam pada itu, Sharizat turut mengambil peluang untuk menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengaitkan keluarganya dengan projek berkenaan.
"Agenda politik mereka begitu jelas. Mereka terumbang-ambing, macam ketua Wanita PKR tu. Saya malulah dia seorang wanita Malaysia macam tu," katanya sinis. -mk
Ulasan GB
Kes ini melibatkan wang rakyat yang beratus juta nilainya. Siasatan ke akar umbi perlu dilakukan.
Penyelewengan dan salahlaku seperti yang didedahkan oleh Jabatan Audit egara adalah jelas.
Alasan Shahrizat bahawa keluarganya berhak mendapat projek lembu berkenaan kerana mereka telah bekerja kuat adalah teramat lucu dan dilihat cuba "melembukan" orangramai.
Hubungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Md. Noh Omar dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu juga disiasat kerana Noh Omar terlalu kuat membela pemberian projek itu kepada Shahrizat. Dan Shahrizat pula cukup bergantung kuat kepada jawapan menteri berkenaan untuk menjustifikasikan keluarga beliau diberikan projek berkenaan.
Najib sepastinya akan menolak Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan kerana beliau juga telah terlibat awal-awal membela pemberian projek itu kepada Shahrizat.
Tiada pilihan lain, Pakatan Rakyat perlu menang di dalam PRU13 ini bagi mempastikan kesemua penyelewengan dan salahlaku ini terbongkar.
Yang bersalah, seperti yang GB katakan sebelum ini, mengikut hukum kebenaran dan keadilan, perlu dihambat masuk ke penjara. Itu kandang yang sesuai bagi mereka kerana mengkhianati wang rakyat dengan jumlah yang begitu besar.

Menteri mesti jawab segera penyelewengan NFC
KUALA LUMPUR, 9 Nov: PKR menasihatkan menteri dan wakil rakyat BN segera menjawab dakwaan mengenai penyelewengan dana rakyat melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi mereka mengelak daripada menjawab dakwaan ini, rakyat akan terus mempersoalkan penyelewengan yang terbukti melalui pemindahan dana berjumlah RM83 juta ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain itu, penyelewengan juga terbukti melalui perbelanjaan luar negara dan keraian melampau sehingga mencecah RM828,000 setahun dan pemberian subsidi sebanyak RM3 juta menggunakan wang rakyat kepada restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat.
"Ketiga-tiga perkara ini masih belum dijawab menteri dan wakil BN. Semakin lama mereka mengelak, semakin rakyat yakin bahawa BN cuba melindungi penyelewengan dalam NFC," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut mengenai NFC, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin mempertahankan hanya RM181 juta daripada RM250 juta pinjaman disalurkan kepada NFC adalah satu pembohongan.
"Dalam kes pinjaman RM250 juta yang diambil NFC, PKR telah membuktikan bahawa wang-wang pinjaman sebanyak RM130 juta iaitu bayaran pertama dan RM120 juta iatu bayaran kedua telah masuk ke akaun milik NFC.
"Bukti jelas menunjukkan keseluruhan RM250 juta disalurkan kepada NFC berdasarkan rekod penyata bank, bukannya diletakkan dalam escrow account seperti yang dinyatakan BN," jelasnya.
Tambahnya, akaun-akaun NFC di Maybank dan Public bank bukan atas nama pihak ketiga seperti konsep berbentuk amanah (escrow account) tapi atas nama NFC.
Penjelasan Noh bahawa wang selebihnya masih berada dalam escrow account yang dikawal kementeriannya juga tidak boleh diterima kerana daripada rekod kewangan NFC, pelbagai perbelanjaan melampau dan pindahan wang dibuat sepanjang tahun 2008 dan 2009.
Selain itu, Saifuddin turut mempersoal cara perbelanjaan melampau yang dilakukan NFC sehingga aset bersihnya berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009 jika Noh mendakwa hanya RM181 juta yang disalurkan.
"Ini adalah kepincangan-kepincangan alasan yang diberikan oleh BN setakat ini yang cuba mengaburi mata rakyat," katanya. -HD
Ulasan GB
Kes ini melibatkan wang rakyat yang beratus juta nilainya. Siasatan ke akar umbi perlu dilakukan.
Penyelewengan dan salahlaku seperti yang didedahkan oleh Jabatan Audit egara adalah jelas.
Alasan Shahrizat bahawa keluarganya berhak mendapat projek lembu berkenaan kerana mereka telah bekerja kuat adalah teramat lucu dan dilihat cuba "melembukan" orangramai.
Hubungan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Md. Noh Omar dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu juga disiasat kerana Noh Omar terlalu kuat membela pemberian projek itu kepada Shahrizat. Dan Shahrizat pula cukup bergantung kuat kepada jawapan menteri berkenaan untuk menjustifikasikan keluarga beliau diberikan projek berkenaan.
"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.
"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata,"
Najib sepastinya akan menolak Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan kerana beliau juga telah terlibat awal-awal membela pemberian projek itu kepada Shahrizat.
Tiada pilihan lain, Pakatan Rakyat perlu menang di dalam PRU13 ini bagi mempastikan kesemua penyelewengan dan salahlaku ini terbongkar.
Yang bersalah, seperti yang GB katakan sebelum ini, mengikut hukum kebenaran dan keadilan, perlu dihambat masuk ke penjara. Itu kandang yang sesuai bagi mereka kerana mengkhianati wang rakyat dengan jumlah yang begitu besar.
11 ulasan:
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menteri LOMBU...MMooooooo...
Ini satu contoh kegagalan Najib melantik muka2 orang yang kalah semasa PRU12 menjadi menteri. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tersohor dengan berbagai penyelewengan dan penggunaan dana yang diperuntukan untuk program baik di dalam atau di luar negara yang tidak mendatangkan faedah. Tidak kurang orang2 berkepentingan dan kawan-kawannya menghurungi untuk mendapat habuan masing2. Sharizat lebih selesa merasmikan gedung2 menjual permata daripada menunjukkan keperihatinan dan tanggungjawap terhadap tugasnya.
penyangak dengan penyamun kan sama,u help me ,i help u....insyakALLAH jika menang pr pada pru13 nanti,kita buka kes ini...lepas tu mari kita lihat sapa yang kena!!!!
dah bagi duit tak dapat barang, bising la orang....bongok punya menteri...patut la asyik perabih duit ja...aku tak halalkan dunia akhirat
Emak Lembu,Bapak Lembu,Anak Lembu..semua binatang ,mana tau halal haram...sebat je la ..
50-50.. celaka punya menteri..
Apa lagi,kamu garu belakang aku,aku garu belakang kamulah.Penyamun bela penyamun,disiasat oleh penyangak dan dibawa kemakamah beruk.
Pasti Menteri Makan Durian ni ada habuan juga
Ini SHAHRIZAT ahh...wa sudah tau punya...!!! Dulu masa dia di unibersiti obersee lagi,memang GANGSTER punye cewek (masa tu lah tahun 70an).Sekalang dia jadi Gangster Official (dlm Kerajaan BNUMNO).Dirumah ah,dia Bini Gangster oh...! Pasal sudah lama dalam politik kotor mah! Lagi ah lu tengok dia punya mata oh..! selupa itu BETTLE JUICE punya character,oh,manyak SAMSENG punya rupa..!! SEKALANG ah..dia mau kau kita jadi Boloh macam LUMBU kah??
Mintak SPRM kasi siasat kuat, sampai jel masuk oh...KALO AH abis oh 1-MALAYSIA kena TIPU dan kena JUAL olih ini penyangak2 dan perampok BNUMNO....oo..TAKOOOT....
UMNO + MCA+MIC+ BN KOMPO = KORUPSI.
PRU 13,all of them MATI!),
RAKYAT rakyat JGN KASI pd BN UNDI,
BAGI PAKATAN MENANG satu KALI,
Then NO KORUPSI,We Will SEE....
HEHEHEEEEEE.....
inilah bukti yang menandakan para pemimpin yang ti dak mempedulikan rakyat...jawapan yang diberikan pun jawapan yang tidak masuk akal, kalau saya...saya malu dengan jawapan yang diberikan..dah lah kementerian yang berada dibawahnya tidak mendatangkan faedah...tidak pernah menyelesaikan masalah masyarakat hanya pandai beri alasan dan komen sahaja...adoiiiii macam manalah rakyat malaysia boleh dapat pemimpin macam ni...
Catat Ulasan