5 Okt 2011

[Bergambar & Video] Loji Kimia AS Terbakar, Apa Khabar Lynas?

Dallas - Satu kejadian kebakaran besar di sebuah loji kimia di selatan Dallas menyebabkan asap tebal kelihatan sehingga memaksa ratusan penduduk di bandar Waxahachie dipindahkan kelmarin, kata beberapa pegawai bomba.

Kebakaran di Loji Kimia Magnablend Inc. itu berlaku kira-kira pada pukul 11 pagi dan merebak dengan cepat.

Ketua Bomba Waxahachie, David Hudgins memberitahu wartawan kelmarin, 80 peratus daripada kebakaran itu berjaya dikawal.

Asap daripada kebakaran itu boleh dilihat dari jarak jauh tetapi tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.

Sebahagian daripada mereka yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang kelmarin, jelas seorang jurucakap bandar Waxahachie, Amy Hollywood.

Loji tersebut menghasilkan pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam pertanian, pengeluaran minyak, pembersihan perdagangan dan perindustrian serta rawatan air. - Reuters












Ulasan GB

Itu Allah tunjukkan lagi jika pembela Lynas masih berdegil. Mana itu pakar nuklear yang "menjamin" bahawa logi kimia selamat?

Bukalah mata seluas-luasnya!

4 ulasan:

tanda soal berkata...

memang ada mata tapi BUTA.

Tanpa Nama berkata...

Berkaitan lynas, bantahan dan ketidak setuju dengan ujudnya kilang tersebut adalah jangkamasa akan datang, tetapi olahan bagi pihak berwajib berkaitan masa kini dan teknologi modennya.

Seorang pandang apa terjadi esok seorang cerita apa yang dibuat hari ini dan semalam.

hby

Tanpa Nama berkata...

Mana itu penasihat2 dari Malaysia mengenai projek Lynas? Kenapa tak pergi ke Amaerika menasihatkan projek di sana?

Mana itu Dr. Che Rosli yang kononnya bapak pakar2 nuklear?

Tanpa Nama berkata...

Nama pn kemalangan,tp segala langkah pencegah telah di ambil.adakah anda tahu bila nyawa anda akan d ambil?even kita hanya duduk dirumah.