3 Nov 2011

Gambar Wanita Separuh Bogel Pada Iklan Yang Diedar Di rumah

Seremban: Seorang suri rumah terkejut apabila melihat gambar wanita separuh bogel dipaparkan pada iklan sebuah syarikat penjagaan diri dalam katalog yang diedarkan di sekitar kawasan kediamannya di bandar ini, baru-baru ini.

Hasnidah (bukan nama sebenar), 29, berkata, keadaan itu disedarinya semasa sedang membelek-belek katalog berkenaan di rumahnya.


“Syarikat penjagaan diri dan penerbit katalog sepatutnya bersikap lebih peka terhadap sensitiviti orang ramai terutamanya kaum wanita dan orang Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih dikesali, katalog terbabit diedarkan secara terbuka kepada orang ramai dan sesiapa sahaja boleh memperolehinya dengan mudah termasuk kanak-kanak.

Kata Hasnidah, syarikat berkenaan sepatutnya memikirkan kaedah-kaedah lain untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

“Iklan sebegini kelihatan seperti merendahkan martabat kaum wanita dengan menganggap mereka sebagai pelaris produk sahaja.

“Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan memantau dan mengambil tindakan agar gambar yang menjolok mata ini tidak dipaparkan lagi dalam katalog berkenaan,” katanya. -SH

>

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang biasa le tu..
Sykt katalog & iklan tu aku tengok org bukan Islam punya (antara iklannya cara2 nak besarkan 'anu', rawatan urut, nak slim & cantik , macam2 le).

Aku bila terima, bab gambor tu samade aku koyak atau conteng, sebelum anak2 aku tengok. Aku tak buang katalog tu sbb ada iklan lain yg ok, contohnya pest kontrol dll.

Tapi kan, kan, kan... kita sekat & marah yg ni, mmg bukan Islam punya, hok kat TV & media meloya esp yg bosnya Islam, pun ada yg ala2 sama aje. Pembaca berita & juruheboh2 pakai low cut & ketat tu apa citer? Sebelum tu baru lepas prog agama & 'tanyalah Ustaz'. Alahai..Tu lum citer intnet & downlod hp.

Alhamdulillah kek Soromban, dah ada sykt iklan org Islam yg buat fardu kifayah yg tak iklankan hok2 seksi meksi ni. Peniaga2 Islam sokonglah.

InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

BN tak kisah pun, sebab ni bukan ceramah agama atau prhimpunan tanpa permit/taluliah