Ops Lalang: Dewan Rakyat Kecoh
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987.
Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut.
Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka.
Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.
"Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya.
Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.
Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.
"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.
"Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini. -HD
IMBAS KEMBALI
OPERASI LALANG 1987

6 ulasan:
Biasalah tu Dato Mahfuz.
Bagi UMNO dulu kini dan selamanya ... mana pernah mereka mengaku kesilapan depa yang lalu. Jadi tali barut British TAPI dianggap HERO. Rakyat tentang ISA, depa sokong ISA tapi bila hendak dimansuhkan, depa kata itu JASA depa dan depajuga HERO (Ingat kat Tok Jib, Lembu punya susu, sapi punya nama). Mana pernah ada manusia di dunia ini yang kata tahi depa tu busuk.
Lebih daripada 90% ahli UMNO tu kan MUNAFIKUN atau orang Kedah kata tak ada teloq. Ketua depa buta kenyataan yang bercanggah dengan ISLAM, depa terima aja walaupun depa tahu kenyataan itu SALAH. Tak macam PR.
Ya aku pun turut hadir di Stadium TPCA masa tu. Pelajar UiTM juga iangkut meramaikan majlis. Tak sampai 10 minit najib baru cuba menyalakan api, hujan rintik2. Kata najib ini hujan rahmat, tapi hujan yg tak mungkin menyejukkan perasaan kita terhadap kafir harbi yg bernama Lim Kim Sai. Lepas tu hujan lebat turun. Dgn aku, najib dan semua penonton lari lintang pukang. Org bw sepanduk dan bendera parti, tapi aku bw bendera kedah. Sebab masa tu sebelah mlmnya kedah final piala malaysia lwn KL. Kim Sai diminta bercuti di Australia, Najib sengih kat rumah. Yg pembangkang diangkut dlm black maria. Akhirnya Najib yg jd PM. Memanglah sejarah UMNO ni senang je dari dulu. Og lain bertumpah darah melawan penjajah, dia senang2cucuk sana, hasut sini, bisikkan kat telinga boss itu ini, jeling kawan tu, jeling kawan ni, last2 raikan hasil org lain dgn senyum. Mad Baling
Mangkuk hayun pasir salak tu mana pernah cakap benar....di pasir salak pun org lama dah getik (menyampah)....muka tak pernah senyum mcm samseng.....mahfuz omar bukan cakap kosong tapi ada bukti yg kukuh.....inilah umno = untuk melayu no otak ) tahniah mahfuz jgn kasi muka dgn samseng pasir salak ni....
Saya adalah golongan muda yang lahir tahun 1980. sudah 2 kali melalui pengalaman PRU...Pemngalaman saya, Umno tidak berjaya meyakinnkan saya untuk kembali menyokong kerajaan BN...Walaupun saya berjaya ke IPTA dan meperolehi sarjana Muda seterusnya bekerja dengan syarikat Swasta...Saya tidak rasa terhutang budi pada Kerajaan BN...Itu adalah hak saya...Saya selalu berdebat dengan kawan2 seangkatan yang pro BN...ternyata hujah2 yang dilemparkan adalah dangkal...terlalu Obses dengan fakta RTM, TV3 dan utusan...UMNO masih menganggap orang melayu boleh diperbodohkan..satu pembohongan pada diri sendiri. Yang nyata dengan Iklim poitik hari ini, jelas menampakkan UNMO BN terlalu terdesak untuk mendapat sokongan. Bagi UMNO..buatlah apa saja, selagi UMNO berjaung seperti hari ini jangan mimpi nak dapatkan undi dari AKU..
Dato Mahfuz menyampaikan statement yang benar lagi berasas. Puak-puak UMNO jek yang takut, pengecut , pondan, bacul, bodoh nak mengaku silap sendirik.. PArti Umno ini merupakan parti yang banyak sekali menghasut ke arah pergaduhan dan ketegangan kaum di Malaysia sejak dulu, kini dan selamanya.
Man Pokken
betul tu masa tu ana di sekolah menengah, nak sah dah parang tapi tak ada parang
Catat Ulasan