31 Okt 2011

Kenyataan Karpal Hudud Tambahkan Bilangan Kes Jenayah Tidak Berfakta

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpengalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. -mk

Ulasan GB

Apa yang kita lihat kenyataan Pengerusi DAP mengenai hudud di atas tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya satu alasan dari pemikiran yang dangkal bagi menyembunyikan kebencian terhadap hukum Islam.

Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di bawah.

sumber:Lajnah Pekerja & Professional Muda Pemuda PAS

Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya.

Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol.

TETAPI di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol.

Jadi dimanakah justifikasi kenyataan Karpal Singh yang menuduh hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya?

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu ikut pandangan orang kafir memang jem la...balik awal.

-black-

Prof. Era Pasca berkata...

pandangan KARPAL BOLEH DI BAKUL SAMPAHKAN....

Kenyataan beliau macam kenyataan najib

zul PKBM (L) berkata...

Jika nak marah kpd karpal marahlah.. sbb dia kafir tak tau byk lagi fasal Islam, tapi jangan pula bila yg ngaku Islam macam Mahadhir, Najib, Zahid, Nazri Aziz dll yg sekapal dgn mereka tolak hudud antom tak kata apa-apa..Pd saya, pabila ramai pihak yg membicarakannya, akan terbuka ruang kpd yg ahli cth TG Abd Hadi, TG Nik Aziz, dan lain-lain tokoh yg arif menjelaskan kpd yg belum Islam malah kpd yg ngaku Islam tapi kabur atau memang menentangnya krn takut undang2 Hudud ini menjadi halangan kpd mereka utk merompak wang rakyat. Merompak salah satu kesalahan yg termasuk dalam Hudud

Tanpa Nama berkata...

apa nak marah pada karpal... dia ada hak dia sebagai bagi pendapat dia sebagai non beliver. Lagi pun kalau hudud jalan, periuk nasinya mungkin bertambah kecil sebab tiada kes yg boleh dia loya burukkan d mahkamah

Tanpa Nama berkata...

Disinilkah peranan Pemuda PAS Pusat bawa Karpal berunding dan berhujah dan tunjuk serta buktikan kesyumulan Islam.Karpal seorang peguam yang dikagumi dinegara ni malangnya dia bukan seorang Islam.Wajar Dewan Ulamak PAS bertemu dan berbincang dengan Karpal secara interlektual untuk memberi faham kepada Karpal.Memarahinya tidak mendatangkan sebarang faedah,lebih baik buat engagment.Inilah sepatutnya peranan Dewan Ulamak PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kafir tetap kafir..Walaupun aku sokong PAS,,tp aku tetap sangsi pada DAP...Jika pemimpin PAS jadi mcm sayur keladi bila berdepan dengan DAP...Tunggulah kejatuhan PAS...Akulah yang pertama menentang...Sokong ikut TAJUK..Tak sokong membuta tuli...

Tanpa Nama berkata...

karpal mempolitikan isu hudud sepertimana mahadey dua orang ini datang sekapal tapi yg sorang tu mengaku muslim yg sorang lagi tu memang semua orang tahu dia kapir kalau dia tolah hudud memang hak dia tapi kalau sorang lagi tu memang otak sewel islam tolak hukum islam.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan dia terang2an tu tandanya dia tak berpura2 dlm menentang hukum Allah, sbb dia tu bukan org Islam.
Tak perlu risau kat dia sbb dia pun dah tua .. susah nak faham

Mana tau anaknya atau org2 muda DAP lain satu hari akan menerima , sbb pemikiran org tua dgn org muda ni kadang2 lain ..

Yg peliknya org Islam sendiri yg x yakin dgn hukum Allah.