27 Nov 2011

Penipuan SPR-BN Didedahkan, Kawasan BN Dikecilkan Untuk Tambah Bilangan MP BN

Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya

Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.

Graf itu, kata Ng di sesi pendengaran di Kota Kinabalu semalam, digariskan mengikut jumlah pengundi kawasan pilihan raya bagi pilihan raya umum 2008.

"Semua di sebelah kiri (biru) dimenangi oleh BN, di sebelah kanan (merah) dimenangi oleh pembangkang. Kawasan pilihan raya BN sangat kecil dan kawasan pembangkang sangat besar. Jadi, apa yang berlaku di sini?"

Beliau mendakwa, ia bukan secara kebetulan yang semua orang di kawasan yang besar suka pembangkang dan semua orang di kawasan pilihan raya kecil suka BN.

Sebaliknya, Ang mendakwa kawasan BN dipecahkan menjadi kawasan yang lebih kecil untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka.

Menurutnya, kawasan pilihan raya yang paling kecil - Putrajaya yang diwakili BN - hanya mempunyai 6,008 pengundi - tetapi kerusi Kapar - yang dimenangi pembangkang - mempunyai 112,224 pengundi, iatu 17 kali lebih daripada Putrajaya.

"Jika kita pecahkan Kapar kepada saiz Putrajaya, anda akan mempunyai 17 ahli parlimen dari Kapar dan bukannya seorang sahaja."

Jika semua kerusi sama saiznya, kata Ng, pilihan raya umum lepas akan menyaksikan keputusan di mana BN dan Pakatan Rakyat hanya akan mempunyai perbezaan tujuh kerusi di Parlimen dan bukannya 140 dan 82 seperti dalam keputusan sebenarnya.

Beliau juga menganggarkan jika sesebuah parti bergantung kepada semua kerusi kecil untuk memegang kuasa, maka ia hanya akan memerlukan 15.4 peratus daripada jumlah undi untuk membentuk majoriti di Parlimen.

Oleh itu, katanya, jka pembangkang fikir mereka boleh menawan Putrajaya, mereka boleh lupakan sahaja niat tersebut. -mk

Ulasan GB

Penipuan sedemikian sudah lama dilakukan oleh SPR. Pecahan kawasan pilihanraya disasarkan untuk memberikan kelebihan kepada BN disamping cuba untuk mengurangkan bilangan ahli parlimen pembangkang.

Namun hukum kebenaran menyatakan setiap kemenangan dengan penipuan itu tiada berkatnya. Satu hari penipuan itu tetap terdedah dan BN akan hancur musnah hasil perancangan penipuan mereka sendiri. Yakinlah!

3 ulasan:

Awanama berkata...

itulah keadaan nya bilamana puak 'syaitan' diberi amanah menjaga manusia. masanya akan sampai umno/bn akan hancur, musnah dan binasa, kerana dia jua bersifat baharu.

"selagi rakyatnya jahil dan tiada kesedaran, selagi itulah puak zalim (syaitan) akan berkuasa"

sumbu berkata...

Ustaz kazim banyak kali menyentuh isu ini. Parlimen ramai pengundi Islam mempunyai beratus ribu pengundi, sebaliknya kawasan parlimen bukan Islam hanya beribu pengundi saja. Ditambah pula unmo memberi kawasan majoriti melayu kepada mca/mic.

Awanama berkata...

selamat berjuang kembali GB! saya teringat kata-kata pegawai BTN dahulu, betapa Dr Mahathir dianggap penyelamat UMNO-BN dengan memastikan persempadanan semula emua kawasan pilihanraya.syabas dan syukur dengan pembongkaran oleh pesara ini.