Di mana peruntukan untuk Permata?
KUALA LUMPUR, 8 Okt: "Walaupun bajet kali ini tidak dinyatakan secara khusus peruntukan untuk program Permata, tapi saya pasti tidak mustahil peruntukan tersebut diselit pada mana-mana program kerajaan," jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Pada Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam telah memperlihatkan tiada peruntukan khusus diberikan kepada Program Permata sedangkan pada bajet sebelum ini sebanyak RM110 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut.
Mahfuz juga menjelaskan tindakan Najib untuk tidak menyenaraikan peruntukan tersebut mungkin telah menyedari bahawa terdapat bantahan dari rakyat.
"Mungkin beliau sudah menyedari bahawa rakyat sudah memberontak dengan tindaknya sebelum ini yang telah memberi peruntukan kepada isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor.
"Tetapi dalam pada itu walaupun tiada penyenarai kita perlu melihat kembali kemungkinan besar peruntukan tersebut dimasukkan ke dalam peruntukan-peruntukan yang lain dan ini bagi mengaburi rakyat di luar," jelasnya.
Tambahnya lagi, adalah satu yang mustahil kalau sebelum ini peruntukan diberi tetapi kali ini tidak dinyatakan langsung.
"Kalau dulu ada peruntukan dan kali ini tidak dinyatakan bukankah itu satu yang pelik dan apa yang telah terjadi kepada program tersebut berjaya ataupun tidak, jika betul tidak disediakan peruntukan Najib perlu jelaskan status program Permata dan apa yang terjadi kepada peruntukan sebelum ini.
"Jika peruntukan untuk Permata tetap ada sila nyatakan secara jelas dan rakyat perlu tahu jangan diselindungkan hanya untuk kepentingan undi pada pilihanraya yang akan datang," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin juga bersetuju bahawa secara kasar memang tiada peruntukan diberikan tetapi jika dihalusi ia diselindung di bawah program tertentu.
"Memang kita tidak melihat peruntukan diberikan tetapi saya pasti peruntukan sebenarnya ada tetapi dimasukkan di bawah program tertentu.
"Dalam pada itu saya tidak menolak melalui bajet tambahan mungkin selepas pilihan raya nanti, satu nilai yang besar akan diberikan khusus kepada program Permata dan inilah cara yang digunakan oleh kerajaan bagi mengaburi mata rakyat untuk mendapat undi kepada mereka.
"Rakyat sudah jemu dengan sikap Najib kerana telah merajakan isterinya dengan pelbagai kemudahan kewangan sedangkan Perdana Menteri sebelum ini tidak menpunyai sikap sepertinya," kata Ahli Parlimen Ampang itu. -hd

1 ulasan:
Selagi BN memerintah selagi itulah Malaysia diperintah secara ISA (Ikut Suka Aku).
Catat Ulasan