Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terhadap Khalid Mohd Ismath.
“Ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang “menghentam” pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan penglibatan beliau dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, Jumaat lalu, kata Wan Farel, penyelaras segmentasi mahasiswa SAMM itu.
Beliau bertanya, “sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan maka di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?
“Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil ’pembonsaian minda’ terhadap mahasiswa.
Katanya, pihaknya berpendapat tindakan amaran penggantungan itu adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam Perkara 10(1)(B) Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami).
Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu.
Wan Farel berkata, perkara ini membuktikan, hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya. Atas desakan pihak Universiti, Khalid terpaksa akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya.
“Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70an, namun sebenarnya yang “membisukan” suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa.
“Sekiranya pihak pentadbiran UiTM mengambil tindakan terhadap Khalid, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan buat Khalid. -FMT

Pelajar UiTM dinasihat henti tulis tentang Aziz Bari
Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dipanggil pihak pentadbiran universiti itu semalam berkaitan tulisan dalam blognya yang "menghentam" Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Khalid Mohd Ismath dipanggil oleh timbalan dekan hal ehwal pelajar UiTM tengahari semalam, yang "menasihatkannya" supaya berhenti menulis tentang isu Abdul Aziz dan tidak lagi menghentam pentadbiran UIA.
Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
"Pihak atasan sudah tahu mengenai perkara ini. Mereka tengah berbincang mengenai tulisan Khalid (itu)," kata sumber yang rapat dengan Khalid.
Menurut sumber itu, dalam tulisan dalam blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai adalah tidak patut dan mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantahnya Selasa lalu.
Sebelum itu, ratusan pelajar universiti tempatan mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat di UIA membantah penggantungan Dr Aziz Bari.
Bagaimanapun, kira-kira 50 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menukar rancangan untuk berdemonstrasi itu, dengan mengadakan protes secara senyap.
Perkataan 'kurang enak'
Mereka berhimpun di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".
Menurut sumber lagi, Khalid dikatakan menggunakan perkataan yang "kurang enak" terhadap pentadbiran UIA.
Susulan perjumpaan tersebut, sumber berkenaan berkata Khalid akur dengan arahan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang meminta beliau membuang tulisan tersebut.
UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".
Beliau diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya.
Ia berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.
Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Isnin lalu, pihak pentadbiran UIA telah menarik balik penggantungan pakar perlembagaan itu sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta. - mk
4 ulasan:
"Beliau bertanya, “sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan maka di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?"
sudahkah rujuk kepada pensyarah undang-undang yang arif (yang arif) dalam undang-undang perkerjaan samada tindakan UIA tidakberlandaskan kepada peraturannya. Apakah UIA tidakada pakarundang-undangnya dalam menuruti peraturan dan undang-undang?????
1: Nyata dan jelas kepada semua rakyat Malaysia, seluruh agensi pendidikan dari pra sekolah hinggalah ke universiti yg sepatutnya bernafas atas dasar ilmu dan kebenaran, telah di nodai oleh umnoapco sehingga semua pengurusan institusi pengajian yg di amanahkan rakyat utk diuruskan oleh mereka itu, kini menjadi pencacai dan alat utk mempertahankan rejim zalim umnoapco.
2: Bangunlah dan sedarlah wahai rakyat semua , kesemua institusi itu adalah milik KITA, didirikan dari duit kita, dikembangkan utk memajukan insan dan negara kita!!.
3: mudah-mudahan semua pengkhianatan umnoapco ini akan digantikan dgn kekuatan dalam diri rajyat utk menukar serta menjatuhkan rejim zalim umnoapco dalam PRU 13 nanti, insya ALlah.
Tutup je 'sekolah' tuh jika 'pengetuanya' tak mampu kerja secara profesional....
Lain kali jangan cakap pakai lepas,pihak pentadbiran uia dan Uitm bukannya tidak rujuk kepada penasihat dan pensyarah undang-undang masing-masing. Kebebasan bersuara ada hadnya.
Apakah Khalid kini berani berdemo terhadap pentadbiran UiTM??
Dari sumber Detik Daily, Khalid Mohd Ismath dipanggil oleh timbalan dekan hal ehwal pelajar UiTM tengahari semalam, yang "menasihatkannya" supaya berhenti menulis tentang isu Abdul Aziz dan tidak lagi menghentam pentadbiran UIA. Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
"Pihak atasan sudah tahu mengenai perkara ini. Mereka tengah berbincang mengenai tulisan Khalid (itu)," kata sumber yang rapat dengan Khalid.
Menurut sumber lagi, Khalid dikatakan menggunakan perkataan yang "kurang enak" terhadap pentadbiran UIA.
Susulan perjumpaan tersebut, sumber berkenaan berkata Khalid akur dengan arahan HEP yang meminta beliau membuang tulisan tersebut.
Catat Ulasan