13 Okt 2011

Buku Sesat Kelab Taat Suami: Jadi "Orang Roh" Untuk Kenikmatan Seks Berganda

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah. -TMI

Ulasan GB

Demikianlah, akhirnya Allah mendedahkan kesesatan kumpulan Al-Arqam - dimana perjuangan daripada zikir-zikir yang mereka amalkan berakhir dengan perjuangan atas katil.

Begitulah diantara cara-cara bagaimana si iblis memperdaya manusia.

Jangan pula selepas ini ada yang mencari-cari buku tersebut.

Kedua jauhilah ajaran-ajaran yang menyimpang dari aqidah As-sunnah wal-jamaah.

Sabda Nabi saw:

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).
(Imam Malik).


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka ye..

Aku dulu2 masa muda2 juga sering baca artikel2 terbitan mereka, tapi tak pernah attend prog mereka. Niat semata2 utk tambah ilmu & cari redha Allah sbb masa tu tak de sangat artikel2 Islamik, malah aku hafal Asma'ul Husna pun melalui keset2 depa sbb masa tu depa le yg mendahului.

Aku rasa majoriti yg macam aku. Alhamdulillah, Allah pelihara aku.. mungkin sbb pelajar jarak jauh kot .. jadi tak 'taksub' sangat (maaf ye, ni pandangan peribadi aku saja).

Tanpa Nama berkata...

mereke ni sekadar mencari populariti melalui "ilmu seks"... cari lah bahan yg berilmiah sikit utk diketengahkan - seks tak payah belajar pun boleh perform.

dah macam ajaran 'cult' la pulak sejak ditinggalkan abuya...


AzMiR

Tanpa Nama berkata...

Ilmu ttg hubungan kelamin suami isteri ni perlu juga ..tapi dlm bentuk yg berhemah & bersopan le .

Kan bila Nabi saw sebut lebih kurang : ... ada 'mukadimah', gurau senda, dll ,' tu faham2 le.

Hok lain yg sipi2 bole faham, takkan le hok ni tak bole faham. Alahai ...Baik dok sah kawin klu gini. (Quran pun ada sebut, yg haram tu sngat jelas dah), hok yg halal, terpulang le.

(ni royak ok dok sopan ke?)

Tanpa Nama berkata...

anon 3:26

Nabi tak der ler ajar jadi "orang roh" utk dptkan keseronokan dlm melakukan persetubuhan.

Jadi "org roh" itu bererti jadi syaitan.

Yong berkata...

Demer ni cumer ikut perangai umporno je. Bezanya umporno terbit video lucah. Demer terbit buku lucah. Kepimpinan melalui teladan katakan. Hidup madey...ooops silap!

Tanpa Nama berkata...

Anon 3.48, betul mu royak.

Anon 2.26

Tanpa Nama berkata...

kulau kita cakap kumpulan ini sesat...nanti dia cakap kita yang sesattt...susah juga kes macam ni..apa pun ikut lah sunnah waljamaah..semoga akidah kita benar dan tepat...wallahhu